Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, October 31, 2015

kepentingan semantik kepada seorang guru bahasa

Seorang guru perlu tahu ilmu semantik. Para pendidik sahajalah yang dapat menyaring dan menyampaikan ilmu bahasa kepada pelajar, berdasarkan ilmu linguistic yang didapati dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Robert Lado pernah berkata bahawa untuk menjadi guru bahasa, bukan sahaja kebolehan bercakap bahasa itu diperlukan, tetapi mesti mampu untuk mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbgai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mesti tahu preskripsi bahasa tersebut, fakta linguistik akan bahasa ibu pelajar supaya dia dapat tahu masalah pelajar dalam mempelajari bahasa yang guru ajarkan itu.
Bidang semantik memberikan makna kepada perkataan yang digunakan oleh guru. Guru harus cekap mencari atau mengetahui makna leksikal sesuatu perkataan. Guru perlu tahu bahawa sesuatu perkataan itu sudah melalui proses gramatisasi atau tidak. Guru perlu dapat menghuraikan imbuhan di tengah kata dasar seperti gemuruh dan kerlip dan menambahkan imbuhan berkerlipan, sekiranya ada keperluan untuk mengajarkan imbuhan tersebut. Jika mahu mengajarkan murid untuk membuat ayat menggunakan makna leksikal iaitu makya yang terdapat didalam kamus sahaja, guru perlu tahu penggunaan perkataan yang dibolehkan antara “Kaki saya sakit kerana terlalu lama berjalan” dan ” Saya melihat kaki langit”. Begitu juga dengan ayat-ayat yang melepasi jangkauan pemikiran guru yang diberikan oleh pelajar masa masa kini. Oleh itu, guru yang cukup ilmu leksikal boleh memperbetulkan kesalahan pelajar dan menunjukkan cara yang betul untuk menggunakan makna leksikal.
Perkembangan teknologi maklumat masa kini sedang member pelajar dengan pelbagai maklumat yang betul dan salah. Method memberikan maklumat itu yang datangdlam bentuk ayat dan perkataan memberikan input kepada pelajar akan kepelbagaian makna untuk sesuatu perkataan yang didengari atau diketahuinya melalui media massa. Perkataan-perkataan yang digunakan memberi makna yang berbeza mengikut pengalaman dan minat pelajar. Untuk memberikan makna yang tepat kepada pelajar, guru perlu mengetahui pelajar menghadapi kesukaran memilih makna yang tepat untuk diletakkan kepada perkataan yang diajarkan. Sebagai guru dinamik yang pela kepada perkembangan pelajar, guru perlu tahu mencari makna asosiatif contohnya. Apabila disebut tablet, seorang guru lama mungkin fikirkan ubat-ubatan, tapi pelajar berfikir gajet terbaharu Samsung. Pengetahuan tentang makna asosiatif yang seiring dengan perkembangan semasa juga telah memasukkan perkataan-perkataan yang baharu kedalam kamus bahasa Melayu.  Juga, guru perlu tahu untuk menggunakan perkataan yang mempunyai sedikit makna asosiatif dengan dunia luar, untuk membantu pelajar mendapatkan makna yang tepat dan untuk menjimatkan masa kelas. Jika guru tidak mengambil pengetahuan semantik yang berevolusi ini, makan pelajar akan mengambil masa yang lama untuk mempelajari makna perkataan yang baharu. Juga, didalam pemilihan kata nama yang sesuai, seorang guru juga perlu tahu makna perkataan yang digunakannya. Semantik dan Sosiologi Semantik ialah satu bidang yang berkaitan dengan sosiologi. Penggunaan kata tertentu dapat dikaitkan dengan kelompok satu masyarakat. Contohnya, guru yang mengajar pelajar membuat ayat menggunakan perkataan perempuan dan wanita pasti tahu kelompok pertama adalah anak-anak muda, manakala kelompok kedua merujuk kepada golongan yang sudah berumur, lagipun itu lebih sopan.
Dalam menjelaskan penggunaan kata nama dan kata kerja yang pelbagai, suka saya katakana terdapat 6,000 bahasa manusia yang wujud, dan setiap satu bahasa mempunyai relativity butiran leksikalnya yang sendiri. Oleh itu pengetahuan guru tentang perbendaharaan katanya perlu ditambah dari semasa ke semasa. Dalam menjelaskan maksud, seorang guru yang hanya tahu jenis beras perang dan beras putih pasti mengelirukan anak muridnya yang berasal dari keluarga penanam padi, kerana pada pengalamannya, terdapat pelbagai jenis beras putih mengikut kualiti dan rasanya. Oleh itu, guru seharusnya mengetahui latarbelakang pelajarnya dan juga sentiasa mempelajari ilmu semantik yang sentiasa berkembang. Ini penting untuk menjelaskan dengan panjang lebar akan berjenis-jenis makna untuk satu perkataan semudah ‘beras’.
Dalam mengajar subjek komsas atau sastera, guru menghadapi cabaran menjelaskan konteks iaitu keadaan masa dan tempat watak utama, terutamanya apabila watak itu berada diluar lingkungan kehidupan pelajar yang mempelajari novel itu. Konteks yang dipilih oleh penulis dicipta agar dekat pada kehidupan pelajar supaya mereka dapat memahami situasi. Namun, tidak semua latarbelakang pelajar itu sesuai untuk memahami konteks novel dengan mudah. Oleh itu terjadi salah faham dengan konteks yang cuba diketengahkan oleh penulis. Tugas guru ialah membuat penyesuaian kepada caa pengajaran supaya mereka dapat mengetahui situasi masa dan tempat, dan selepas itu mereka dapat memahami dengan mudah konteks cerita. Guru yang tahu konteks akan dapat mencari makna kontekstual yang tepat. Didalam mengajar perbendaharaan kata, guru yang mengajar perlu memperkenalkan murid kepada makna kontekstual dengan mudah dan dalam masa yang ditetapkan. Guru yang arif tentang makna konteks dapat mengajar murid tentang konteks yang berbeza untuk satu perkataan dan murid dapat faham satu persatu.
Contoh terbaik ialah kisah seorang pendeta yang hanya boleh bercakap satu perkataan sahaja dalam satu hari. Apabila dia diajukan soalan,
“Jika kurang senaman dan banyak makan, penyakit apa yang mudah kita dapat ?”
“Apa nama sebenar untuk kuntum bunga pisang ?”
“Apa panggilan untuk orang yang sangat kita kasihi?”
Jawapannya ialah jantung. Tiga soalan, tetapi mengandungi tiga konteks berbeza untuk satu jawapan yang sama.
Ilmu semantik juga digunakan didalam mengajar imbuhan.  Satu perkataan dasar yang dipetik dari kamus memenag satu makna leksikal, dan jika ia melalui proses gramatisasi maka maknanya berubah.  Satu contoh yang mahu diketengahkan ialah gramatisasi menggunakan morfim yang kecil iaitu imbuhan awalan tengah dan akhiran. Kata makan diertikan sebagai tidak sengaja apabila “Salleh termakan nasi saya punya” dan berbeza dengan perkataan memakan. Guru yang mahu mengajarkan muridnya mesti arif dengan proses ini yang setiap perkataan mesti diterangkan maknanya.
Pengetahuan semantik buat guru lebih yakin dengan makna yang diajarkan kepada pelajar. Jika  pelajar bertanya soalan berkaitan makna atau asal usul perkataan tanpa imbuhan, seperti kemenjadian, kebertanggungjawaban, kenapa ada dua imbuhan awalan,guru dapat jelaskan.
Untuk menjadi sebuah bahasa yang bergerak maju, bahasa Melayu menerima pengaruh yang besar dari bahasa asing terutama dalam kosa kata. Pengaruh paling awal adalah bahasa Sanskrit. Hasil dari penyebaran agama Islam, bahasa Melayu yang dekat dengan orang melayu juga menerima sejumlah besar kosa kata dari bahasa Arab. Dalam kaitannya dengan alam semantik dan profesion perguruan, kerapkali guru terjumpa kosa kata yang tidak diajarkannya. Kosa kata yang asing ini tidaklah semuanya salah, tetapi ia datang dari filem dan cerita televisyen. Oleh itu, guru mestilah mempersiapkan diri untuk menapis perkataan yang tidak sepatutnya ditulis dalam sebuat karangan. Guru perlu tahu kosa kata umum bahasa melayu, bahasa serumpun dan bahasa asing yang betul. Didalam kosa kata bahasa Melayu, terdapat kosa kata ambilan dari pelbagai bahasa dan guru perlu tahu apa kosa kata ambilan tersebut, yang datang dari bahasa Inggeris, Cina atau Portugis. Kebelakangan ini filem banyak menggunakan perkataan ambilan dari bahasa Cina, akan tetapi guru harus terima perkataan yang termaktub didalam Kamus Dewan Edisi Terbaharu dan menolak perkataan dari bahasa rojak. Sebagai asasnya, didalam karangan, terdapat banyak kosa kata ambilan, contohnya perkataan flu, influenza, virus, sistem, hakikat dan tetapi yang campuran dari bahasa Inggeris, Arab dan Sanskrit. Contohnya:
Flu datang dari virus influenza. Penyakit ini dikenali sebagai penyakit dalam sistem pernafasan, tetapi hakikatnya, penyakit ini menjejaskan sistem tubuh badan.


 Kesimpulannya, dengan ilmu semantik yang cukup, guru dapat membezakan dengan jelas, iaitu dapat memberikan contoh-contoh ayat yang menggunakan makna semantik tersebut. Guru juga dapat kenalpasti, melalui ayat yang pelajar tuliskan ketepatan makna yang ingin digunakan. Dengan ini pengajaran akan jadi lebih mudah dan menjimatkan masa.Guru hanya perlukan sedikit usaha untuk mempelajari ilmu semantik yang perlu diteruskan sehingga akhirnya.

No comments :

Post a Comment