1 2 | Jun 27-31 Jun 2011 | |
3 | Bidang | PENDAFTARAN DAN ORIENTASI JPN MELAKA |
4 | Aspek | Taklimat penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah tamat mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI). |
5 | Objektif Pada akhir orientasi, guru dapat: | 1. Pengenalan guru GSST baru kepada sejarah dan pentadbiran JPN Melaka. 2. Persiapan guru GSST baru untuk memulakan perkhidmatan mereka di sekolah masing-masing. 3. Pendedahan guru GSST baru kepada budaya dan persekitaran kerja di sekolah. |
6 | Aktiviti | 1. Pendaftaran di SMK Bukit Baru pada pukul 8.00 pagi. 2. Taklimat penempatan dan perkhidmatan GSST. 3. Taklimat dijalankan oleh ketua sektor sekolah menengah, Encik Abdull Aziz 4. Penyerahan surat tawaran penempatan GSST kepada guru-guru baru. 5. Melapor diri di SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka pada pukul 2.30 petang dan menguruskan urusan-urusan yang diperlukan semasa melapor diri. |
7 | Penilaian | Sesi pendaftaran di SMK Datuk Bendahara telah berjalan dengan lancar. Selepas mendapat surat penempatan, semua guru GSST diminta melapor diri di sekolah masing-masing pada hari yang sama. |
8 | Rumusan | Taklimat yang diberikan berkaitan dengan cabaran yang bakal dihadapi oleh guru GSST di sekolah. Selain itu, maklumat tentang elaun bulanan serta tuntutan yang boleh dilakukan jika melaksanakan tugas luar sekolah. Akhir sekali, pihak PPD menekankan prosedur untuk melapor diri di sekolah serta dokumen-dokumen yang perlu diisi selepas melapor diri di sekolah. |
____________________ _________________
(Tandatangan Guru) (Tandatangan Guru Pembimbing)
Bil | Kandungan Orientasi | Cadangan Pelaksanaan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
27 Jun 2011-31 Jun 2011 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Sesi Perkenalan dengan komuniti sekolah | Objektif: 1. Memupuk semangat kekeluargaan dengan warga sekolah SMK Datuk Bendahara. 2. Memahami etika perguruan yang perlu ada dalam diri setiap guru. 3. Menjalankan tugas sebagai guru dengan penuh dedikasi. Aktiviti: 1. Guru baharu bertemu dengan Pengetua, Tuan Haji Rosti bin dan beliau kemudiannya memperkenalkan guru baharu kepada Guru Penolong Kanan1, Puan Hajjah Faijah bte Salleh untuk sesi taklimat. 2 Puan Hajjah Faijah memberikan penerangan tentang situasi di sekolah dan senarai warga sekolah seperti bilangan guru, kakitangan sokongan dan jumlah pelajar. 3 Puan Hajjah Faijah meminta guru baru untuk menyediakan maklumat peribadi yang diperlukan oleh sekolah untuk dimasukkan kedalam system HRMIS. 4. Guru dibawa ke bilik guru lelaki, dan dapat menyesuaikan diri dengan warga sekolah dan guru-guru senior berasa gembira dengan kehadiran guru baru dan mengalu-alukan kedatangan guru baru. Rumusan: Sesi taklimat berjalan dengan lancar. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kandungan Orientasi | Cadangan Pelaksanaan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Visi, Misi dan Matlamat sekolah | Objektif: 1 Pendedahan tentang visi dan misi sekolah. 2 Memberikan maklum balas tentang kefahaman visi dan misi sekolah. Aktiviti: 1 Membuat lawatan dalam sekolah. 2 Membaca dan memahami visi dan misi sekolah. 3 Penerangan ringkas tentang visi dan misi sekolah. Rumusan: Pendedahan mengenai visi dan misi sekolah dapat memberi kefahaman kepada guru akan hala tuju dan matlamat sekolah, seterusnya bersedia untuk menjalankan tugas bagi merealisasikan visi dan misi sekolah. Visi: Sekolah Menengah Datuk Bendahara kearah Sekolah Berkualiti di Daerah Jasin menjelang tahun 2013. Misi: Memberi pendidikan terbaik bagi melahirkan modal insan cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat: 1. Melahirkan warganegara berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. 2. Mampu meneruskan tradisi Negara dan mengamalkan budaya cemerlang. 3. Melahirkan warganegara yang bersyukur dan berterima kasih. 4. Bersemangat patriotik dan menjaga kemakmuran Negara. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Mengenali persekitaran sekolah | Objektif: 1. Membolehkan guru-guru baru mengenali persekitaran sekolah dengan lebih baik. 2. Guru-guru baru dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru, mengenali lokasi-lokasi organisasi sekolah dan pelajar. Aktiviti: 1. Membuat lawatan dalam sekolah. 2. Guru-guru baru mencari lokasi-lokasi tertentu di sekolah. 3. Penerangan ringkas tentang budaya sekolah. Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui persekitaran sekolah, kemudahan-kemudahan yang tersedia untuk kegunaan guru-guru dan pelajar semua. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Persediaan mengajar dan pedagogi | Objektif: 1. Mengetahui dengan lebih jelas hal-hal berkaitan dengan bidang tugas. 2 Mengetahui cara pengendalian kelas yang berkesan. Aktiviti 1 Taklimat diberikan oleh guru senior yang dimulakan dengan sesi suai kepada guru- guru baharu 2 Penerangan tentang GKMP serta guru-guru yang terlibat. 3 Penerangan tentang proses pengendalian serta pengawalan kelas yang baik. Rumusan: Pendedahan dan makluman dapat memberikan penjelasan lebih khusus berkaitan bidang tugas dan pengendalian kelas. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan | Objektif: 1 Pendedahan tentang strategi pengajaran dan pembelajaran 2 Membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan Aktiviti: 1 Penerangan oleh guru senior mengenai Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan 2 Mengumpul bahan dengan mengakses maklumat 3 Perbincangan tentang strategi pengajaran yang berkesan Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru mendapat pendedahan dan makluman serta penjelasan lebih khusus berkaitan bidang tugas dan strategi pengajaran yang berkesan. 1. Guru diminta untuk menyediakan Rancangan Pelajaran Harian sebelum memasuki kelas untuk mengajar manakala Rancangan Tahunan mestilah disediakan oleh guru tersebut berdasarkan kelas yang diajar. Sebagai contoh, Rancangan Pelajaran Tahunan bagi Kelas 2A, B, C, D adalah berbeza dengan Kelas 2E, F, dan G. Ini adalah penting bagi memastikan pelajar yang mempunyai kemahiran belajar yang berbeza ini mendapat pembelajaran yang maksimum. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. | Pengurusan Buku Rekod Mengajar | Objektif: 1 Memahami proses penyediaan Buku Rekod Mengajar 2 Melengkapkan butir-butir dalam Buku Rekod Mengajar Aktiviti: 1 Penerangan tentang penyediaan Buku Rekod Mengajar serta kandungan yang diperlukan. 2 Melengkapkan butir-butir peribadi guru Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru mendapat pendedahan dan makluman serta penjelasan lebih khusus berkaitan pengurusan buku rekod mengajar. 1. Guru haruslah membuat persediaan awal iaitu menyiapkan buku rekod sebelum memasuki kelas untuk mengajar. 2. Semua guru di sekolah dikehendaki untuk menghantar buku rekod mengajar setiap Hari Jumaat untuk pemeriksaan selepas tamat waktu persekolahan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7. | Organisasi sekolah | Objektif: 1. Memahami maksud sebuah organisasi dan pengurusannya. 2. Mengenali SMK Datuk Bendahara dari segi latar belakang, sejarah, infrastruktur dan juga pencapaian sekolah setelah beroperasi selama 50 tahun. Aktiviti: Guru baharu mencari maklumat tentang latar belakang, sejarah, audit akademik dan pencapaian sekolah. 2. Pengetua, Tuan Haji Rosti bin. Mistam memberikan penjelasan kepada guru-guru baru tentang prestasi pencapaian akademik sekolah, budaya pembelajaran sekolah dan kes-kes yang menjadi tumpuan dan cabaran kepada guru-guru baru. Contohnya, gejala ponteng sekolah yang menular di SMK Datuk Bendahara. 3. Pengetua menjelaskan serba sedikit berkenaan tenaga dalam sesebuah organisasi. 4. Sesi yang pendek bersama pengetua digunakan sepenuhnya dengan pengisian pelbagai maklumat tentang kepentingan organisasi di SMK Datuk Bendahara. Selain itu, pengetua menyuruh guru-guru baru untuk meninjau kawasan sekolah bertujuan untuk mengetahui tentang lokasi-lokasi kelas dan bilik-bilik tertentu yang terdapat di dalam sekolah. Rumusan: Hasil perbincangan dan penerangan oleh Pengetua jelas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu kelompok manusia untuk mencapai matlamat yang sama. Oleh itu, tidak kiralah pelajar, guru dan juga pihak pentadbiran perlu mempunyai matlamat yang sama ke arah menuju sekolah cemerlang dan berkesan. Selain daripada itu, guru dapat mengetahui struktur organisasi pentadbiran sekolah dan dengan siapa harus dirujuk jika terdapat masalah. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8. | Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulum | Objektif: 1 Mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan pelaksanaannya. 2 Mendapat pendedahan maklumat tentang tugas-tugas guru penasihat bagi sesebuah persatuan/kelab Aktiviti: 1 Taklimat dijalankan oleh GPK Kokurikulum, En. Karim berhubung dengan aspek-aspek yang terkandung dalam bidang kokurikulum. 2 Penerangan tentang hal berhubung dengan penglibatan pelajar 3 Penerangan tentang peranan guru penasihat dalam persatuan/kelab/permainan. Guru juga ditanya tentang kecenderungannya didalam sukan dan permainan. Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui hal-hal berkaitan dengan aktiviti kokurikulum dan juga tugas-tugas guru. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9. | Pengurusan ujian dan peperiksaan | Objektif: 1 Mengetahui hal berkaitan dengan Unit Penilaian dan Peperiksaan 2 Mengetahui aspek yang perlu dilalui sebelum sesebuah peperiksaan berlangsung Aktiviti: 1 Penerangan mengenai Unit Penilaian dan Peperiksaan 2 Penerangan mengenai Peperiksaan Dalaman, Peperiksaan Awam dan Peperiksaan Penilaian Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah peperiksaan berlangsung. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
_____________________ (Tandatangan Guru) ________________ ( (Tandatangan Guru Pembimbing) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Julai 1 Julai 2011-31 Julai 2011 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. | Pelaksanaan sesi mentoring. | Tarikh: 5 Julai 2010 Masa: 8 pagi-12 tgh hari Tempat: Pusat Kegiatan Guru Padang Temu, Melaka Bertujuan mendedahkan kami 15 orang guru baharu tentang cara membina folio dan melaksanakan kajian tindakan, kami diberi penerangan oleh pegawai bertugas dan sesi suai kenal bersama rakan seperjuangan dan guru pembimbing kami yang akan member tunjuk ajar. Guru pembimbing saya adalah Hajah Zaorah , seorang guru Bahasa Inggeris senior di SMK Datuk Bendahara. Objektif: 1 Membimbing guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran 2 Membimbing guru menggunakan pendekatan refleksi untuk membina keyakinan diri Aktiviti: 1 Penerangan daripada mentor 2 Soal jawab dengan mentor. Berbincang dengan mentor atas masalah yang dihadapi dalam pengajaran. Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mentor dan mengaplikasikannya. Di samping itu, mentor juga memberi motivasi untuk guru lebih berkeyakinan apabila memasuki kelas. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. | Pendaftaran dan pertukaran murid | Objektif: 1 Memahami pengurusan pendaftaran dan pertukaran murid 2 Mengetahui cara-cara yang harus diikuti untuk menguruskan pendaftaran dan pertukaran murid Aktiviti: 1 Penerangan oleh En Shamsuddin selaku PK HEM 2 Bersoal jawab Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru selaku penggalas tanggungjawab kepada Puan Masyitah yang cuti bersalin dapat memahami cara pengurusan pendaftaran dan pertukaran murid dari SMKDB atau dari sekolah lain. Pelajar-pelajar yang ingin membuat pertukaran sekolah dikehendaki untuk mengisi borang bertukar sekolah dan sebab bertukar hendaklah dinyatakan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. | Disiplin murid | Objektif: 1 Mengetahui maklumat berhubung hal disiplin dan pengendalian sesuatu masalah Aktiviti: 1 Penerangan dimulakan oleh En Ravi selaku Guru Disiplin SMKDB. Guru sebagai guru pengawas diberikan penerangan yang menyeluruh tentang aspek disiplin yang selalu pelajar-pelajar langgar. 2 Penerangan umum berhubung dengan hal disiplin di mana sebagai guru baru, perlu memahami secara mendalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang, akta dan prosedur yang amat penting dalam arus perguruan. 3 Tatacara Tindakan Disiplin bagi Kesalahan Ponteng Sekolah Rumusan: Melalu aktiviti ini, guru dapat pendedahan tentang pengendalian sesuatu perkara berhubung dengan masalah disiplin. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. | Panduan penyediaan laporan | Objektif: 1 Memahami setiap aspek perbincangan 2 Mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi sepanjang pelaksanaan laporan Aktiviti: 1 Mengumpul maklumat 2 Melakukan perbincangan 3 Bersoal jawab dan berkongsi pandangan Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat membuat rumusan, memberi pandangan dan berkongsi masalah sesama guru untuk menyempurnakan laporan ini. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. | Pelaksanaan Aktiviti pengakap | Tarikh: 27 Julai 2011 Masa: 3.00 ptg-4.30 ptg Tempat: Tapak pertemuan Pengakap Aktiviti: 1. Saya dan cikgu ‘Atiyyah menjalankan aktiviti belalang dan belatuk kepada 80 ahli pengakap. 2. Permainan ini menguji kemahiran mendengan dan melihat dengan tajam, siapa yang menangkap dan kena tangkap. Ia juga membuat ahli menjadi tangkas, satu kemahiran kinesthetic dan mereka bermain dengan gembira. 3. Pelajar terkawal, tiada kemalangan berlaku didalam kawasan permainan belalang dan belatuk. Kesimpulan Melalui aktiviti ini saya belajar kawalan pelajar, cara menyampaikan penerangan dengan jelas di tempat terbuka, dan dalam jumlah pelajar yang ramai. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
6. | Pelaksanaan sesi mentoring | Tarikh: Selasa 27 Julai 2011 Masa: 9.00 am-11.00 am Tempat: Bilik Tayang Keterangan 1. Menjadi mentee kepada Hajah Zaorah dan melihat beliau mengajar merupakan pengalaman menarik saya hari ini. 2. Beliau mengajar kefahaman dan meringkaskan karangan kepada pelajar tingkatan 5B. 3. Perkara dipelajari adalah kawalan kelas, pemilihan bahan yang sesuai dan menarik perhatian pelajar didalam kelas. P dan P dipantau oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Melaka seramai 15 orang. Kesimpulan Pelajar terkawal dan maklumat disampaikan dengan jelas, saya aplikasi dalam P & P. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
7. | Kursus Profesionalisma bersama Guru Pakar Bahasa Inggeris | Tarikh: Rabu 28 Julai 2011 Masa: 9.00 am-2.00 pm Tempat: Bilik Mesyuarat SM Teknik Keterangan: 1. Menimba ilmu pengetahuan didalam Program Kecemerlangan Bersama Guru Cemerlang SM Teknik, SBPI Selandar bersama M. Paneir. Cikgu Azman, Puan Shareena dan Puan Nora member panduan cara menjawab soalan Kertas 1 dan 2 peperiksaan Bahasa Inggeris supaya pelajar under achiever boleh lulus. SPM. 2. Turut hadir adalah pegawai PPD Jasin yang menyuarakan keluhan berkenaan Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah. Kesimpulan: Maklumat yang didapati dimasukkan dalam P & P untuk penambahbaikan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
8. | Mesyuarat guru-guru | Tarikh: Khamis 28 Julai 2011 Masa: 3.00 pm-4.30 pm Tempat: Bilik Mesyuarat Aktiviti: Mesyuarat Mengendalikan Majlis Perpisahan Pengetuan Tuan Haji Rosti bin Mistam telah diadakan untuk menghargai jasa beliau di SMK DB. Banyak maklumat diperolehi dan mengenali kawan baharu didalam majlis tersebut. Kesimpulannya, guru lama dan baharu berkongsi maklumaat dan pengalaman untuk menjayakan program. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9. | Majlis Persaraan pengetua | Tarikh: Jumaat 29 Julai 2011 Masa: 3 ptg-6.30 ptg. Tempat: Dewan Alamanda Jasin Peristiwa penting yang terjadi pada hari ini adalah majlis perpisahan Tuan Pengetua iaitu Tuan haji Rosti b Mistam, diraikan dalam upacara gilang gemilang yang dihadiri oleh rakan handai dan taulan dari sekolah-sekolah menengah seluruh Jasin dan Pejabat Pelajaran Melaka. Terdapat ucapan-ucapan penting, persembahan, majlis makan petang dan penyerahan hadiah kepada pengetua. Kesimpulannya ialah guru baharu dapat mencurahkan idea dan tenaga didalam persembahan yang dianjurkan oleh Puan Hajjah Zaorah bte Ibrahim, selaku komiti persembahan dalam majlis itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(Takwim Sekolah/ Jadual Organisasi PPD Jasin, JPN Melaka & KPM) ____________________ _________________ (Tandatangan Guru) (Tandatangan Fasilitator)
| _______________ (Tandatangan Guru) _________________ (Tandatangan Guru Pembimbing) |
hi,im struggling with this report right now...thanx a lot.your report is really helpful.
ReplyDelete