Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, October 31, 2015

kesimpulan untuk minang silungkang

Artikel ini adalah satu kesimpulan yang saya buat setelah menikmati satu ‘makalah pendek’ menarik bertajuk PERSOALAN RELATIVITI BUTIRAN LEKSIKAL DENGAN RUJUKAN KHUSUS KEPADA KATA KERJA BAHASA MINANG SILUNGKANG hasil kajian Amir Arif Abdul Latip dari Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan ketara perbendaharaan kata antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Penulis makalah mengambil contoh satu dialek Johor-Riau dari daerah Silungkang, Sumatera Barat, Indonesiasebagai bahan kajian, dan  untuk menunjukkan kewujudan relativiti butiran leksikal, beliau membuat satu perbandingan kepada Bahasa Malaysia dan Inggeris. Beliau melihat perkataan dialek Minang Silungkang yang tidak mempunyai padanan atau pasangan semakna dengan bahasa Melayu dan Inggeris. Hanya sembilan perkataan Minang yang dibincangkan iaitu binjek, kupia, lampang, lapuak, cakuih, lacuik, lameh, mandudu, malalah dan manggalapua. Dua perkataan pertama merujuk perbuatan mengambil makanan, lima perkataan kedua adalah pergerakan tangan dan tiga perkataan terakhir adalah pergerakan kaki. 
Dua perkataan pertama, binjek dan kupia ialah perbuatan mengambil makanan menggunakan tiga atau empat jari didalam kuantiti yang sedikit. Jika mengambil nasi atau makanan yang terpisah-pisah fizikalnya, ia dinamakan binje dan jika mengambil makanan yang sebiji seperti kuih, ia dinamakan kupia. Ini menunjukkan bahasa Minang Silungkang mengambilkira juga aspek fizikal makanan yang diambil untuk menentukan kata kerja yang patut digunakan.
Lima perkataan kedua adalah pergerakan tangan melakukan pukulan. Apabila membuat pukulan, pasti ada sasarannya. Lima perkataan ini khusus untuk pukulan di bahagian kepala dan badan sahaja, dan tidak boleh digunakan kepada objek lain. Keseluruhannya, di dalam jadual yang disediakan, terdapat lapan belas kriteria yang perlu difikirkan apabila hendak menggunakan salah satu dari kata kerja ini, iaitu anggota badan yang memukul, tempat sasaran, tujuan memukul, kesan dan daya tenaga yang digunakan oleh si pemukul. Tiga perkataan yang terakhir ialah perbuatan kaki yang bergerak seperti berjalan atau berlari. Mereka menunjukkan bahawa terdapat sembilan kriteria yang dipilih apabila memilih kata kerja yang tepat apabila penutur mahu memberitahu sesuatu iaitu tujuan, kadar kelajuan dan  cara berjalan. Kata mandudu adalah kata yang paling unik sekali yang tidak ada terjemahan yang tepat didalam bahasa Melayu atau Inggeris. Ini kerana ia adalah perbuatan yang dilakukan sebelum melakukan perbuatan yang lain.
Untuk menunjukkan terdapat relativiti butiran leksikal,penulis telah memilih perkataan bahasa Melayu iaitu sekeh, duku atau luku dan bahasa Inggeris iaitu knock dan slap. Penterjemahan kepada bahasa Melayu dan Inggeris tidak dapat menepati kesemua lapan belas kriteria didalam dialek Minang Silungkang. Contohnya, apabila kita mencari perkataan yang seerti dengannya didalam bahasa Inggeris, perkataan knock hanya membawa kepada perbuatan pukulan kepada kepala, dan tidak ada ciri-ciri perasaan, kekuatan dan sebagainya seperti didalam lampang, lapuak, cakuih, lacuik dan lameh. Knock juga tidak khusus kepada kepala sahaja. Mandudu tidak boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau Inggeris. Untuk malalah, perkataan bahasa Inggeris yang menyamai perbuatan fizikal kaki itu wandering, tetapi kata wandering mempunyai nilai semantik yang lebih umum dari malalah.
Seorang ahli nahu generatif bernama Adger menyatakan bahawa tidak ada keperluan untuk semua bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang sama antara satu dengan yang lain. Atom semantik asasnya adalah sama , tetapi item leksikal antara satu bahasa dengan yang lain berbeza mengikut bahasa. Ahli-ahli nahu generatif dan ahli linguistic empiris/ mentalis, Adger, Lyons dan juga Noam Chomsky kesemuanya berpegang kepada wujudnya kesejagatan fitur semantik antara kesemua enam ribu bahasa manusia di dunia ini. Wujudnya perbezaan kosa kata adalah melalui proses pengelompokan.  Semua fitur semantik itu ‘bertaburan’ dalam bentuk primordialnya, kemudian ‘ditangkap’ oleh setiap bahasa dengan ‘cara tangkapan yang unik, dan fitur-fitur itu seterusnya ‘dipaketkan’ dalam ‘bungkusan-bungkusan’ butir leksikal. Ia didasari oleh faktor budaya dan alam didalam masyarakat penutur itu sendiri. Kosa kata dalam satu bahasa itu berbeza dari satu bahasa yang lain, ia mengikut keperluan dan kepentingan perbuatan itu kepada masyarakat yang menggunakannya dan penulis memberi contoh cara rumpun Austronesia bernama Melayu Kedah mendefinisikan perbuatan dan peralatan didalam bidang persawahan, kerana masyarakat Kedah lebih sinonim dengan padi lebih dari masyarakat dari negeri lain di Malaysia. Akan tetapi, pendapat diatas disanggah oleh ahli linguistik empiris kerana hujah mereka ahli mentalis tidak memfokuskan kepada aspek makna butir leksikal secara total dan hanya berasaskan kajian mereka kepada struktur ayat antara bahasa. Ahli linguistik empiris menyatakan lagi bahawa teori ahli linguistik mentalis diatas terlalu abstrak dan sukar difahami. Mereka hanya cuba menegakkan satu teori ciptaan yang dinamakan sebagai kesejagatan fitur semantik. Ahli linguistik empiris, juga encik Amir Arif Abdul Latip sendiri menolak dikotomi yang keterlaluan antara kerelatifan dan kesejagatan kepada semua bahasa manusia.
Satu persoalan yang tidak terungkai didalam kajian ini ialah apa proses yang digunakan untuk mewujudkan komponen bentuk dan makna butir leksikal sehingga terbina dengan lengkapnya satu perbendaharaan kata asli satu-satu rumpun bahasa.

Dengan in dapat disimpulkan bahasa perbezaan perbendaharaan kata yang wujud antara enam ribu bahasa  telah membentuk keunikan bahasa itu. Jika mahu menterjemahkan dengan selengkapnya, itu adalah kerja mustahil yang diakui kerana kerana sifat relatif butiran leksikal yang wujud didalam setiap bahasa.

No comments :

Post a Comment