Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Monday, July 29, 2013

Pengajaran untuk guru Baharu(12)



Pengajaran untuk guru Baharu

1.      Betulkan yang salah, yang terbiasa, biasakan yang betul.
2.      Kita datang ke sekolah ini untuk mengajar dan mendidik pelajar menerima tunjuuk ajar, bukan buatkan mereka kerja yang mereka sepatutnya laksanakan.
3.      Pelihara masa instructional anda, ini ertinya pelihara masa anda sepatutnya di kelas.
4.      2 minit terakhir kelas masih dibawah seliaan anda.
5.      Tunggu sehingga loceng berbunyi baru kelas anda berakhir, loceng tu kalau lambaut pun , ikut loceng itu juga.
6.      Kalau kita kumpul buku budka, kemudian edarkan kembali, ada buku pelajar yang tak hadir, dalam 1 atau 2, buku itu selalu hilang sebab kita dah campurkan dengan buku-buku lain. Masukkan buku itu kedalam plastic dan labelkan.
7.      Catat waktu kita lihat pelajar tidak ada dalam kelas.

Thursday, July 4, 2013

Pengajaran untuk guru baharu-11


1.      Jangan jalan laju ditepi pelajar, ini supaya pelajar tepi kita ada masa nak greet kita, atau kita boleh kesan pelajar itu akan greet kita atau tidak.

Pengajaran untuk guru baharu-10


1.      Satu tanda kelas kurang ajar ialah biarkan kita padam papan hitam sendiri bila mula nak ajar.

2.      Padam sendiri tulisan kita sebelum keluar kelas. Ini untuk bantu guru selepasnya.

3.      Jangan tulis apa-apa lagi 5 minit terakhir.

4.      Jangan cakap sambil tulis di papan hitam.

5.      Kalau kita waktu terakhir hari tersebut dan nak keluar, it’s nice kalau sebelum keluar tulis Hari dan tarikh esok hari di papan hitam.

Pengajaran untuk guru baharu-9


1.      Satu tanda kelas kurang ajar ialah biarkan kita padam papan hitam sendiri bila mula nak ajar.

2.      Padam sendiri tulisan kita sebelum keluar kelas. Ini untuk bantu guru selepasnya.

3.      Jangan tulis apa-apa lagi 5 minit terakhir.

4.      Jangan cakap sambil tulis di papan hitam.

5.      Kalau kita waktu terakhir hari tersebut dan nak keluar, it’s nice kalau sebelum keluar tulis Hari dan tarikh esok hari di papan hitam.

Pengajaran untuk guru baharu-8


1.      Ingat, ada pelajar yang jadi pencuri, oleh itu jaga barang kita.

2.      Periksa baju kita sebelum keluar dari tandas.

3.      Bawa baju spare, kalau baju terkotor ke, boleh terus salin tanpa perlu pulang rumah.

4.      Sentiasa jaga kebersihan badan selepas kelas PJ untuk keselesaan semua orang.

5.      Bawa kapur dan marker sendiri, kalau di kelas tak ada, itu  tak ambil masa kelas kita untuk cari kapur.

Pengajaran untuk Guru Baharu-7


1.      Jangan bercakap dengan guru yang suka bercakap dengan nada yang kuat. Ini dikhuatiri perkara sensitive akan didengari oleh guru lain disekelilingnya. Tunggu sehingga orang tidak ada.

2.      Elakkan berjalan ditengah-tengah pelajar di kantin. Mungkin kita akan tertolak semasa mereka bergurau, tumpah makanan dll.

3.      Jangan respon pada pelajar yang melaung nama kita. Kalau dia hendak jumpa kita, dia datang dan sapa kita.

4.      Jalan dengan berhati-hati, takut kita tersepak batu dihadapan pelajar, jatuh barang dll.

5.      Perkara paling tak patut dibuat ialah mengutip barang yang tak sengaja jatuh. Ini tunjukkan kita tak cermat sampai boleh jatuhkan barang.

Pengajaran untuk Guru Baharu(6)


  1. Jangan pergi ke bangunan kosong bersendirian, sebaiknya bawalah teman.
  2. Jangan biarkan sekumpulan pelajar di sekolah sendirian, kena ada guru mengawasi.
  3. Semakin ramai pelajar, semakin banyak risiko.
  4. Guru yang belum sah, buat salah, ada risiko diberhentikan, guru yang sudah sah, buat salah , akan ditukarkan.
  5. Kalau lihat kelas lain sudah lepaskan pelajar pulang  2 minit lebih awal, jangan contohi mereka, kerana dua minit terakhir masih lagi dalam jagaan kita. Kalau ada masalah, kita tanggung risiko.

Pengajaran untuk Guru Baharu(5)


  1. Jangan berjalan dihadapan pelajar, jalan dibelakang mereka.
  2. Pelajar hendaklah bergerak dalam kumpulan, kalau laju, suruh perlahan. Ini untuk senang kita kawal.
  3. Catat tarikh kita beri kerja dan topic kerja itu. Jika pelajar tidak buat kerja, Kita tahu apa yang ditinggalkannya.
  4. Kita akan terlupa nak buat apa kalau lihat pelajar ramai yang bising.
  5. Pelajar ramai tak semestinya betul.

Pengajaran untuk Guru Baharu (4)


  1. Kalau nak berhentikan permainan bola, ambil bola, jangan suruh pelajar berhenti macam tu sahaja.
  2. Jangan beri pelajar kelas nakal main hoki, cakera, lembing dan lontar peluru masa PJ.
  3. Bila kendalikan perjumpaan pelajar, jangan kita seorang, walaupun dibantu oleh pelajar form 5. Ini kerana tanggungjawab masih lagi kita seorang, jika pelajar cedera, hilang, bergaduh, kita seorang yang akan terima balanya.
  4. Kelas yang menggunakan dua tempat, seperti makmal, bilik seni padang, mungkin pelajar lari sewaktu bergerak ke tempat itu.
  5. Jangan benarkan pelajar kelas nakal bergerak ke padang sendirian.

Pengajaran untuk Guru Baharu (3)


  1. Waktu kelas kita, kita jaga, waktu kelas orang lain, bukan bawah kita..


  1. Pelajar nakal menengah rendah akan ambil kesempatan balik awal dengan men. atas hari Rabu, iaitu jam 2.00 pm an bukan 2.40 pm.
  2. Satu tanda kerja tidak berkat ialah banyak masalah jadi walau semua langkah telah dibuat.
  3. Jangan buat aktiviti yan bahayakan keselamatan sesiapapun, atau benda yang kita tak boleh kawal kelakuan pelajar.
  4. Main bolasepak boleh jadi bahaya.

Pengajaran untuk Guru Baharu(2)


  1. Jangan benarkan pelajar keluar lebih dari seorang dalam satu masa, ini peraturan sekolah.

 

  1. Keselamatan lebih utama dari akademik.

 

  1. Ibubapa dakwa guru jika pelajar cedera, tapi tidak kalau anaknya tidak perform.
  2. Kita mesti utamakan keselamatan diri.
  3. Keselamatan pelajar kita diutamakan, tetapi kita juga pastikan pelajar kita tidak cederakan pelajar lain.

 

Pengajaran untuk Guru Baharu(1)


Pengajaran untuk guru baharu

 

  1. Pelajar degil tegar selalu ambil kesempatan pada 30 minit pertama dengan tidak dengar ajaran guru, tetapi akan salin apa yang guru tulis last minute.

 

  1. Loceng tanda kelas berakhir akan dijadikan masa untuk berharap guru keluar dan tidak meminta kerja yang tidak siap.

 

  1. Jika ditanya pelajar yang tidak bawa buku, dia akan cakap guru tidak pulangkan. Dalam hal ini, lebih baik kita bawa beg plastik semasa bawa buku pelajar, dan kita cakap semua buku kita letak dalam beg ini, dan tak mungkin cicir buku.

 

  1. Pelajar nakal akan tidur satu waktu, dan bangun 20 minit terakhir untuk salin dalam buku tulis.

 

  1. Kita terima kerja diatas kertas, bila kita sudah tanda dan berikan semula, dia akan hilangkan, dan kita jumpa atas lantai.

Tuesday, July 2, 2013

Budak kelas Peralihan

Satu perkara orang ramai tak perasan
Tentang Budak kelas peralihan
semasa perhimpunan ialah
mereka tak nyanyi lagu sekolah
dan
mereka tak faham sepatah ucapanpun
yang mereka dengar
mereka hanya dengar bunyi suara
sahaja
 
kalau dalam kelas
kita jerit pada mereka
"Be quiet, I'm trying to teach you English !"
mereka tak faham
kalau kita jerit
Hey you, I just had toast for breakfast just now !"
They are going to assume
We are angry at them
So don't bother to
shout something meaningful
to them
they just hear sounds of voices

Cara Suruh pelajar Diam

Diammm
Tu perkataan klasik
yang guru akan sebut
satu cara yang pasti berjaya
terutama pada hari panas
atau selepas kelas PJPK
ialah kita tutup kipas
nanti mereka kata panas
kita kata kipas ni buat bunyi
kelas jadi bising
tapi kalau awak semua
diam
saya akan buka kipas semula
hahaa

e-kedatangan online PPD

 
Ni lagi satu kerja
kat sekolah aku
ada buku register yang
standard satu malaya
tiap-tiap pagi kena isi
ada satu lagi buku
buku kedua:
buku bilangan murid
yang ni Pengetua suruh isikan
lagi satu e-kedatangan pulaaak
online punya
ini satu malaya kena isi
ni PT Rintis yang kena bahana
walau dia buat pun
kita masih kena tulis
nama penuh budak yang tak hadir
dan kelas kita
dan serah pada dia
 
hemmm
 
dulu satu buku
sekarang dah tigaaa

Cara Nak Rotan Pelajar


Pernah tak kalau kita nak rotan pelajar
Dia lari-lari
Tak nak hulur tangan
satu cara nak jimat masa
Pergi ke rakan sebelah dia
Suruh rakan dia hulur tangan
Rakan dia hulur tangan
Kita sebat tangan rakan dia
Tapi sebenarnya kita sebat
tangan budak nakal
yang dok sebelah dia
kita sebat lengan atau kaki
budak nakal tu
(kalau mereka berdiri)
mana yang kenalah
 
Tapi mata pandang rakan dia
so dia tak expect
dia kena
dan dia tak lari
haha
what a big surprise
 
That's a creative way to
cane students
 
hahaa