Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Tuesday, June 19, 2012

http://saps.moe.gov.my punya line tak clearr ?


kalau nak line clear bangunlah awal sikit cikgu, supaya boley masuk markahhh , tengok ada 235 cikgu tak tidow lagi, kalau jam 10 pagi tuh, alamak mencapai 2350 orang huhuu






Khamis, 21.6.2012, jam 4.48 pagi dah ada cikgu dah logging in . Time ni aku saja nak masukkan komen guru kelas.



 Ada berapa orang ?




salam.mari tengok hari ni last day 22/6/12, berapa orang logging inn hahaa


selepas ni guru kelas kena masukkan komen ye, boleh buat mula hari sabtu, print sign siap-siap dan hantar untuk disign pada hari isnin nihhh.. isyy nak kena tunggu arahan dari sup ker ? ala apa kena mengena pulak  nani dia bagitau masa kita sibuk , letih pulak kan, ssh nk on9 ke apa ke . kannn



semenjak dua menjak nih kalau kita log in, klik dua tiga butang, tetiba dia ter log out sendiri, kan kita kena log in semula. itu maknanya website ni ah mengong, tak boleh terima last minute punya pressure , herrrr...


Monday, June 11, 2012

Assignment TITAS OUM 2011 ! Bagilah kredit sikit ustaz/ustazah !


Pengenalan
Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor”.  Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran apabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii  dan nilai alam.  Sikap manusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan kerosakan dalam fenomena alam.

Menurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternal yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumi unsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupi keadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepada kehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
         
          Kertas kerja ini membincangkan perihal tiga jenis pencemaran yang disebabkan oleh kilang di Semenanjung Malaysia. Kertas kerja ini memfokuskan kilang industri sederhana dan kecil sederhana dan sektor penternakan yang mengeluarkan produk-produk pembinaan, kitar semula dan bahan segar ititu daging dan sayuran. Rasional sasaran punca pencemaran ini dipilih adalah kerana ia melanggar peraturan amalan perkilangan baik yang  sepatutnya dipatuhi. Ekoran dari kesalahan ini, satu kilang menyebabkan kerosakan kualiti hidup masyarakat.
Pencemaran yang dipilih adalah pencemaran sungai, udara dan bunyi. Kawasan yang dipilih adalah sekitar dengan kilang tersebut. Maklumat akan diberikan adalah tentang jenis perusahaan, jenis pencemaran yang ditimbulkan dan kesan kepada penduduk setempat.

Pencemaran Sungai
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.
Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
Di Alor Gajah, kilang memproses makanan, pembuatan kabel, sarung tangan getah serta industri pembuatan rim membuang sisa buangan industri kedalam sungai Kelemak dan Sungai Pengkalan. Begitu juga dengan sebuah kilang memproses batu merah di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor yang menjejaskan mata pencarian kira-kira 80 nelayan di Kampung Makam, Panti, Kelantan, Tembioh dan Pasak. Pencemaran itu berlaku sepanjang empat hingga lima kilometer sungai . Berbanding hari cerah, hujan turut menyebabkan kesan pencemaran itu menjadi semakin serius dan tinjauan mendapati akibat kekerapan hujan, air bertukar warna menjadi kemerahan dan apabila air surut, lumpur di dasar sungai turut bertukar kemerahan. Kajian mendapati air Sungai Johor bertukar kemerahan di sekitar muara Sungai Bedil. Jika keadaan ini dibiarkan, bukan setakat makanan laut, malah nasib nelayan di sini pasti menjadi buruk.
Logam berbahaya yang dilepaskan dari kilang, contohnya zink, timah hitam dan raksa membahayakan hidupan akuatik. Ia memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik dan boleh memudaratkan kesihatan manusia yang menggunakan air atau memakan hidupan air yang telah dicemari.
Apabila dilihat dari bidang ternakan pula, kewujudan ladang babi tidak berlesen telah menjadi satu ancaman ekologi. Ia mengundang pelbagai masalah pencemaran disebabkan sistem bahan buangan dari ladang ternakan yang tidak diatur dengan sebaik-baiknya. Air buangan yang keluar dari ladang tidak seharusnya mempunyai kiraan lebih daripada 50 Biological Oxygen Demand (BOD) yang boleh menyebabkan pencemaran serta memberi kesan kepada ekosistem hidupan laut.
Ketika ini terdapat 479 ladang ternakan babi yang mempunyai lesen daripada 778 ladang ternakan itu di seluruh negara.  Sebanyak 20 peratus daripada 778 ladang ternakan babi di seluruh negara didapati masih mengamalkan pembuangan sisa ladang terus ke parit, sungai atau laut sekali gus menjejaskan ekosistem hidupan laut.
Ladang Tumbuk, Tanjung Sepat Selangor menjadi busuk, jijik dan memualkan akibat tindakan tidak bertanggungjawab pengusaha ladang babi yang melepaskan sisa kumbahan secara tidak teratur. Sikap ini menyebabkan air parit dan longkang yang menyalurkan sisa kumbahan dari ladang berwarna hitam pekat dan likat. Tindakan ini menyebabkan air laut yang terletak berhadapan ladang terbabit tercemar teruk dan berbau busuk. Tidakan itu jelas menunjukkan pencemaran alam sekitar yang jika tidak dibendung akan memberikan kesan pada masa depan, selain boleh memudaratkan kesihatan penduduk sekitar.
Ladang penternakan haiwan yang tidak diselenggara dengan baik telah menggunakan jalan pintas menyalurkan najis haiwan ternakan ke dalam anak sungai, yang kemudiannya telah membuatkan rumpai laut menutupi air, dan mengurangkan kandungan oksigen didalam air sungai. Kewujudan ladang babi tidak berlesen mengundang pelbagai masalah seperti pencemaran disebabkan sistem dan bahan buangan yang tidak teratur.
Selain itu pembaik tanih digunakan untuk tanah yang dialirkan untuk mengubah sifat fizik atau sifat kimia tanih. Untuk tujuan ini kapur, gipsum dan sulfur digunakan dengan meluasnya. Sejumlah besar pembaik tanih ini akan melarut lesap akhirnya ke air tanah dan apabila berlakunya hujan, bahan-bahan ini akan dihanyutkan oleh air ke dalam sungai. Justeru itu, sumber pencemar ini akan mengurangkan air bersih di kawasan sungai.
Racun yang berada di kawasan Sungai Melaka telah menyebabkan banyak hidupan akuatik mati akibat terdedah dengan racun perosak ini.Racun perosak juga merupakan bahan pencemar yang menjadi bahan penting di kawasan pertanian sebagai punca resapan untuk pencemaran air. Kehadiran bahan ini di dalam sungai walaupun dalam kepekatan yang kecil, boleh mendatangkan akibat yang serius dalam hubungannya kepada kebolehan air untuk diminum. Kebanyakan racun perosak secara relatifnya tak larut di dalam air, sementaranya yang lainnya mudah diserap oleh zarah tanih atau terdedah kepada penyahgredan mikrob.
Sumber pencemaran yang seterusnya adalah daripada sumber pencemar dari bahan pertanian seperti baja yang digunakan untuk aktiviti pertanian. Aktiviti ini biasanya mengggunakan baja untuk menyuburkan tanaman dan mendapatkan hasil tanaman yang banyak. Baja utama yang selalu digunakan dalam pertanian adalah sebatian nitrogen, fosforus dan kalium. Nitrogen di dalam larutan baja hanya sebahagiannya sahaja digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau diserap oleh tanih dan baja nitrogen ini merupakan bahan pencemar utama kepada kawasan sungai
Sumber pencemar yang lain disumbangkan dari penjana kuasa elektrik haba yang banyak menggunakan air untuk proses penyejukan. Air yang panas akan dibuang ke dalam sungai menyebabkan air di sekitar kawasan pembuangan air panas tadi turut menjadi panas. Air yang panas ini akan menganggu ekologi hidupan akuatik dalam sungai. Kesan pemanasan air secara ini disifatkan sebagai pencemaran terma. Salah satu kesan langsung daripada pencemaran terma ialah kematian ikan kerana kekurangan oksigen akibat daripada perubahan suhu air di kawasan itu secara mendadak. Terdapat juga hidupan yang terpaksa beradaptasi terhadap perubahan suhu ini dan akan terus tinggal di kawasan ini manakala haiwan yang tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan berpindah ke kawasan lain. Manakala haiwan yang tidak dapat bergerak dengan pantas dan tidak dapat menyesuaikan keadaan ini akan mati.



Pencemaran Udara

Udara adalah faktor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnya pembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah mengalami perubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan kemasukan bahan pencemar ke dalam udara.

 
 








Pencemaran Udara


Pencemaran udara didefinsikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini mengakibatkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
Menurut Laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia pada 9 September 2011, Nilai catat kualiti udara tidak sihat setakat tengah hari ini, apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ mencatat 101. Laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada laman webnya menyatakan bagi tempoh sama, 35 kawasan di seluruh negara mencatat IPU sederhana dan 15 kawasan berkualiti udara baik.
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gas atau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yang terhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan dengan pelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesen penjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik di kawasan bandar dan industri.
Akhbar arus perdana bertarikh 21 Jun 2010 di Batu Pahat sebuah kilang kayu yang beroperasi 24 jam sejak tujuh tahun lalu di Taman Perindustrian Sri Sulong mencemarkan udara dan bunyi di Kampong Lintang Satu, Separap dan lebih 143 penduduk menerima akibatnya.  Kedudukan kilang kayu berkenaan juga tidak sampai 150 meter daripada sebuah rumah penduduk kampung yang terletak di persimpangan masuk kampung berkenaan dan hanya separuh kawasan kilang berkenaan yang dilitupi jaring habuk seperti diarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pemeriksaan yang dilakukan JAS turut mendapati pencemaran udara dan bunyi yang dihasilkan kilang berkenaan melebihi tahap dibenarkan dan difahamkan agensi berkenaan juga sudah mengambil tindakan termasuk mengkompaun kilang terbabit.
Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza.
Industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon. Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contohnya.
Akhbar Utusan Malaysia 1 Ogos 2011 mendedahkan penduduk-penduduk Seksyen 51/A Petaling Jaya Kuala Lumpur membantah operasi sebuah loji konkrit yang dibina berdekatan dengan kawasan perumahan mereka. Penduduk di kawasan perumahan tersebut menghadapi gangguan pencemaran terutamanya oleh debu daripada bahan kimia yang dihasilkan dari kawasan kilang tersebut. Kehadiran loji konkrit itu, yang telah beroperasi selama empat tahun di kawasan berdekatan perumahan berkenaan, didakwa menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit disebabkan habuk atau debu yang terhasil.
Di Muar, sebuah kilang kitar semula di Kampung Tengah melakukan pencemaran udara selain menjadi tempat pembiakan nyamuk. Ia mengganggu penduduk di Taman Budiman yang terletak bersebelahan kilang tersebut.  Kilang itu hanya dipisahkan oleh pagar zink dengan Taman Budiman dan lokasi yang terlalu dekat itu berlaku pencemaran udara akibat habuk dan asap.






Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaran alam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam, pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlah sesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satu sumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.
Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telah menyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagai contoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan penduduk yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising serta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contoh pertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz (2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebih lagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yang bising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan.
Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.
Terdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi bunyi bising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarang bunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan sebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yang lain seperti kayu, besi dan sebagainya.
Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hari ini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bising telah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atau sosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapati pencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan atau diabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidak meninggalkan sisa kepada alam sekitar.
Kegiatan penternakan sarang burung walit cukup popular di Malaysia. Ia bukan sahaja diternak di dalam bandar tetapi juga di luar bandar. Harga sarang burung itu yang dikatakan mahal dan memberi pulangan kepada peniaga telah membuatkan ramai usahawan baru mencuba industri ini di kawasan tertentu. Namun, apa yang dikesalkan tiada kawalan kepada pengusaha terbabit mendirikan rumah kosong berdekatan dengan kawasan perumahan sehingga menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk setempat. Penternakan burung walit pasti menggunakan system audio yang akan menggalakkan burung-burung walit berminat untuk membina sarang di dalam rumah pangsa burung. Fokus utama kaijan ini ialah untuk mendedahkan pencemaran bunyi yang berterusan yang datang dari sumber semulajadi. Kicauan burung yang sepatutnya mendamaikan menjadi mimpi ngeri penduduk yang telah mendengar suara burung walit ternakan setiap saat.
Bangunan rumah pangsa burung walit milik pengusaha burung walit di Kampung Baru Gambang, Kuantan menjadi punca pencemaran bunyi sehingga mengganggu ketenteraman penduduk di sana. Setiap hari bunyi seperti burung tersebut melalui pembesar suara mengganggu penduduk terutama anak-anak kecil.
Premis perniagaan yang diubah menjadi rumah burung walit di kawasan perumahan Jalan Bayam dekat Jalan Wong Ah Jang Kuantan bukan sahaja membebaskan bau busuk, malah menjadi sebab pencemaran bunyi yang mengganggu penduduk di sini sejak tiga tahun lalu. Pengusaha membuang najis burung tersebut kedalam longkang sahaja .  Setelah tiada penguatkuasaan tegas dilakukan, bilangan premis terbabit bertambah dari satu menjadi tujuh. Rumah burung walit kini ada 7 dari 14 premis rumah kedai yang wujud di kawasan itu.



Begitu juga pengusaha burung walit yang tidak prihatin tentang nasib penduduk setempat apabila mendirikan premis sarang burung walit di deretan kedai yang terletak 20 meter dari kawasan perumahan PD Utama, Teluk Kemang Negeri Sembilan. Berlaku seperti kes terdahulu, lima tahun lalu terdapat dua hingga tiga sahaja tetapi sudah bertambah sehingga sepuluh premis burung walit.  Premis yang mengeluarkan bunyi burung yang terlalu kuat dan tidak mengira waktu mengganggu kehidupan penduduk.
Sekiranya bunyi burung walit tidak cukup kukuh untuk dijadikan satu punca pencemaran bunyi, kejadian yang dilaporkan pada bulan Oktober tahun 2010 di di Puncak Alam Fasa 2 Kuala Selangor boleh dijadikan sempadan. Berada di Fasa 2 bagaikan berada di medan perang kerana sebuah syarikat pemaju memulakan kerja-kerja meletupkan bukit kira-kira 500 meter dari kawasan perumahan. Gangguan bunyi letupan seperti berada di negara Palestin yang walaupun tidak menjejaskan nyawa, ia mengganggu kehidupan penduduk kerana bunyi letupan batu sangat kuat dan menyeksakan. Selain rasa terganggu, penduduk turut bimbangkan keselamatan mereka terancam serta kemungkinan terdedah kepada berlaku keretakan rumah dan batu berterbangan dan habuk yang merosakkan harta benda dan kesihatan penduduk.
Kaedah Penyelesaian Menurut Islam dan Agama-agama Lain

Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurut amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(AI A'raaf: 56)
"Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"
 (Surah Al-Rum : 41))
Pada zaman tamadun kerajaan Islam seperti Umayyah, Abbasiah, Mughal, Sepanyol sehinggalah kepada Uthmaniah umat Islam telah mendahului dalam soal penjagaan alam sekitar.
Ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan menggabungkan manusia, alam dan Allah. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasulullah, misi kerasulannya adalah menyempurnakan akhlak yang mulia. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. ada ulama yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan.
Keadaan di Alor Gajah, Selangor dan sungai Melaka adalah musibah alam. Ia menimbulkan pelbagai petanda dan petunjuk. Adakah kita benar-benar menuju ke kemusnahan kawasan yang Allah rahsiakan masa kejadiannya? Apa yang jelas, alam sekitar mampu berakhir hanya dengan dengan kerosakan yang diciptakan oleh manusia selaku penghuninya sendiri.
Jelas, dengan penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam, lebih mudah kita menyedari bahawa alam sekitar ini ciptaan Allah dan erti zalim itu ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sampah dan sisa kilang yang sepatutnya diletakkan di dalam bekas sampah yang sesuai, telah dijumpai di dalam sungai, maka kita membuat kezaliman kepada alam. Jika jelaga yang sepatutnya diletakkan di dalam mesin menapis jelaga, tetapi dikesan bergentayangan di udara, kita laklukan kezaliman. Umat Islam digalakkan mencari kehidupan dengan lebih baik melalui amalan berniaga, tetapi tanggungjawab kepada alam sekitar mesti dijaga.
Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri.Sewaktu zaman Dark Ages, penduduk di kota London membuang sisa kumbahan mereka di jalan sahaja, tanpa ada kesedaran akan bahaya penyakit berjangkit yang membahayakan hidup manusia. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha melalui pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.
Barat lebih terkehadapan dalam soal menjaga alam sekitar Masdar City, Abu Dhabi mempunyai tahap dan mutu kebersihan Bandar moden yang cemerlang sehingga berjaya digelar Green City. Ia adalah usaha dari pihak syarikat-syarikat Barat yang menjadikan soal keindahan dan kebersihan sebagai keutamaan. Syarikat Barat diberi tangungjawab untuk menghijaukan Bandar Timur Tengah.
Masyarakat bukan Islam adalah manusia pertama menganjurkan kempen Earth Hour, dimana seluruh dunia diminta menutup lampu selama enam puluh minit bermula dari jam 8.30 hingga 9.30 malam. Tempoh bergelap itu mampu mengurangkan kepanasan bumi. Ini menunjukkan masyarakat bukan Islam percaya bumi mempunyai hak untuk dijaga dan diselamatkan.
Agama Shinto di Jepun menyarankan supaya mencintai alam sekitar, justeru dapat dilihat warganegara Jepun menyayangi alam sekeliling dengan membina bangunan dan teknologi yang mesra alam. Amalan mengasingkan bahan buangan pepejal sudah dibuat dan mereka rela hati melaksanakannya. Agama Buddha menganggap merosakkan alam sekitar sebagai satu dosa kepada alam.

Langkah-langkah Menyelesaikan Pencemaran
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih dipikul oleh sekolah. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah disedarkan melalui pendidikan di sekolah pra, rendah dan menengah. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.
Kini, Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memperkenalkan undang-undang persekutuan yang seragam dalam usaha untuk menyelaraskan pelbagai enakmen di peringkat negeri bagi mengawal perusahaan ternakan. Menjelang 1984, empat buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu telah memperkenalkan enakmen mereka.
Negeri-negeri yang mempunyai ladang haiwan yang banyak disarankan mencontohi kaedah pengurusan ladang ternakan di Johor yang mempunyai sistem pengurusan lebih teratur dan kawalan pencemaran terbaik tanpa perlu menubuhkan kawasan ternakan babi setempat.
Kebanyakan bahan buangan ternakan tidak dipulihkan malahan terus dibuang ke dalam saluran-saluran perairan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kesedaran bahawa teknologi yang sesuai dalam pengendalian, pengawalan dan pembuangan atau penggunaan semula bahan-bahan buangan tersebut adalah berkurangan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain dan juga agensi-agensi badan antarabangsa serta melalui kerjasama dua hala antarabangsa menjalankan beberapa projek bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Pihak berkuasa tempatan, terutamanya yang mempunyai kawasan perindustrian telah mula menumpukan perhatian terhadap keperluan keselamatan dalam mengendali, mengangkut dan membuang bahan buangan yang berpunca dari industri kejuruteraan dan pembuatan.
Kempen Cintailah Sungai Kita telah dilancarkan. Projek seperti Sungai Angkat dan Pembangunan Semula Tebingan Sungai sedang dilaksanakan di Kuching, Kuantan, Kuala Lumpur, Kuala Kangsar, Kota Tinggi, Marang dan KualaTerengganu. Usaha ini dipelopori oleh pihak kerajaan, NGO dan ahli akademik.
Kempen kesedaran tentang pemeliharaan dan penjagaan sungai kalangan masyarakat umum juga kerap diadakan selain usaha berterusan daripada media massa bagi menanamkan minat mencintai alam sekitar.
Suatu perkembangan yang menggalakkan sejak awal dekad 1990-an ialah pembangunan tebingan sungai yang dijadikan sebagai medan masyarakat dan tarikan pelancong. Di beberapa buah bandar dan bandar raya di Malaysia, seperti Bandar Raya Kuching dan bandar Kuantan, pembangunan tebingan sungai telah dilaksanakan samaada oleh penguasa tempatan seperti Majlis Perbandaran atau oleh badan berkanun seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Ia bertujuan untuk ‘mengembalikan sungai kepada masyarakat’ dan menjadikan tebingan sungai sebagai ‘halaman rakyat’. Pada dekad 1990-an juga, Program Sungai Angkat diadakan oleh JPS dan badan lain bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan sungai. Antara contoh sungai angkat ialah Sungai Gombak, Sg.Lui (Hulu Langat), Sungai Batu (Kuala Lumpur), Sungai Lendu (Alor Gajah) dan Sungai Skudai (Johor Bahru).
Masalah pencemaran udara dan bunyi sebahagian besarnya telah dikawal melalui Penguatkuasaan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), Kebanyakan kilang telah dilengkapi dengan alat kawalan pencemaran udara bagi mengurangkan pelepasan bunyi, habuk, asap hitam dan gas beracun. Pemeriksaan terhadap penguatkuasaan telah dipertingkatkan untuk menentukan supaya alat kawalan adalah berfungsi dengan berkesan pada setiap masa.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Guru yang tidak mengajar subjek Alam dan Manusia perlu membuat rentas kurikulum, menerapkan kesedaran membersihkan kawasan dan mengitar semula kertas sampah yang dibawa keluar kelas.Guru mengarahkan murid mengumpulkan kertas sampah  di lantai  untuk dikumpulkan didalam beg plastik hitam. Apabila penuh, ia dihantar ke pusat kitar semula.
Guru perlu menerapkan nilai mencintai keamanan dan keharmonian didalam kelas yang diajarnya. Pencemaran bunyi yang melampaui kewarasan seseorang yang berpunca dari kelas Peralihan yang bising akan mengganggu ketenteraman kelas bersebelahannya.bukan sahaja kelas di sebelahnya, tetapi kelas-kelas ynag berjauhan turut merasa tempiasnya. Guru perlu menyedarkan akan pentingnya mengawal diri sendiri supaya kelas tidak bising kerana pelajar bergurau dan bermain. Kelas yang bising datang juga dari guru yang berteriak mengarahkan supaya pelajar merendahkan suara. Untuk hal ini, guru dan murid perlu berusaha mengawal emosi dan tingkah laku. Sekiranya berjaya, murid akan diterapkan bahawa bunyi bising itu mengganggu, dan bunyi bising seperti dari kenderaan, motorsikal dan kilang itu mengganggu masyarakat setempat. Murid-murid yang berjaya memahami konsep keamanan ini akan berusaha tidak menyumbang kepada pencemaran bunyi ini apabila mereka dewasa kelak.
Kesimpulan
Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.
Berdasarkan pendedahan diatas ketidakprihatinan masyarakat perindustrian keatas alam sekitar, maka masyarakat setempat tentulah merasa akan perit dan susahnya hidup didalam keadaan yang berasap, kotor dan busuk. Selain dari itu, masalah kesihatan yang akan menjenguk masyarakat tentu mengundang pelbagai bahaya yang lain.
Sekiranya punca telah dikenalpasti, kilang , masyarakat setempat dan pihak berkuasa tempatan menggembleng tenaga menyelesaikan masalah pencemaran tersebut. Langkah bersepadu sebegini memastikan beban yang berat akan menjadi ringan dan semua pihak akan merasa faedahnya. Selepas itu tindakan susulannya ialah mengekalkan amalan perkilangan yang baik dan masyarakat peka dengan perkembangan sihat itu.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Sikap mengambil berat ini penting untuk menerajui sektor perkilangan yang mesra alam demi menjaga keharmonian alam sekitar dan penghuninya.


Bibliografi

  1. Bugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press.
  2. OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On Noise Abatement Policies. Paris.
  3. Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
  4. Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur.
  5. Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Rujukan
  1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003.
2.     Utusan Malaysia bertarikh 9/9/2011
3.     Utusan Malaysia bertarikh 17/6/2010
4.     Utusan Malaysia bertarikh 5/11/ 2010
5.     Utusan Malaysia bertarikh 25/5/2011
6.     Utusan Malaysia bertarikh 12/10/2010
7.     Utusan Malaysia  21 Jun 2010
8.     Utusan Malaysia 1 Ogos 2011





Buku Panduan Pengakap


Buku Panduan Pengakap

No
Imej
Description/Penerangan
1
http://scout.nohal.com/includes/FCKeditor/upload/Image/Buku_Panduan/Jul---Ilmu-Pengakap.jpg
Ilmu Pengakap Bagi Budak-Budak
Ini adalah sebuah buku terjemahan daripada karya Bapa Pengakap – Robert Baden Powell, iaitu ‘Scouting for Boys’. Buku ini membawa kita mengenali ilmu pengakap dengan lebih dekat. Segala-galanya terkandung dalam buku ini. Lengkap sebagai rujukan asas untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui kegiatan berpengakap yang sebenar-benarnya.harganya sangat berpatutan, iaitu RM12.90 – sahaja, terbitan Edusystem sdn bhd.


2
http://scout.nohal.com/includes/FCKeditor/upload/Image/Buku_Panduan/Jul---Pengakap-Muda-Remaja.jpg
Pengakap Muda Dan Remaja
Dapatkan sebelum kehabisan ! Ini adalah buku yang istimewa. Kerana ia menggabungkan kedua-dua peringkat Pergerakan Pengakap iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja. Buku ini lengkap dengan aktviti, kemahiran dan lencana kedua-dua peringkat pengakap tersebut. Ia sesuai sebagai bahan rujukan bagi mereka yang ingin mengetahui selok-belok berpengakap yang sebenarnya.Harga yang murah dan berpatutan hanya RM 9.00 terbitan Edusystem Sdn Bhd , ia adalah sebuah buku untuk ahli pengakap SMKDB.