Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Friday, October 5, 2012

Contoh Surat Petisyen


Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan Contoh Surat-surat Petisyen 2010.

Contoh surat petisyen

Hakim/Pegawai Syarie
Mahkamah Syariah Jasin
77000 Jasin Melaka

Tuan,
Memohon Menangguhkan Perbicaraan

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

2. Saya ________________ peguam dari Hasri, Khoo and Associates mewakili anak guam saya ______________ memohon untuk menangguhkan perbicaraan kes bernombor rujukan ________________.
3. Ini kerana saya mendapat saksi dan bukti baharu untuk membebaskan anak guam saya dari tuduhan yang disabitkan keatasnya.
Permohonan saya minta dipertimbangkan
Sekian, terima kasih.

(_____________________)


____________________
_____________________
_____________________


Balai Polis Jasin,

Tuan,
Rayuan Mengurangkan Saman Trafik

Perkara di atas dengan hormatnya dirujukkan

Saya seperti penama diatas mengemukakan rayuan bertulis.

2. Saya telah diberikan saman keatas kesalahan lalulintas yang telah dilakukan pada Khamis 19 September 2010 bertempat di Dataran Ayer Keroh kerana memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.
Saya sedar kedua-dua kesalahan saya dan berjanji akan lebih bertanggungjawab.

3. Ini adalah kesalahan pertama saya sejak mendapat lesen penuh pada 1 Ogos 2010. Saya kurang pengalaman memandu dan banyak undang-undang jalanraya saya perlu patuhi.

4. Saya merayu dikurangkan saman dari RM 300 ke RM 150 kerana ini adalah kesalahan saya yang pertama dan saya tidak mempunyai kerja kerana saya masih menuntut.

Diharap permohonan saya dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.


____________________
(                                          )



Pengarah Bahagian Pinjaman
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tingkat 12-A Blok 2
Pusat Bandar Damansara
Selangor

u.p.: Puan Jarauhah bte Mohamed

Puan,
Permohonan Penjadualan Semula Bayaran Pinjaman Pengajian

Perkara di atas dengan hormatnya dirujukkan

2. Saya seperti penama diatas mengemukakan permohonan kepada pihak tuan untuk menjadualkan semula bayaran pinjaman pengajian saya.

3. Sekarang ini saya menjelaskan banyak bayaran sehinggakan untuk membayar jumlah minimum pun saya belum ada kemampuan. Sekarang ini saya bertukar tempat kerja kerana saya terlibat dalam perniagaan.

4. Saya baru menjalankan perniagaan yang boleh menyara hidup sekeluarga dan memungkinkan saya menjelaskan pinjaman JPA saya.

5. Diharapkan permohonan saya mendapat perhatian puan.

Sekian, terima kasih

_____________________


(______________________)

No comments :

Post a Comment