Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, October 31, 2015

cara terap inovasi

1
Saya mengajar murid darjah enam. Dalam kelas saya, pelajar digalakkan memberikan idea, dan setiap idea akan dipuji sebelum diuji. Saya beri mereka rasa dihargai, mereka boleh tunjuk idea yang belum pernah mereka tunjuk sebelum ini. Mereka rasa selamat dan tidak rasa berbahaya apabila didalam proses mempelajari sesuatu benda yang baharu yang mungkin membuat kesalahan.Saya telah mereka aktiviti yang sesuai dengan tahap penerimaan mereka. Mingkin aktiviti ini agak sukar kepada pelajar kelas lain. Aktiviti yang direka bentuk oleh guru memudahkan kewujudan sesuatu hasil. Objektif saya ialah pelajar dapat mencipta frasa-frasa adjektif untuk warna, ukuran dan bentuk. Pertamanya saya akan kenalkan mereka kepada penggunaan frasa adjektif tersebut, seperti
1.      Semut nakal itu tidak hiraukan perhimpunan
2.      Semut merah boleh menggigit
3.      Ada beza antara semut pekerja dan semut tentera.
Isu yang diketengahkan ialah tingkah laku pelajar yang suka bercakap sewaktu perhimpunan pagi berlangsung. Masalah ini sering berlaku dan akibatnya pelajar tidak membuat perbarisan dengan lurus, mereka tidak mengikut arahan guru dan kurang disiplin. Ada juga pelajar yang makan dan minum sewaktu perhimpunan berlangsung dan membuat sampah selepas perhimpunan berakhir.
Dalam kumpulan seramai 8 orang , pelajar dikehendaki membuat satu sketsa yang mengutarakan masalah tersebut, tetapi mereka mesti berlakon mereka menjadi pelajar-pelajar didalam sebuat komuniti semut. Anak-anak semut yang beratur bercakap sesama sendiri dan melakukan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah semut. Guru besar semut sentiasa mengingatkan anak-anak semut supaya memberikan perhatian, tetapi semut dalam kelas darjah 4 dan 5 selalu berbual dan makan secara curi-curi.
Pelajar dikehendaki membuat dialog yang kelakar dan menarik dan menggunakan kosa kata yang betul. Diharapkan penonton akan sedar dan merasa terhibur di sampit mendapat maksud yang tersirat iaitu hendaklah sentiasa berdisiplin sewaktu perhimpunan.

2
Untuk mengajar pelajar darjah dua kemahiran pertuturan, murid akan berlakon didalam satu drama. Lakonan ini, murid akan menghafal dan berlatih menyebut perkataan-perkataan yang terdapat didalam Huraian Sukatan Pelajaran bahasa Melayu pada tahun satu. Pelajar melakonkan satu drama yang bertajuk “Saya Sebatang Gigi”. Pelajar hafal skrip yang mudah, dan didalam skrip itu terdapat elemen sebutan dan tatabahasa yang mereka pelajari. Watak-watak personifikasi yang dicipta semua akan mengucapkan dialog bersama dengan pergerakan badan.
Matlamat utama ialah supaya pelajar dapat menyebut perkataan bahasa melayu dengan betul. Mereka dapat beranikan diri menyebut perkataan di hadapan orang ramai. Matlamat sampingan ialah mereka dapat ulangkaji pengajaran kesihatan yang mengajar tentang cara penjagaan gigi seharian dengan baik.terdapat langkah-langkah penjagaan gigi seperti menggosok gigi, gunakan flos dan gosok dua kali sehari, juga pantang larang didalam pemakanan seperti kurangkan makanan banyak gula supaya gigi tidak rosak.
Teks yang dihasilkan adalah hasil dari perbincangan guru dengan murid. Guru bertanyakan murid perkara penting didalam amalan penjagaan gigi iaitu kenapa kita mesti gosok gigi, berapa kali gosok gigi dalam sehari, apa cara menggosok gigi yang murid amalkan. Murid memberikan jawapan, dan guru akan mengajar mereka tentang subjek menjaga kebersihan mulut dan gigi.
Terdapat banyak watak utama dan watak sampingan yang diberikan kepada pelajar. Mereka memakai kostum yang berbentuk gigi hadapan, sisa makanan, berus gigi dan alat tajam doktor gigi dan karies gigi. Seorang pelajar  menjadi watak utama, dengan menunjukkan peranan pemilik gigi untuk menjaga gigi.
Jalan ceritanya adalah dicadangkan begini:
Selepas makan, terdapat sisa makanan yang berada di celah gigi. Kemudian datang seorang murid memakai kostum berus gigi dan ada perbuatan memberus gigi. Sisa makanan jatuh kebawah. Gigi kedua tanggal, dan jatuh kebawah, watak utama menangis.Satu minggu kemudian, ada keluar sedikit gigi kekal, dan watak gembira, dan semua gigi berharap pemilik gigi akan jaga kebersihan giginya dengan baik.
3
Topik bahasa Melayu yang saya mahu ajaran kali ini ialah imbuhan awalan dan akhiran. Saya selalu mengajak murid memberikan idea dan saranan yang baharu. Untuk aktiviti ini, saya mahu mengajar mereka lisan dan kemahiran bertutur.kali ini saya mengajar nilai estetika dengan saya dan pelajar sama-sama mencipta ayat yang boleh menerangkan masalah habuk yang terdapat di hadapan kelas. Habuk ini hadir kerana pelajar tidak selalu bertugas mengelap papan hitam. Oleh itu, pendengar disarankan supaya menjalankan tugas mengelap papan hitam setiap hari.
Didalam kumpulan, pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang mengutarakan masalah habuk yang berterbangan yang mungkin mendatangkan masalah kesihatan dan mengotorkan kelas di bahagian hadapan. Murid darjah 1 akan diberikan soalan yang mudah dijawab, seperti (cikgu menyapu sedikit habuk kapur menggunakan jari dan bertanya kepada murid, apa yang cikgu ada di jari ini. Murid akan menjawab habuk kapur. Apa warna habuk ini ? putih. Dimana cikgu dapat habuk ini ? di papan hitam.habuk ini datang dari mana ? dari kapur. Habuk ini boleh dibersihkan atau tidak ? Boleh. Bagaimana hendak bersihkan? Guna kain lembab atau tangan ? Kain lembab. Guru tunjukkan cara lap habuk menggunakan kain lembab.Guru tanya pelajar kalau tidak ada kain lembab ,tapi kita ada suratkhabar, dan kita basahkannya, bolehkah kita guna suratkhabar yang lembab untuk gantikan kain yang lembab ? Jika murid jawab tidak dan ya, guru akan tunjukkan bahawa ia boleh dilakukan. Guru Tanya lagi bolehkah kita guna benda lain selain dari kain dan suratkhabar untuk bersihkannya? Murid akan beri jawapan yang pelbagai dan mungkin guru tidak akan jangkakan.Jika murid kurang bei jawapan, guru beri cadangan-cadangan yang menerangkan bahan apa yang boleh digunakan selain dari kain seperti span basuh pinggan, kertas terpakai dan pengelap habuk jenis bulu ayam. Guru menerangkan objek tersebut tetapi tidak menamakannya supaya murid boleh berfikir dan teka objek yang betul. Selepas murid berikan cadangan bahan apa yang boleh digunakan, guru Tanya bolehkah ada sesiapa yang hendak lakukannya hari-hari? Jika ada, itu sudah bagus. Jika tiada maka guru tanya bolehkah kita ada jadual waktu, iaitu setiap hari ada orang yang akan bersihkan papan hitam. Contohnya kalau hari ini salleh yang bersihkan, esok selasa bukan salleh, tetapi ali pula. Rabu akan jadi orang lain pula seperti Wong, khamis Raju pula dan Jumaat ialah Lim.

4
Didalam mengajar bahasa Melayu kali ini saya akan mengajar mereka kata nama khas untuk orang dan tempat. Saya akan ajar mereka nama khas seperti Ali, Hamdan dan Salih dan tempat seperti Jasin, Mydin Shopping Complex dan Tambak Paya. Perkataan ini perlukan huruf besar paa permulaan ayat. Murid darjah 5 ditunjukkan gambar murid lelaki yang bermain botol sepak di kantin. Perbuatan ini berlaku sewaktu sekolah sudah berakhir sementara mereka menunggu ibu bapa atau bas datang mengambil mereka. Ia dilakukan oleh kira-kira 20 pelajar darjah 4 dan 5 dan berlangsung selama satu jam. Sewaktu mereka bermain, bunyi botol dan lantai dan suara mereka bersorak membuat bising. Baju mereka basah akibat peluh. Permainan akan berakhir apabila kesemua mereka pulang kira kira satu jam selepas sekolah berakhir.
Guru berkata mungkin murid kelas ini juga terlibat didalam permainan botol sepak, yang membuat bunyi bising. Guru tidak marah kerana ia bukan satu kesalahan, Cuma khuatir ada pelajar akan jatuh. Murid hanya bermain bola, sekurang kurangnya dapat mengelakkan dari mereka membuat kesalahan.Murid ditanya siapa yang suka bermain botol sepak seperti itu, adakah menyokong permainan ini atau membantah, atau berkecuali. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil 4 orang, mereka diberi tajuk iaitu Permainan botol sepak sementara menunggu waktu pulang, apa kebaikannya ? atau Permainan botol sepak sementara menunggu waktu pulang, apa keburukanya ? Kumpulan pelajar diminta menyediakan 3 maklumat dan beri penerangan untuk satu maklumat. Contohnya kebaikan ialah ia dapat mengeluarkan peluh, kerana pelajar yang bermain mesti akan berpeluh dan membuang toksik dalam badan.
Pelajar diberikan kepada empat  kumpulan dan diberikan soalan. Ada dua kumpulan penyokong dan aka nada dua kumpulan membantah.  Dua kumpulan A ialah menyokong pendapat kebaikan bermain sewaktu menunggu bas datang, dan dua kumpulan B ialah menyatakan keburukan bermain sewaktu menunggu bas datang. Mereka boleh menyentuh aspek mengisi masa lapang, mengeluarkan peluh dan mengelakkan dari keluar sekolah. Keburukannya mungkin mengotorkan baju, membuat bunyi bising dan pelajar mungkin terjatuh. Bahaskan.
Mereka akan membahaskan topik tersebut antara dua kumpulan, dan guru akan membuat penilaian kumpulan manakah yang boleh memberikan hujah dan sebab yang tepat.
5
Topik kali ini ialah berkenaan penggunaan sumber. Saya mahu memperkenalkan mereka kepada subjek dan predikat. Pertamanya saya kenalkan mereka kepada topik tersebut. Kedua, saya minta mereka untuk menjadi lebih sensitif kepada keadaan di dalam sekolah mereka. Murid kemudiannya melihat gambar satu meter air didalam kawasan sekolah ,melalui joint ada air yang menitis. Dibawah pili itu terdapat rumput yang panjang. Ini satu pembaziran sumber. Perlu diperhatikan air yang menitis ini berterusan, iaitu menitis 30 titisan setiap minit. Jika dihitung, ia akan mengumpulkan satu gelen dalam masa 3 jam. Dalam masa 24 jam, ia akan dapat mengumpulkan 8 gelen air yang hanya dibiarkan terbuang sahaja secara percuma kerana tidak ada penelitian mata oleh sesiapa.
Mereka ditanya apa sebab air keluar dari paip atau tumpah ? Ini kerana murid yang ambil air tidak tutup rapat. Apa kesan kepada lantai ? Lantai berlumut dan hitam kotor. Apa cara hendak selesaikan ? Elakkan dari air terkena lantai. Murid ditunjukkan kepada gambar sebuah pasu bunga yang diletakkan dibawah paip. Apabila air jatuh, ia tidak akan jatuh ke lantai, tetapi akan jatuh kedalam pasu bunga.
Murid diminta memikirkan cara hendak memanfaatkan air yang tertumpah, dan dapat menyelesaikan beberapa masalah seperti lumut, kotor dan pokok bunga yang tidak bersiram. Aktiviti ini dilakukan didalam kumpulan empat orang. Murid diminta mencari 3 cara untuk menggunakan air yang tertumpah dari pili, air yang menitis.
Murid diminta menggunakan kata nama khas untuk tempat, kata nama khas merujuk kepada nama orang dan mengunakan penanda wacana yang sesuai.
Murid akan ditanya tentang pembaziran air yang berlaku bila dan dimana ia terjadi. Pembaziran berlaku kerana sebab kecuaian manusia, bukan kerana sebab semulajadi atau sebab yang diluar kemampuan manusia untuk mengawalnya.  Untuk pelajaran kali ini ialah murid dapat sumbangkan idea untuk memaksimumkan penggunaan air, iaitu air yang digunakan lebih dari sekali. Contohnya, air basuhan beras digunakan untuk menyiram pokok bunga.



No comments :

Post a Comment