Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Friday, December 2, 2011

log book for september 2011





BULAN KEEMPAT
SEPTEMBER

1


Mengenali Organisasi PPD, JPN dan KPM
PPD Jasin































JPN MELAKA

























































KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM/ MOE)
­­­
Khamis, 1/9/11
Objektif:
1  Memahami struktur organisasi pentadbiran PPD.
2  Mengetahui peranan setiap bahagian pentadbiran PPD.

Aktiviti:
1       Saya bersama-sama kira-kira 50 orang guru baharu telah hadir ke satu program untuk guru-guru baharu di sekitar daerah Jasin. Dalam kursus itu, kami mendengar taklimat dari Pengarah PPD Jasin iaitu Encik Yusof, penerangan oleh Kaunseling, Encik MatSah.
2       Aktiviti pada hari itu adalah mengenali diri sendiri dan juga PPD Jasin. Kami juga mendapat kenalan baharu dan mengumpul maklumat berkaitan pentadbiran PPD dengan
    mengakses maklumat.
2  Mengumpul maklumat tambahan daripada guru-guru lain.
3  Mengetahui lokasi PPD Jasin yang baharu beroperasi.

Rumusan:
Melalui aktiviti ini, guru mendapat pendedahan awal mengenai struktur organisasi pentadbiran PPD Jasin dan mengetahui peranan setiap bahagian untuk dirujuk jika terdapat masalah.

Pejabat Pelajaran Daerah Jasin (PPDJ) mula beroperasi pada 1hb Jun 1985 iaitu dengan perlantikan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Jasin sebagai merangkap Pegawai Pendidikan Daerah Jasin, manakala Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jasin pula merangkap sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jasin.

Guru juga mendapat kenalan yang sama-sama baharu menyertai KPM dan bertitik tolak dari hari itu, kami sentiasa berhubung untuk mengetahui perkembangan folio masing-masing.



VISI:
Pengurusan dan pembangunan pendidikan berkualiti peringkat daerah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI:
Meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti dalam pengurusan dan pembangunan pendidikan di peringkat daerah.
Lampiran: Organisasi PPD Jasin.



Objektif:
1  Memahami struktur organisasi pentadbiran JPN.
2  Mengetahui peranan setiap bahagian pentadbiran JPN.

Aktiviti:
1  Mengumpul maklumat berkaitan pentadbiran JPN dengan
    mengakses maklumat.
2  Mengumpul maklumat tambahan daripada guru-guru lain.
3  Mengetahui lokasi JPN Melaka.

Rumusan:
Melalui aktiviti yang dijalankan, guru dapat mengetahui struktur pentadbiran JPN Melaka dan peranan setiap bahagian pentadbiran.

FUNGSI

Mengurus sumber-sumber pendidikan di peringkat negeri merangkumi aspek-aspek sumber manusia, kewangan, perkhidmatan, fizikal dan maklumat. 

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan di bidang
kurikulum, kokurikulum dan pembentukan serta perkembangan
sahsiah yang murni.

2. Mempertingkatkan mutu pengurusan di pelbagai peringkat
supaya cekap dan berkesan melalui pendekatan pelbagai
falsafah dan prinsip pengurusan yang baik dan sesuai dengan
iklim pendidikan.

3. Mempertingkatkan kecintaan kepada ilmu dan membaca supaya
    ianya menjadi budaya guru dan pelajar.

4. Mempertingkatkan profesionalisme semua Pegawai, Pengetua,
   Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru-guru dan kakitangan
   dalam bidang pengurusan, ilmu dan kemahiran.

5. Mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan Islam di
kalangan pelajar Islam dan mempertingkatkan perlakuan
bermoral di kalangan pelajar bukan Islam.

6. Menjalin perpaduan serta ikatan kasih mesra demi
mempertingkatkan kerjasama antara jabatan, sekolah, pelajar
dan masyarakat seluruhnya.


VISI
Ke arah meningkatkan kualiti pengurusan dan kecemerlangan prestasi pendidikan di bidang Kurikulum, Kokurikulum, Pembentukan dan Perkembangan Sahsiah Pelajar.


Jumaat, 2/9/11
MISI :
Melaksanakan pengurusan perkhidmatan pelajaran yang berkualiti berteraskan Prinsip Perkhidmatan Awam dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan.
Membentuk insan yang seimbang dan cemerlang melalui program kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.



Objektif:
1  Memahami struktur organisasi pentadbiran KPM.
2  Mengetahui peranan setiap bahagian pentadbiran KPM.

Aktiviti:
1  Mengumpul maklumat berkaitan pentadbiran KPM dengan
    mengakses maklumat.
2  Mengumpul maklumat tambahan daripada guru-guru lain.
3  Mengetahui lokasi KPM.

Rumusan:
Melalui aktiviti yang dijalankan, guru dapat mengetahui struktur pentadbiran KPM dan peranan setiap bahagian pentadbiran tersebut.

MATLAMAT
•Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
•Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
•Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
•Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

MISI
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
9.
Kemudahan Perkhidmatan (urusan pelantikan, gaji dsbnya)
Objektif:
1  Memahami prosedur-prosedur bagi urusan perlantikan guru.
2  Mengetahui kemudahan-kemudahan yang layak diterima oleh   
   guru

Aktiviti:
1  Penerangan oleh Tuan Haji Abdul Karim bin Mat Yazam  tentang urusan perlantikan guru.
2  Penerangan diteruskan dengan kemudahan-kemudahan yang
layak diterima oleh guru dan syarat-syarat yang dikenakan.

Rumusan:
Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui prosedur-prosedur yang harus diikuti oleh guru bagi urusan perlantikan dan gaji. Penyediaan dokumen juga penting bagi memastikan kelangsungan sesuatu proses.



10.

Pelaksanaan sesi mentoring (Bil.1)

Objektif:
1  Membimbing guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran
2  Membimbing guru menggunakan pendekatan refleksi untuk
    membina keyakinan diri
Aktiviti:
1  Penerangan daripada mentor
2  Soal jawab dengan mentor. Berbincang dengan mentor atas masalah yang dihadapi dalam pengajaran.
Rumusan:
Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mentor dan mengaplikasikannya. Di samping itu, mentor juga memberi motivasi untuk guru lebih berkeyakinan apabila memasuki kelas.

1.

Pekeliling/ Dasar/ Program/ Aktiviti KPM dan Perintah Am
Rabu, 7/9.11
Objektif:
1  Pendedahan tentang Dasar/Program/Aktiviti KPM
2  Memberikan maklumbalas tentang kefahaman dasar KPM
3  Pendedahan tentang pekeliling KPM

Aktiviti:
Kami guru baharu digalakkan untuk melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia, Portal PPD Jasin dan Portal lain seperti badan beruniform yang dipegangnya. Saya selalu melayari blogs-blogs ahli pengakap yang lain untuk mengetahuio perkembangan mereka, terutama pengakap di sekolah menengah daerah Jasin. Saya juga membaca dan memahami pekeliling, dasar, program dan 
    aktiviti KPM.
2  Penerangan ringkas tentang dasar dan pekeliling KPM.
3  Perbincangan dan maklumbalas berkaitan dasar, program,
aktiviti dan pekeliling KPM.

Rumusan:
Pendedahan mengenai pekeliling yang merangkumi dasar/program/aktiviti KPM dapat memberi kefahaman kepada guru akan hala tuju dan matlamat KPM, seterusnya bersedia untuk menjalankan tugas bagi merealisasikannya. Saya juga diberitahu bahawa maklumat yang disediakan akan lebih mudah didapati apabila kita sendiri mengakses maklumat tersebut di Internet, seperti surat-surat pekeliling, tawaran berkursus, tarikh-tarikh penting dan mengenai gaji, dan jangan menunggu sekolah untuk menyediakan  untuk kita.
2.

Organisasi PIBG
Jumaat, 9/9/11
Objektif:
1  Mengetahui struktur organisasi PIBG sekolah
2  Memahami matlamat PIBG dan pengurusannya
Aktiviti:
1  Mendapatkan penerangan mengenai struktur pentadbiran PIBG dan mengumpul maklumat mengenai aktiviti PIBG SMk Datuki Bendahara. Setakat ini PIBG telah mengambil inisiatif untuk memanggil ibu bapa yang anaknya akan menduduki peperiksaan SPM 2011. Dengan cara ini guru melibatkan diri dengan berbincang tentang hala tuju anak mereka dan bagaimana untuk mendapat A didalam subjek yang diambil.
Rumusan:
Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui peranan PIBG di sekolah dan aktiviti yang dijalankan untuk merapatkan jurang antara PIBG dan sekolah.
3.

Budaya kerja dan takwim sekolah
12,13 dan 14/9/11
Objektif:
1  Pendedahan tentang persekitaran sekolah
2  Mengenalpasti budaya sekolah, kawasan sekolah dan
kemudahan-kemudahan yang tersedia di sekolah.
Aktiviti:
1  Membuat lawatan dalam sekolah dengan berjumpa sendiri warga sekolah seperti pekerja, kerani dan sesiapa yang ada.
2  Penerangan ringkas tentang budaya sekolah.
Rumusan:
Melalui aktiviti ini, saya mengetahui persekitaran sekolah, kemudahan-kemudahan yang tersedia untuk kegunaan guru-guru dan pelajar semua. Saya juga mendapat tahu tentang bilik-bilik dan kelas yang kadang-kadang tidak pernah diketahui seperti bilik tayang yang mempunyai prasarana overhead projektor yang boleh meningkatkan mutu pengajaran saya.

Menghadiri kursus
surat kursus guru baharu 2011
KURSUS GURU BAHARU DAERAH JASIN
15/9/11
Objektif:
1  Mengetahui tentang potensi diri sendiri dan kelemahan.
Aktiviti:
Pada hari ini kami sekumpulan guru baharu di sekolah-sekolah daerah Jasin mengikuti kursus TajMa, iaitu kursus dibawah kelolaan Unit Kaunseling, PPB Jasin. Kami mengisi 100 soalan dan selepas itu membuat rumusan tentang diri sendiri. Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan kami membuat rumusan untuk diri sendiri. Rumusan:
Aktiviti ini dapat menguatkan usaha kami untuk memperbaiki diri sendiri didalam kerjaya. Ia juga menjadi landasan mendapat kenalan baharu.
4.
Pelaksanaan mentoring (Bil.
15/9/11
Objektif:
1 Membimbing guru mengaplikasi teori kepada amalan sebenar
   di bilik darjah.
2 Memberi motivasi kepada guru
Aktiviti:
1  Penerangan daripada mentor
2  Bertukar-tukar pandangan antara guru dan mentor
3. Guru bertanya tentang cara untuk mengatasi masalah pelajar    
   yang kurang berminat dalam Bahasa Inggeris dan Ketidak 
   sanggupan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Rumusan:
Melalui aktiviti ini, guru dapat menggunakan teori yang dipelajari untuk diaplikasikan di bilik darjah dan bertukar-tukar pandangan dengan mentor bagaimana kesesuaian teori tersebut untuk digunakan.

1.

Pengurusan dan Tugas-tugas Jawatankuasa sekolah
Rabu, 15/9/11
Objektif:
1  Memahami polisi dan peraturan sekolah
2  Mengetahui setiap polisi dan peraturan sekolah
Aktiviti:
1  Mengumpul maklumat
2  Penerangan oleh guru disiplin iaitu En Aiman Abdul Halim
Rumusan:
Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui polisi dan peraturan yang digunapakai di sekolah untuk pelajar SMKDB.

1.
Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulum

Objektif:
1  Mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum
    dan pelaksanaannya.
2  Mendapat pendedahan maklumat tentang tugas-tugas guru
penasihat bagi sesebuah persatuan/kelab
Aktiviti:
1  Taklimat dijalankan oleh GPK Kokurikulum, En. Jais Darso
 berhubung dengan aspek-aspek yang terkandung dalam
 bidang kokurikulum.
2  Penerangan tentang hal berhubung dengan penglibatan
   pelajar
3  Penerangan tentang peranan guru penasihat dalam
persatuan/kelab/permainan
Rumusan:
Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan juga tugas-tugas guru.















 
 (Tandatangan Guru)                                                            (Tandatangan Guru Pembimbing)