Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, October 31, 2015

assignment-cara terap pemikiran kreatif

Pada pendapat saya, seni dan pendidikan itu penting didalam proses pembelajaran seorang kanak-kanak sekolah rendah. Seni dapat memupuk minat pelajar dan menyeronokkan murid didalam kelas.guru yang mempunyai minat terhadap seni harus mengaplikasikan minat yang dia ada dan berharap supaya kaedah ini dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Guru dan murid dapat sama berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Didalam pengajaran semua bahasa, semua bahasa akan mengarahkan pelajarnya untuk mempersembahkan sesuatu di hadapan khalayak ramai. Bercakap mengenai pembelajaran didalam bahasa Melayu, saya akan memandu dan membimbing pelajar untuk bersedia membuat satu persembahan kesenian, kerana hidupnya bahasa kerana seni, hidup seni kerana budaya.
Didalam bahasa Melayu, budaya yang terkandung didalamnya adalah seperti pantun, lakonan, sajak mahupun bahas, yang saya yakin nahunya sudah mantap dan kukuh. Oleh itu, seorang murid yang telah mempelajari nahu didalam bahasa Melayu akan dipandu untuk mempelajari budaya Melayu. Oleh itu, mereka dapat mempelajari lakonan dan mempersembahkan kepada rakan-rakan mereka di sekolah.
Sudah menjadi isu nasional, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dibuktikan masih terdapat ruang untuk penambahbaikan. Belum nampak lagi pelaksanaannya di sekolah rendah. Begitu juga dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif di kalangan murid. Adalah menjadi tugas guru untuk menyatupadukan kemahiran menaakul, pemikiran kreatif dan inovasi dalam Pelaksanaan Kurikulum Bahasa Melayu.
Saya masih baru didalam kemahiran ini, kemungkinan saya telah menjalankannya tetapi saya tidak tahu definisi untuk kaedah pengajaran yang sedang saya lakukan. Bercakap mengenai kemahiran menaakul, kreatif dan inovasi, saya cuba terapkan didalam pengajaran dengan menggunakan aspek kebudayaan. Saya percaya ia adalah satu adunan yang baik, yang boleh menarik minat pelajar belajar nahu, berfikir secara kreatif dan mempersembahkan kepada rakan-rakan.
Untuk tugasan ini saya telah memilih untuk membentangkan aktiviti bahasa melayu untuk pelajar darjah satu, empat dan enam. Saya memasukkan elemen berfikir aras tinggi yang saya lihat sesuai untuk murid-murid. 
Cara saya mengenengahkan kreatif dan inovasi didalam pengajaran ada pelbagai. Saya bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya selalu mengutarakan soalan yang membuat murid berfikir tanpa disedarinya.  Salah satu ialah berpura-pura melakukan kesalahan fakta seperti salah menyebut nama tempat, Kelubi menjadi Kelabu tidak meminta murid membetulkan, tetapi mereka akan sedar dan membuat pembetulan lisan, menegur saya.
Melalui peralatan yang digunakan, saya menggalakkan pelajar meluahkan idea dan memberi mereka peluang untuk menyampaikan idea. Saya akan berikan mereka permasalahan yang kecil dahulu, untuk sesi pemanasan minda. Contohnya saya akan kata papan hitam sangat berhabuk dan tidak sesuai ada banyak habuk yang boleh mengganggu pelajar di hadapan. Saya akan minta pelajar melakukan sesuatu yang menyusahkan, seperti membuang habuk pada setiap kali kelas berakhir. Apabila mereka tidak mahu, maka saya minta buah fikiran cara selesaikan masalah habuk yang banyak terutama pada jam 11 pagi, selepas beberapa kelas sudah berakhir.
Saya selalu meminta pandangan dari pelajar akan masalah yang kecil sehingga mereka boleh memberikan idea yang mudah untuk dilaksanakan. Dari situ saya dapat mengasah kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah yang kecil. Selalunya saya mempunyai agenda tersendiri yang lebih besar dari apa yang saya tunjukkan kepaa mereka setiap kali saya utarakan soalan yang mudah, sehingga mereka merasa yakin mereka dapat menghadapi setiap soalan yang saya utarakan. Selepas itu, saya akan berikan mereka soalan yang tidak akan menakutkan mereka, tetapi yang dapat meminta mereka mencari jawapan melalui masalah yang kecil sahaja.
Saya cuba memberikan soalan atau idea yang mereka harus menyiapka boleh terima , dan ini mengikut situasi, selalunya guru akan cuba mengejar masa kerana harus menyiapkan PBS, tetapi didalam PBS juga saya menyelitkan kemahiran berfikir aras tinggi. Saya mengolah gunakan kreativiti untuk persembahkan soalan dengan cara terbaik. Inovasi yang dilakukan kepada soalan membolehkan ia sesuai sama ada terlalu tinggi atau mudah.
Selalunya saya akan mengajar mereka nilai-nilai murni, iaitu nilai yang merentasi kurikulum, dan mencintai alam sekitar, flora dan fauna. Terdapat didalam pelajaran merentasi kurikulum dimana semua guru harus menerapkan kejujuran dan keikhlasan.
Sewaktu saya pertama kali hadir untuk memperkenalkan diri, semua guru akan memperkenalkan diri dan memberikan sedikit biodata yang perlu supaya pelajar boleh mengenali guru dan sikap apa yang digemarinya. Kali pertama akan jadi sebegitu rupa. Tetapi saya lakukan sedikit inovasi dimana saya memberikan pelajar soalan isikan tempat kosong dengan abjad yang sesuai dan saya tulis di papan hitam. Saya beri pelajar peluang untuk mereka cipta dan mengagak apa nama saya dan maklumat seperti alamat, asal dari mana dan berapa orang adik beradik saya. Dengan cara memperkenalkan diri yang diinovasikan ini saya membangkitkan suasana ingin tahu pelajar, kena boleh jadi banyak kemungkinan untuk nama saya dan mereka meneka sudah menjadi keseronokan.
Di sekolah saya, para guru kurang digalakkan untuk menggunakan buku rujukan sepanjang masa, kerana kami perlukan diberikan ruang untuk melakukan eksperimen melalui pengajaran. Menggunakan buku rujukan sedikit membantutkan usaha kami untuk menggunakan kreativiti didalam pengajaran. Oleh itu saya hanya merujuk kepada HSP, DSP dan soalan PBS untuk membuat pengajaran dan mencapai objektif. Begitu juga pelajar saya beri gambar yang diambil dari situasi di sekeliling sekolah, dan ada satu isu yang perlukan jawapan. Konteks yang saya adalah ruang lingkup sekolah sahaja, buat permulaan, untuk memperkenalkan mereka kepada keadaan sekolah. Di sekolah saya mengajar kelas tahap satu, dan murid perlukan panduan dan masa untuk menyediakan diri kepada situasi rakan-rakan, bangunan baharu, guru-guru dan mata pelajaran yang baharu. Oleh itu saya memilih konteks yang berkaitan kepada situasi yang mereka boleh lihat sedalamnya, seperti kantin, tandas, bilik guru, kedai koperasi dan kawasan yang mereka boleh lihat dalam satu hari. Saya tunjukkan mereka gambar-gambar yang ada satu masalah didalamnya, seperti satu pili yang menitis air, dan minta mereka nyatakan apa yang mereka Nampak, dan kenapa air menitis.dan apa kesan air kepada simen tandas.situasi kedua ialah gambar pelajar lari ke kantin, dan apa sebab kena berjalan untuk ke mana-mana.
Darjah satu saya tunjuk kepada mereka cara murid deklamasi sajak dan bercerita, untuk beri mereka pendedahan cara lakukan itu. Tiga bulan pertama saya dedahkan kepada cara pelajar tahap dua deklamasi sajak di pentas sekolah. Tahap demi tahap, saya dedahkan kepada sebutan dan bacaan sehingga mereka dapat sebut dengan tepat dan saya bawa mereka ke hadapan kelas untuk baca sajak pendek. Pendekatan ini untuk mereka belajar sebutan, ejaan dan nilai murini ialah berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan. Ini memudahkan mereka mendapat band 6 didalam b. melayu. Juga, keberanian yang diperolehi apabila selalu menambahkan ilmu pengetahuan didalam pembelajaran lisan, menghafal kisah dan cerita yang dipermudahkan oleh guru telah membantu pelajar darjah satu didalam subjek bahasa melayu.
Sebagai guru kelas, adalah menjadi harapan saya murid dapat menguasai pelajaran yang didapatinya dari guru, dan saya menganjurkan program integrasi matapelajaran iaitu satu aktiviti mendeklamasikan sajak yang kandungannya datang dari  matapelajaran sains. Pelajar deklamasikan sajak yang bertajuk campur dan bahagi, iaitu menyampaikan maksud yang kandungannya mengenai topik-topik yang didapati dari silibus sains.
Pelajar akan diberi masalah yang mereka lihat seharian. Ada juga masalah yang berkaitan dengan sikap mereka yang keanak-anakan yang hanya mementingkan keseronokan. Terdapat kesukaan mereka untuk bermain sementara menunggu kenderaan mengambil mereka pulang. Pelajar lelaki akan bermain bola botol plastik yang menimbulkan suasana bising.
Begitu juga saya minta murid menyampaikan apa yang mereka fahami atau topik mana yang mereka minat didalam subjek matematik, dan mereka menyampaikan kandungan melalui pantun empat rangkap.
Dari itu, saya memperkenalkan mereka kepada nama-nama tempat dan nama benda yang Apabila mereka melalui tempat itu, saya galakkan mereka untuk mengeja perkataan yang ditunjukkan. Dengan cara ini, mereka dapat belajar perkataan yang mempunyai satu, dua atau tiga sukukata secara sendiri.
Apabila seorang guru mengajarkan kreativiti dan inovasi kepada anak muridnya, maka guru mesti menunjukkan kepada muridnya bahada beliau juga mempraktikkan apa yang diajarkannya. Terutamanya guru yang baharu melangkahkan kaki ke alam perguruan, kreativiti perlu diterapkan kedalam hidup seorang guru. Ini penting supaya murid dapat menjadikan guru sebagai contoh dan ikutan untuk membuat kreativiti.
            Sebagai seorang guru kelas, saya mahu menunjukkan bahawa kreativiti dan inovasi dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi seharian. Kita cuma perlu sedikit ketenangan dan penelitian untuk melihat sekeliling kita dan mencari masalah yang kita boleh selesaikan menggunakan perbelanjaan yang sedikit. Saya sentiasa menggalakkan murid untuk mencari penyelesaian secara sendiri dan tanpa mengharapkan kehadiran guru, supaya mereka boleh belajar menyelesaikan masalah dengan sendiri.
Apabila mengajar pelajar darjah satu, saya perdengarkan mereka lagu-lagu kanak-kanak yang mereka suka dengar, tetapi saya ubahkan lirik kepada bahasa Melayu. Kandungan saya kaitkan dengan alam persekolahan, perkenalkan murid kepada tempat-tempat di sekolah, dan nama-nama para pentadbir dan nama guru yang mengajar mereka. Sebagai contohnya saya gunakan ‘Lagu Tiga Kupang’ dan saya kerahkan sedikit kreativiti untuk jadikan murid faham. Yang pastinya saya gunakan perkataan yang mudah untuk diingati dan saya pilih perkataan yang pendek sahaja. Saya pilih perkataan yang saya dapati dari dalam Huraian Sukatan Pelajaran darjah yang saya ajarkan. Terdapat 3 hingga empat lagu yang telah saya ubahkan liriknya, seperti lagu ‘Labah-labah’, lagu dari filem-filem lama dan dari animasi bersiri. Apabila mereka dengar lagu yang mereka suka, tanpa disuruh mereka akan minta lirik dan hafal dengan sendiri. Mudahlah kerja saya untuk membuatkan mereka cuba sebutkan perkataan yang baharu.
Apabila mereka lihat guru jadi berani buat persembahan, maka mereka jadi berkeyakinan untuk lakukan seperti apa yang guru lakukan, dan pada masa yang sama saya pantau sebutan biar betul. Selalunya murid yang pelat mengikut bahasa ibunda tidak boleh sebut beberapa konsonan, jadi, latihan nyanyian secara beramai-ramai akan jadikan mereka minat menelaah pelajaran sebutan secara sendiri di rumah. Alangkah suka hati bila mereka bercerita mengenai pelajaran di dalam kelas saya apabila saya lalu di tepi mereka. Ini membuatkan saya bertambah yakin dengan kreativiti dan inovasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bila mereka semua sudah hafal, maka saya akan dengar mereka sebut setiap perkataan, tetapi pada masa yang sama saya tidak beritahu mereka aoak objektif menghafal lirik itu. Selepas mereka dibetulkan, maka saya akan latih supaya mereka rasa biasa menyanyi beramai-ramai.
Bila mereka sudah biasa, makan saya akan susun mereka untuk persediaan dihadapan orang. Dengan itu, mereka dilatih untuk membiasakan diri menyanyi lagu didalam bahasa Melayu menyebut perkataan dengan sebutan yang betul.
Seperti alat-alat bantu mengajar yang lain, ia perlukan masa untuk disediakan. Juga, ia perlukan sedikit kewangan yang datang dari poket mereka yang mampu. Begitu juga dengan hidup seorang guru, pengeluaran wang untuk mendapatkan bahan ABM juga perlu dilakukan. Saya, sukacita memaklumkan saya mengguna kembali bahan yang saya dapati dari alam sekeliling untuk digunakan sebagai ABM saya. Selalu saya menggunakan kotak air mineral terpakai sebagai bahan untuk saya tuliskan nota untuk paparan.
Elemen kreativiti dan inovasi yang saya cuba tunjukkan kepada murid itu yang menjadi fokus saya. Menggunakan bahan terpakai yang dikumpulkan dari koperasi, saya jadikan ia satu bahan bantu mengajar yang efektif. Saya menggalakkan pelajar menulis perkataan diatas kotak terpakai itu. Saya akan tuliskan satu soalan yang membuatkan mereka berfikir tentang sesuatu. Saya akan berikan mereka markers dan mereka akan cuba jawab didalam bahasa Melayu. Contohnya saya beri mereka soalan dan saya mahu mereka tuliskan kata adjektif
Apa perasaan kamu jika kamu wang saku kamu hilang hari ini ?
(mereka tuliskan jawapan-jawapan)
Soalan kedua :..tetapi dijumpai oleh seorang yang kamu sangat sukai …
(mereka tuliskan jawapan-jawapan)
..kemudian dia berikan kamu wang kamu semula …
(mereka tuliskan jawapan-jawapan)
Tetapi bila kamu sampai di kantin, semua makanan kegemaran kamu telah habis ..
(mereka tuliskan jawapan-jawapan)
Dan orang yang kamu minati itu telah memberikan kamu bekalannya
(mereka tuliskan jawapan-jawapan)
Melalui cara ini murid saya dapat praktis ejaan seperti bimbang, takut, cemas, marah, gembira dan lain-lain. Murid dapat menggunakan daya khayalan dan fikiran mereka untuk membayangkan apa yang akan mereka rasa dalam situasi itu.
            Didalam darjah empat, saya selalu memberikan murid saya soalan yang membolehkan mereka menggunakan fikiran aras tinggi. Dalam pelajaran berkaitan dengan frasa sendi nama dengan nama khas, saya mahu mereka ekspresikan impian yang mereka ciptakan tetapi belum kesampaian. Saya telah menggunakan kotak terpakai sebagai medium untuk murid tuliskan jawapannya. Soalan kedua yang saya beri ialah tempat yang kamu mahu pergi tetapi kamu belum pergi lagi. Tempat itu boleh jadi kamu lihat dari televisyen, suratkhabar atau mendengar dari radio.  Saya minta mereka tuliskan nama tempat yang mereka impikan untuk pergi tetapi tidak kesampaian. Semasa mereka berfikir tentang nama tempat, saya dapati mereka memang jujur didalam mencari tempat yang mereka hendak pergi. Kata nama khas seperti Kuala Lumpur, Selangor, Shah Alam terbit. Mereka juga menuliskan Melaka City, Alor Gajah dan Seremban.
Selepas itu saya mahu mereka lihat melalui imaginasi mereka, apa yang mereka mahu lihat di tempat tersebut, dan saya minta mereka menuliskannya diatas sehelai kertas. Dengan cara ini mereka telah menuliskan, sama ada menggunakan ejaan yang betul atau tidak, benda, makanan, kedai dan hiburan yang mereka rasa ada di tempat impian mereka. Jika mereka tidak tahu cara mengejanya, mereka akan bertanya kepada saya ejaan yang sebenar, tetapi saya akan beri mereka panduan mengeja. Selain dapat menunjukkan kepada mereka ejaan yang sebenar, saya juga dapat mempelajari sesuatu tentang murid saya.
Soalan ketiga, saya akan bertanya apa sebab yang membuatkan kamu berasa sangat teruja untuk ke tempat impian kamu itu. Mungkin kamu pernah terdengar dari media massa akan tempat itu, oleh itu kamu mahu pergi ke sana. Dalam aktiviti ini saya galakkan mereka menyatakan sebab melalui lisan sahaja, kerana itu lebih menjimatkan masa. Saya mahu mereka cuba nyatakan dan berani bercakap di hadapan saya dan rakan-rakan sekelas akan sebab yang mereka boleh fikirkan. Cara ini saya mahu murid dapat gunakan satu ayat yang lengkap dengan menggunakan permulaan seperti: Saya mahu pergi ke Kuala Lumpur kerana saya mahu melawat KLCC.
Cara yang terakhir ialah berkenaan pengajaran penulisan kepada murid tahun satu. Satu cara kreatif yang digunakan ialah murid digalakkan menulis tentang topik yang mereka suka atau gemar. Untuk penulisan bebas jenis ini, saya mahu pelajar berasa bebas dan tidak terkongkong untuk menulis dan berkongsi tentang pendapat mereka dengan guru yang mengajar mereka bahasa Melayu. Ini adalah satu cara untuk saya tahu latarbelakang mereka dan mereka dapat berlatih menulis untuk berkongsi pengalaman hidup mereka dengan guru yang baru mereka kenali. Untuk topik yang mereka sukai, mereka diminta menuliskan perihal pengalaman yang mereka lalui dalam masa satu minggu. Mungkin pengalaman itu yang manis atau sebaliknya, dan mereka boleh berkongsinya dengan guru, dan hanya guru yang akan membaca jurnal peribadi mereka. Disamping mereka dapat luahkan kesusahan atau kegembiraan mereka, mereka dapat berlatih menulis dan mengenali kata-kata yang menunjukkan perasaan seperti gembira dan suka. Mereka juga berlatih untuk menulis dan menggambarkan situasi yang mereka mahukan guru fahaminya. Mengikut pengalaman saya membaca jurnal mereka, pelajar darjah satu tidak pandai menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta situasi yang mereka tidak pernah lalui. Mereka akan menggunakan perkataan yang mudah untuk menggambarkan pengalaman mereka. Dalam kata lain, mereka tidak pandai menipu atau mereka-reka cipta apa yang tidak wujud.
Oleh kerana kejujuran itu ada, senang bagi saya menerokai dan memahami apa yang mereka mahu sampaikan kepada saya. Jika saya mahukan maklumat yang lebih, saya akan bertanyakan kepada murid kesayangan saya. Dengan perasaan kepercayaan yang dibina antara saya dan anak murid, pembetulan bahasa yang saya ajarkan kepada mereka akan dapat diterima, atau saya memilihkan perkataan yang sesuai yang mereka boleh gunakan untuk nyatakan perasaan mereka.
Dalam situasi ini, saya tidak membetulkan tatabahasa didalam jurnal mereka, kerana saya tidak mahu mereka merasa terancam, dan idea mereka tersekat, saya tidak mahu mereka merasa guru mahu mencari salah mereka. Oleh itu, saya akan menggunakan pendekatan emosi dan saya akan berikan mereka tunjuk ajar melalui penulisan dan ejaan didalam pengajaran saya dan memberikan latihan didalam buku ejaan atau tatabahasa.
Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang saya gunakan untuk meningkatkan tahap pemikiran murid, bukan sahaja murid perlu berinovasi, juga guru perlu memasukkan elemen inovasi itu kedalam pengajarannya. Ini membolehkan murid melihat sendiri amalan yang guru tunjukkan. Murid perlu melihat contohnya. Kreativiti dan inovasi itu penting kerana cara pembelajaran murid itu melalui perubahan mengikut perkembangan semasa. Jika kita mengajar murid mengikut cara kita diajar, kita merompak masa hadapan mereka.




No comments :

Post a Comment