| |||
| |||
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________
________________________________________
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK JAMBORI PENGAKAP MRSM SE MALAYSIA 2010 ANJURAN MRSM LENGGONG
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa MRSM akan mengadakan Jambori Pengakap Semalaysia pada bulan Ogos 2010 di MRSM Lenggong, Perak.
Jambori Pengakap Semalaysia ini merupakan suatu acara tahunan peringkat maktab di mana semua ahli pengakap di sekolah-sekolah di semua MRSM seluruh Malaysia akan bertanding didalam kategori tertentu. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mmpertajamkan kemahiran ahli pengakap tingkatan 4 2010 di samping mengenali antara satu sama lain.
Pelbagai acara telah dirancang pada hari tersebut dengan pelbagai hadiah termasuklah cabutan bertuah akan diadakan. Oleh itu, pihak kami amat memerlukan sumbangan dari pihak tuan bagi membiayai program tersebut sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada pihak maktab ini.
Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menjayakan program ini. Semua sumbangan boleh disampaikan kepada pihak maktab sebelum Mei 2010. Segala jasa baik daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih agar ikatan yang terjalin akan berkekalan hendaknya.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
GURU PENASIHAT PENGAKAP JASIN 32,
MRSM Tun Ghafar Baba,
Jasin, Melaka.
“Keusahawanan Kerjaya Pilihan”
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
SUMBANGAN
Sehubungan dengan ini, saya ingin membuat sumbangan sebanyak RM __________ (Tunai / Cek. No : ______________________________ atas nama Kelab Guru MRSM Jasin)
[No.Akaun Maybank: 004030221684]
__________________________ __________________________
( ) ( Cop Rasmi )
No comments :
Post a Comment