Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, October 31, 2015

Pelajar Lakukan Seks di Sekolah Kes Terpencil


.


MELAKA: Jabatan Pendidikan Melaka akan melakukan siasatan terhadap kes seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang melakukan kegiatan tidak bermoral dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya di Jasin. Pengarahnya, Abu Bakar Sahari berkata tindakan itu bagaimanapun hanya akan dilakukan selepas siasatan pihak polis selesai bagi mengelak sebarang gangguan. "Kami akan meminta pihak sekolah untuk membuat laporan penuh berhubung kes ini selepas siasatan polis selesai untuk tindakan lanjut yang perlu diambil di peringkat sekolah. "Kami terkejut apabila mengetahui perkara ini. Kes ini adalah terpencil ... pihak jabatan memandang serius hal ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan tidak bermoral seorang pelajar tingkatan empat yang dikesan ibunya melakukan hubungan seks dengan beberapa pelajar lelaki di sekolahnya. Turut dilaporkan keluarga pelajar berkenaan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan lapan pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes itu. Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata semua pelajar yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu akan dipanggil pihak sekolah dan diberi sesi kaunseling secara intensif bagi memberi kesedaran kepada mereka. "Pihak sekolah dan jabatan juga akan terus memantau perkara ini agar tidak berulang atau berlaku pada pelajar lain atau di sekolah lain," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/92977