Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Wednesday, November 28, 2012

Kisah Harga Rumah



Kisah harga rumah

Tahun ni beli RM 250,000
2 tahun lagi akan naik sehingga RM 280,000
Tanah di Air Merbau Jasin, tanah-tanah lot persendirian
Tahun ni dengan tahun depan harga sekaki tanah sudah naik lipat kali ganda
Bukan sesiapa tetapkan, tapi kalau orang seorang dah naikkan
Orang lain akan ikut sama

Inilah money game cara kita, cara kapitalis
Kapitalis adalah berasaskan keuntungan
Apa beza tanah lot tu tahun ini dengan tahun lepas
Dah ada emas ke atau tanah makin subur ?
Oh, kerana ada orang naikkan harga
Kita nak ikut
Atau lokasinya bagus, berdekatan dengan Bandar
Boleh naikkan lipat kali ganda ?

Lihat rumah di Bandar Hilir,
Burukpun ada harga
Ini kerja ambil untung cara kapitalis cara Barat
Rumah mana ada harga
Harga tu kita buat
Kalau naik dan turun kita tentukan
Di tempat aku ada harga rumah menjunam turun
Baru tahu kau langit tinggi ke rendah
Buat asset konon
Di bukit beruntung, flet harga RM 5,000 pun ada
Di Bukit Antarabangsa selepas kejadian tanah runtuh dahulu
Di Highland Towers, kondo kawasan tu semua turun harga bang
Ada siapa nak jual atau biar macam tu sahaja
Bukan lokasi yang main peranan, ada benda lain yang lebih penting
Tapi orang tak hiraukan ye
Nyawa dan keselamatanlah sebenarnya
Jangan tunggu sampai wabak penyakit datang
Serang satu kawasan sampai semua orang lari
Jadi Ghost town
Atau satu pekan kecil orang tak lalu dah
Sebab telah dibina jalan baharu
Yang tak lalu pekan tu
Siapa nak masuk beli barang-barang kat kedai tu
Semua dah tukar jadi rumah kediaman sahaja
Harga rumah ni mengarut sahaja
Kalau nak jual rumah, jual dengan harga yang lebih rendah
Dari yang kita beli
Baru tahu siapa boss
Rumah atau kita
Bank atau kita

Semakin tinggi harga rumah atau tanah
Semakin untung bank yang beri pinjaman
Kalau beli rumah baharu,
Atau beli tanah dari perseorangan
Semua libatkan loan bank
Samada pinjaman perumahan atau peribadi
Makin naik interest atau riba’
Kalau orang kerja kerajaan
Minta loan kerajaan
Bayar maksimum 25 tahun
Tapi interestnya tinggi
Orang kita juga yang tersepit nak bayar

Kata Islamic banking
Perbankan bercirikan Islam
Kenapa tak namakan Islam Bank  terus
Sebab hujung ‘..ic’ tu ada ciri-ciri sahaja, dalam 30 %
Bukan Islam sepenuhnya

Yahudi nak jajah kita senang sahaja
Kawal media massa dan kawal bank
Apa yang ditonton di tv itu akan pengaruhi kita
Apa yang dibayar itu akan jajah kita
Pada aku yang asas itulah yang penting



Nama saya Muhammad Salleh bin Hamdan
Lain kali kalau nak perkenalkan diri
Jangan sebut -nama saya
Tapi sebutlah –saya
Saya Muhammad Salleh bin Hamdan













Harga kereta pula akan menurun, kereta second hand
Dengan kereta baharu harganya berbeza






Harga barang akan naik apabila ada permintaan melebihi pengeluaran

Tuesday, November 20, 2012

Kenderaan Paling Pelik di Melaka

Apa kenderaan impian anda ?
Selalunya kita ada kenderaan impian, yalah yang paling mahallah yang ada kat dalam tv tuh. Tapi cuba kita tengok apa kenderaan tempatan yang ada di Malaysia, tapi tidak dijadikan kenderaan impian. Kalau buka tv tu yang dipaparkan yang baru dan canggih aja kan. Cuba tengok konteks di Malaysia baru kita boleh ukur baju di badan sendiri.
Dahulu ada seorang wakil direct selling MLM tanya aku, apa kenderaan impian anda, ia beza dengan kenderaan yang kita pakai sekarang nie, proton ke ni pakai sebab tak ada duit  , baru kita beli yang kita mampu.
Tapi kenderaan impian abang apa ? Kenderaan impian aku ialah Perodua Kancil ! Ya betul, walau aku pakai Avanza tapi di sudut hati aku minat Kancil yang jimat, spare part murah, ajar kita bersabar dll. Ingat tak masa belajar bawa kereta, Sekolah memandu pakai Kancil, isy senangnya masuk parking !
Tapi tu dulu, bila dah pindah Melaka nie, aku ada kenderaan impian yang lain. Kalau aku cakap pada orang MLM mesti dia tak boleh cari makan punya. Aku dulu buat MLM semua trick cara cakap nak jerat orang aku dah tahu. Memang pandai cakap aku nie, tapi dah taubat jadi cikgu, I am a teacher now, not a cheater huhu.
Anyway, kenderaan impian aku bukannya BMW (walau abang aku pakai BMW kelabu baharu, aku tak iri hati punya)atau Mercey atau Porsherilla, atau Audi. Itu kenderaan yang di iklankan. Inilah kenderaan impian aku : beca.
Ada berani, ada mampu nak beli dan guna kudrat sendiri bang oii. Aku ada satu basikal ‘tua’ mmg ak nafikan maintenance dia lebey renyah dari sebuah Motor EX5, peliks juga. Mungkin basikal aku basikal tempatan, so kualiti dia lawya punya la. Orang tua kat Jasin kayuh basikal steady aje, nampak koman kan, tapi tengok lutut kalau berlaga dengan lutut orang muda, retak lutut orang muda taw ! Lutut kami lebih kualiti ! Khusus untuk orang sudah berkahwin , amat bererti !
Tapi minat aku dah ke beca ni la, upgrade sikit dari basikal. Cuma di Jasin ni naik basikal pun kena sabar sebab dia beralun jalannya. Kalau di Tangkak atau Melaka, jalan dah rata. Di Melaka ni beca dia kena pakai lessen, takkan aku beli sendiri pun nak kena lessen kott, bukan nak niaga larr.Dahulu basikal di Melaka dan Johor ada lesen, seringgit setahun, tapi dah dimansuhkan. Sikit lagi, jalan pun kena ada lesen kasut baru naya. Duduk je tak payah bayar cukai. Heee.
Tengok dalam Internet satu beca harga RM 900. Emmm. Beli beca dapat basikal satu okey apa, kalau tak nak pakai becal letak la kat rumah, naik basikal aja. Aku rasa kayuh beca lebih senang dari basikal, sebab tak payah belen2 kan, slow pun dia tak jatuh. Tapi kalau aku beli nak simpan kat mana, dalam rumah boleh , buat perabot. Kemudian bawak kat Melaka, dengan anak-anak larat lagila nak kayuh. Otai-otai beca sure tengok pelik sebab aku bukan geng diaorang kann.kira BMW la kan, Beca Melaka Wow !
Anyway itulah kenderaan impian aku. Anda bagaimana ?

Saturday, November 17, 2012

Friday, November 16, 2012

SPPBS

nak kena print pulak keputusan pelajar sekolah menengah ..
sblm cuti tak cakap punn
\

Friday, November 9, 2012

PBS oh PBS

PBS
Penilaian Berasaskan Sekolah
PBS
Perit Betul Sakit
PBS
Pusing-pusing betul-betul sakit
PBS
Perlu Banyak Sabar
PBS
Panitia Boleh Semput
PBS
Pengisian Borang Saja
PBS
Pemarkahan Boleh Saja
PBS
Perlu Bangun Subuh
PBS
Perlu Bereskan Segera
PBS
Pengetua Berang Saja
PBS
Perlu Banyak Setiausaha
PBS
Perlukan Bukti Senantiasa
PBS
Perlukah Band Setinggi-tingginya ?
PBS
Pabila Bulan September
PBS
Pelajar Berasa Sengsara
PBS 
Pengajar Buat Selalu
PBS 
Penilaian Berasaskan Sekolah
PBS 
Pelajar Baru Sangkut ?
PBS 
Perlu Buat Sesuatu !
PBS 
Push ! Beri Sokongan
PBS 
Penting Buat Selalu
PBS 
Peperiksaan Bukan Sandaran
PBS 
Penat ? Berhenti ? Simpangkan !
PBS 
Pengajar Berasa Sengsara
PBS oh PBS