____________________________
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tarikh: 21 April 2010
Kepada:
____________________________
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN AIR MINUMAN DAN ROTI UNTUK PESERTA MINGGU BAHASA 2010
MRSM Tun Ghafar Baba akan menyertai pertandingan sempena Minggu Bahasa yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei 2010.
2. Maklumat lanjut mengenai perjalanan adalah seperti berikut:
Tarikh Pergi : 9 Mei 2010(Ahad)
Masa : 8 pagi
Destinasi : MRSM Mersing, Johor
3. Saya mewakili peserta-peserta memohon sumbangan dari pihak tuan berbentuk roti dan air minuman. Sumbangan ini adalah untuk perjalanan pergi 23 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang akan ke pertandingan tersebut.
4. Berikut adalah butiran sumbangan yang dipohon:
| Barangan | Jumlah | Harga seunit (RM) | Jumlah (RM) |
1 | Roti bun | 27 biji | 0.70 | 18.90 |
2 | Air minuman | 2 karton (24) | 10.00 | 20.00 |
3 | Air minuman | 3 | 1.00 | 3.00 |
| | | | 41.90 |
3. Diharap pihak tuan dapat menyumbang untuk pasukan MRSM TGB.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
_____________________________
MRSM Tun Ghafar Baba
Jasin, Melaka
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tarikh: 21 April 2010
Kepada:
Encik Azaam b Yacob,
Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar (KoQ)
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tuan,
MEMOHON PENGANGKUTAN BAS UNTUK PESERTA MINGGU BAHASA 2010
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
MRSM Tun Ghafar Baba akan menyertai pertandingan sempena Minggu Bahasa yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei 2010. Dilampirkan bersama adalah senarai nama 23 peserta dan 4 orang guru yang akan menghadiri pertandingan tersebut.
2. Maklumat lanjut mengenai perjalanan adalah seperti berikut:
Tarikh Pergi : 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi
Tempat bertolak : Dataran Cendekiawan
Destinasi : MRSM Mersing, Johor
Tarikh Pulang : 11 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 2 petang
3 Oleh itu, saya mewakili peserta-peserta memohon pihak sekolah menyediakan kemudahan bas untuk ke destinasi pertandingan tersebut.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
Jasin, Melaka.
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tarikh: 21 April 2010
Kepada:
En Mohd Sabri bin Mamat,
Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tuan,
PEMAKLUMAN PENYERTAAN 23 ORANG PELAJAR KE MINGGU BAHASA 2010
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
MRSM Tun Ghafar Baba akan menyertai pertandingan sempena Minggu Bahasa yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei 2010. Dilampirkan bersama adalah senarai nama 23 peserta dan 4 orang guru yang akan menghadiri pertandingan tersebut.
2. Maklumat lanjut mengenai perjalanan adalah seperti berikut:
Tarikh Pergi : 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi
Tempat bertolak : Dataran Cendekiawan
Destinasi : MRSM Mersing, Johor
Tarikh Pulang : 11 Mei 2010 (Selasa)
Jangkaan Tiba : 7 petang
Sekian, terima kasih
Yang benar,
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
Jasin, Melaka.
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tarikh: 25 April 2010
Kepada:
Encik Azaam b Yacob,
Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar (KoQ)
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tuan,
MEMOHON PEMBIAYAAN PENYEDIAAN ALATAN DRAMA UNTUK MINGGU BAHASA 2010
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk
MRSM Tun Ghafar Baba akan menyertai pertandingan sempena Minggu Bahasa 2010.
2. Maklumat lanjut mengenai program adalah seperti berikut:
Tarikh : 9-11 Mei 2010
Destinasi : MRSM Mersing, Johor
4 Oleh itu, saya mewakili peserta-peserta memohon pihak sekolah membantu pasukan drama menyediakan alatan untuk digunakan dalam drama tersebut. Dilampirkan bersama adalah senarai barangan yang akan digunakan.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
Jasin, Melaka.
Senarai barang-barang untuk Pasukan Drama MRSM TGB 2010
Item number: | Barang | Jumlah | Harga seunit (RM) | Total (RM) |
1 | Kain putih | | | |
2 | Cat pelaka berwarna: Merah Hitam Putih Kuning Biru Coklat | | | |
3 | Berus cat -kecil -besar | | | |
4 | Papan polystyrene | | | |
5 | Gam kertas | | | |
6 | gunting | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
| | | | |
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Tarikh: 30 April 2010
Kepada
Dr Mariam bt Md Salleh
Pengetua,
MRSM Tun Ghafar Baba
77000 Jasin, Melaka.
Puan,
MEMOHON PEMINJAMAN BARANG UNTUK PESERTA MINGGU BAHASA 2010
MRSM Tun Ghafar Baba akan menyertai pertandingan sempena Minggu Bahasa. Maklumat lanjut mengenai pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh Pergi : 9-11 Mei 2010
Masa : 8 pagi
Destinasi : MRSM Mersing, Johor
2. Saya selaku penasihat pasukan drama memohon dari pihak sekolah meminjamkan barang yang akan digunakan untuk pertandingan drama
3. Berikut adalah barangan yang dipohon:
| Barangan | Jumlah |
1 | Stool di bilik rekacipta | 3 |
2 | Hammer | 2 |
3 | Pemutar skru | 5 |
| | |
4. Diharap pihak tuan dapat membantu kami didalam perkara ini. Pasukan drama akan bertanggungjawab diatas keselamatan barangan yang dipinjam dari pihak sekolah dan akan memulangkan barangan tersebut selewat-lewatnya pada 12 Mei 2010.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
MRSM Tun Ghafar Baba
Jasin, Melaka
terima kasih tuan, sangat membantu
ReplyDeletesama-sama aaaa
Deletesaya bukan tuan, saya jaga ...
Delete