Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, October 31, 2015

makna-makna semantik


Makna Leksikal
Abdul Chaer berpendapat makna leksikal adalah makna yang dilihat melalui pancaindera kita. Ia wujud didalam kamus, contohnya kuda ialah nama binatang. “Makna leksikal ini dipunyai unsur bahasa-bahasa lepas dari penggunaannya atau konteksnya (Harimurti, 1982: 103). Veerhar (1983; 9) berkata, “………sebuah kamus merupakan contoh yang tepat dari semantik leksikal: makna tiap-tiap kata diuraikan di situ” (Mansoer Pateda, R, 2002: 119)
Makna leksikal mengikut Kamus Online Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kata bersinonim dengan erti,maksud, pengertian,takrif. Ia adalah makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb).
Leksikal menurut kamus Pelajar Edisi Kedua ialah perbendaharaan kata sesuatu bahasa, makna perkataan itu  sendiri tanpa melihat penggunaannya didalam ayat dsb. Ia adalah makna yang menerangkan kepada bentuk fizikal, kegunaan kepada satu benda. Ia boleh difahami, dilihat sifat fizikalnya dan ditangkap maksudnya apabila pembaca membaca keterangan yang didalam sebuah kamus. Keterangan tentang maksud itu diperolehi dengan melihat item itu sahaja, dan tidak terpengaruh oleh penggunaannya didalam semua konteks ayat atau pengalaman pembaca sendiri.  Makna leksikal itu hanya ada satu, tunggal dan difahami oleh semua orang pelbagai latarbelakang sebagai satu makna dan keterangan. Perkataan yang mempunyai makna leksikal tidak ditambah imbuhan awalan, tengah dan akhiran kepadanya.
Makna leksikal datang dari semua perkataan yang asal, yang asli, murni yang tidak dimasukkan kepadanya imbuhan-imbuhan atau kata ganda dan lain-lain. Ia mempunyai contoh kata yang berdiri secara sendirinya. Jika ia dimasukkan kedalam satu konteks pun, konteks itu akan sama dengan makna leksikal yang dibawanya. Contohnya ialah kaki, iaitu bahagian badan yang digunakan untuk berjalan, dan bila digunakan didalam ayat ia berbunyi seperti “Kaki saya sakit kerana terlalu lama berjalan”.Penggunaan yang tidak kena dengan makna leksikal ialah seperti ” Saya melihat kaki langit”. Leksikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, makna denotatif dan konotatif. Makna Denotatif ialah makna yang asal, contohnya seperti yang telah disebutkan diatas. Manakala makna konotatif ialah nilai rasa atau perasaan yang terdapat pada satu perkataan, contohnya makna gemuk memiliki konotasi negatif atau ketidakselesaan kepada pemilik badan. Juga, dak enak kata obes memberikan rasa tidak enak.
Makna kontekstual
Makna kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009), makna kontekstual ialah makna sebuah leksem atau kata di dalam sesuatu konteks. Makna konteks boleh berkenaan dengan situasi iaitu tempat, waktu dan lingkungan penggunaan bahasa itu.  
Satu perkataan, frasa atau boleh juga satu ayat yang dibaca itu mengandungi makna yang tepat apabila ia mengikut konteks yang tepat . Ia selalunya berdasarkan pengalaman penutur dan pendengar perkataan, frasa atau ayat tersebut.
Didalam satu teks, jika perkataan itu dijumpai didalam satu ayat, atau beberapa ayat yang membentuk satu perenggan pendek, konteksnya sudah boleh kita kesan. Kebiasaannya makna perkataan itu boleh dikesan dengan membaca ayat atau ayat ayat tersebut, tetapi ada juga makna dalam konteks yang tersirat yang difahami oleh pembaca atau penyedia ayat tersebut.  Untuk mengenalpasti makna yang dimaksudkan, pembaca perlu arif, tahu dan berpengetahuan tentang konteks yang pelbagai, pengalaman penutur supaya ia sama dengan pengalaman pembaca. Jika konteks tidak dikenalpasti, pasti perlu ambil masa untuk pilih konteks yang diperlukan supaya boleh beri makna kontekstual kepada perkataan yang dibaca.
Contoh terbaik ialah kisah seorang pendeta yang hanya boleh bercakap satu perkataan sahaja dalam satu hari. Apabila dia diajukan soalan,
“Jika kurang senaman dan banyak makan, penyakit apa yang mudah kita dapat ?”
“Apa nama sebenar untuk kuntum bunga pisang ?”
“Apa panggilan untuk orang yang sangat kita kasihi?”
Jawapannya ialah jantung. Tiga soalan, tetapi mengandungi tiga konteks berbeza untuk satu jawapan yang sama.

Makna Referensial
            Menurut Abdul Chaer (2007:291) sebuah kata atau leksem disebut bermakna referensial kalau ada referensnya. Jika kita mengatakan kucing, hijau dan buku, semua kata-kata berikut ada sifat fizikalnya dalam dunia yang kita ada sekarang, iaitu didalam dunia yang nyata. Ia bukan bersifat abstrak. Kata-kata yang abstrak ialah seperti atau, tidak dan kerana bukan bersifat referensial, kerana ia tidak boleh dilihat. Mansoer Pateda, R (2010: 125) dalam bukunya mengatakan referen atau acuan boleh saja benda, peristiwa, proses, atau kenyataan. Jika kita menunjukkan kepada sebuah buku, maka maknanya ia berkaitan kepada ilmu pengetahuan. Tidak mungkin ia ada kaitan dengan yang lain. Referen boleh jadi benda, peristiwa atau satu proses. Ia adalah sesuatu yang ditunjukkan oleh lambang. Lambang itu, yang bukan satu perkataan,  akan membawa satu makna. Jika ditunjukkan kepada sebuah sekolah, maka maknanya ia merujuk kepada pembelajaran. Jika ditunjukkan sebatang rotan, itu bermakna jia seorang pelajar membuat kesalahan disiplin, ia boleh dirotan sebagai hukuman. 
Makna referensial akan wujud jika ia ada hubungan antara unsur linguistik didalam bentuk kata-katra dengan dunia yang bukan linguistik, iaitu dunia sebenar. Ia tidak boleh berubah-ubah mengikut situasi dimana ia berada. Jika kita mengatakan perkataan bagaimana, ia tidak mungkin boleh ditangkap makna referensialnya oleh pendengar, kerana tiada sesuatu yang konkrit di belakang perkataan bagaimana itu.
Berkenaan dengan acuan ini, ada sejumlah kata yang disebut kata deiktik, yang acuannya tidak tetap pada satu maujud, melainkan dapat berpindah dari maujud yang satu ke maujud yang lain. Yang termasuk kata-kata deiktik ini adalah kata-kata pronomina. Kata-kata seperti, dan, atau dan karena adalah termasuk kata-kata yang tidak bermakna referensial karena kata-kata itu tidak mempunyai referens. Oleh itu, maknanya akan berubah mengikut dimana ia digunakan. Contoh yang mudah ialah seperti ini.
“Tadi pagi saya bertemu dengan Ahmad”, kata Ani kepada Saleh.
b. “O, ya?”, sahut Saleh, “Saya juga bertemu beliau tadi pagi”.
c. “Dimana kalian bertemu beliau?”, tanya Gopal, “Saya sudah lama tidak jumpa dengan beliau.
Pada ayat (a) kata saya direferenkan kepada Ani, pada ayat (b) direferenkan pada Saleh, dan pada ayat (c), saya direferenkan pada Gopal.
Makna Gramatikal
Makna Gramatikal ialah makna yang terbentuk dalam satu perkataan setelah ia melalui proses  afiksasi dan reduplikasi, atau apa jenis proses gramatikal. Ada juga pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar yang mengubah makna asal perkataan itu. Contohnya, imbuhan awalan se-, ber-, untuk lari akan menjadikannya selari dan berlari akan membawa makna berbeza.
Perkataan kuda bermakna satu binatang yang boleh berlari laju, tetapi kuda-kuda, yang melalui proses penggandaan, bermakna cara berdiri didalam persilatan, seperti “Berdiri cara kuda-kuda membuatkan kita lebih stabil untuk bersilat”. Ia boleh digunakan untuk menunjukkan bilangan kuda yang lebih dari satu. Contohnya ialah “ Kesemua kuda-kuda itu sedia untuk berlumba”
Contoh imbuhan yang digunakan ialah berbentuk sisipan, iaitu  ia diletakkan ditengah-tengah kata nama. Contoh kata dasar ialah guruh, dan sisipan –em- diletakkan ditengah-tengahnya maka jadilah ia gemuruh. Ia bermaksud mempunyai sifat seperti guruh, iaitu berbunyi kuat dan bergegar disekelilingnya, tetapi ia tidak bermakna seperti guruh. Proses gramatikal kedua ialah pemajmukan .Kamus Tatabahasa Dewan Edisi ketiga telah mendefinisikan proses majmuk itu ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Abdullah Abdullah Hassan (2002 : 11) pula berkata, kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih, tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. Maknanya sudah berbeza.
Makna baru juga wujud dari proses pengimbuhan awalan dan akhiran, pengulangan dan pemajmukan. Kata imbuhan adalah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang telah menerima imbuhan, sama ada awalan,sisipan, akhiran ataupun apitan. Contohnya  dari kata dasar lari, kita masukkan imbuhan –an, dan hasilnya ialah  larian, gunakan pe- dan –an, maka terhasillah pelarian dan masukkan di- dan –an, dapatlah perkataan dilarikan.Kita dapat pelbagai kegunaan dalam aplikasi bahasa dengan perkataan yang baharu itu.
Makna Asosiatif
Mengikut Kamus Linguistik, makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut Setiawati Dermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Perkaitan ini dipengaruhi oleh sifat yang psikik dan abstrak yang dating dari pengalaman seseorang itu. Hal ini dibincangkan dalam tajuk psikolinguistik. (Soenjono Dardjowidjojo, 2003).
Makna asosiatif ialah satu makna yang sama dengan satu lambang, dan lambang itu bukan dinyatakan dalam bentuk bahasa. Makna itu mungkin mirip dalam bentuk fizikalnya, seperti warna, bentuk atau ciri asal. Contohnya, warna hijau dikaitkan dengan alam sekitar flora dan fauna. Jika disebut perkataan buaya, maka terbayanglah akan satu binatang yang ganas dan kejam. Jika disebut akan burung, maka terbayang akan burung yang tidak berbahaya yang berterbangan.
Di dalam sebuah makna asosiatif, terdapat makna bersifat konotatif, makna stilistik, makna afektif,makna refleksi dan makna kolokatif.. Makna Kolokatif ialah makna yang maknanya terletak pada penggunaannya dalam satu ayat. Oleh itu kata yang mempunyai makna kolokatif itulah yang mempunyai makna yang tepat.makna yang kedua ialah Makna Reflektif, yang bermaksud makna yang negatif yang datang dari persepsi masyarakat yang menuturkannya. Ia mungkin makna yang tabu dalam masyarakat, kurang ajar dan ini dibentuk oleh masyarakat penuturnya. Contohnya perkataan khinzir yang tidak sopan diucapkan dalam masyarakat Melayu.
Makna ketiga ialah Makna Stilistika, yang agak unik kerana makyanya bergantung kepada latarbelakang dan pengalaman masyarakat penutur. Mungkin bahasa itu sama dengan bahasa masyarakat lainnya, tetapi ia membawa makna yang berbeza dari masyarakat penutur yang lain. Makna yang keempat ialah Makna Afektif, yang digunakan untuk menunjukkan perasaan si penutur itu sendiri. Makna kelima ialah Makna interpretatif dimana makna itu berdasarkan kepada tanggapan dan tafsiran orang yang menerima perkataan itu.

Rujukan:
  1. Abdul Chaer, Linguistik Umum, 1994, (Jakarta: Rineka Cipta), hal. 289-297.

  1. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim & Mohd Ra'in Shaari,(2009) Fauziah, M.A, Perubahan Makna Leksikal Kata Kerja Bahasa Indonesia Dari Bahasa Arab. USU, Medan, 2006, hal.1

  1. Asmah Hj. Omar (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  1. Asmah Hj. Omar(1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  1. Chaer, Abdul. 2007. Lingustik Umum. Jakarta: Rineka Cipta.

  1. Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 95.

  1. R, Mansoer Pateda. 2010. Semantik leksikal. Jakarta: Rineka Cipta.

  1. Dasar-dasar Sosiolinguistik. Denpasar: Penerbit Ikayana.Nababan, P.W.J (1984).

  1. Sosiolinguistik Satu Pengenalan (ter).Jakarta: Penerbit P.T Gramedia.

  1. http://www.scribd.com/doc/19449407/jenisjenis-makna-dalam-bahasa-Melayu

  1. http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

  1. http://becahpelting.blogspot.com/2013/07/sekilas-tentang-jenis-jenis-makna.html

  1. Mohd. Majid Konting(1990). Kaedah Kajian Pendidikan. Methods in Educational Research). ( pp. 599) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  1. Nik Safiah Karim (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran.
  2. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

  1. Nik Safiah Karim (1989). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  1. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka







No comments :

Post a Comment