Sekiranya kita ke pasar raya, pasar, kedai dan gerai, dewasa ini kita jarang melihat pelanggan membawa bakul, seperti yang dilakukan oleh makcik dan pakcik kita pada suatu masa dahulu. Pelanggan akan berlenggang masuk kedalam pasar raya dan membeli barangan yang diperlukan, kerana barang yang dibeli akan dimasukkan kedalam beg plastik, jadi apa masalahnya ? Kecuali beberapa barangan seperti lampin bayi pakai buang, yang sudah mempunyai pemegangnya, lalu tidak perlu lagi dimasukkan kedalam beg plastik. Apabila kita membeli beras sekampit, baju dan sebagainya, ia akan dibungkus kedalam beg plastik dan diberikan kepada pelanggan. Tiada masalah, bukan. Apabila kita pergi ke banyak kedai, atau ke pasar malam, nah bergayut-gayutlah pelbagai jenis beg plastik yang mengandungi makanan dan minuman di tangan kita. Kadang-kadang kita tercicir barang, atau terlupa dimana ia diletakkan, atau air yang dibeli dilanggar oleh orang, dan menyusahkan kita untuk menjaga air didalam cawan plastik. Di rumah, beg plastik besar rumah akan digunakan semula untuk menjadi beg plastik sampah percuma, dan plastik ditongsampahkan sahaja, dan masalah kita akan selesai.
Plastik tidak boleh dikomposkan hanya selepas 100 tahun ia didalam tanah. Ada pasar raya hyper merekacipta beg plastik yang akan terlerai sendiri dalam masa beberapa bulan, dan ia mengurangkan masalah sampah di sana sini. Pengalaman saya sendiri adalah membawa beg plastik sendiri apabila membeli belah dan tidak meminta beg plastik apabila membeli, sekiranya tidak perlu, dan saya mendapati ia memberikan saya banyak kelebihan sebenarnya. Disini saya ingin memberi sedikit cadangan kepada pembaca untuk manfaat bersama.
1) Bawa beg plastik sendiri apabila membeli belah.
2) Bawa bekas sendiri apabila hendak membeli makanan untuk dibungkus.
3) Apabila membeli barangan kecil, tidak perlu bungkuskan menggunakan beg plastik.
Saya ingin berkongsi manfaat yang akan kita dapati apabila dipraktikkan cadangan di atas :
1) Kita mudah membawa barang kecil dan besar, dan tidak tercicir semasa membeli belah. Masa penggunaan beg plastik yang maksimum adalah apabila hendak memindahkan barangan dari kaunter bayaran ke kenderaan. Lagipun, di pasar raya besar, kita menggunakan troli untuk membawa barangan dari kaunter ke kenderaan di luar. Apabila sampai di rumah, tidak perlu habiskan masa membuka bungkusan yang kecil dan besar untuk dimasukkan kedalam peti ais. Kita juga akan mengurangkan jumlah sampah, kerana kebiasannya plastik kecil tidak digunakan semula, dan kita akan membuangnya sahaja.
2) Jika kita hendak bungkus, makanan yang dibawa akan lebih terjamin keselamatannya, dari segi pembungkusan. Bekas plastik lebih bersih dan selamat, kerana kita sudah membasuhnya terlebih dahulu. Masa membungkus di kedai juga dapat dijimatkan. Sekiranya kita hendak makan didalam kenderaan, ia akan memudahkan kita memegang makanan tersebut, kerana bekas plastik lebih keras berbanding beg plastik.
3) Barangan kecil seperti roti, bawang, sabun, berus gigi atau alatulis tidak perlu dimasukkan kedalam beg plastik lagi, kerana ia kecil saiznya dan boleh dibawa dengan tangan sahaja. Kemungkinan besar beg plastik yang kecil akan dibuang begitu sahaja apabila kita sampai ke rumah nanti. Oleh itu, ia menambah jumlah sampah di rumah.
Saya ingin simpulkan bahawa amalan diatas akan dapat memberikan keselesaan kepada kita, walaupun padal awalnya agak canggung juga. Saya juga merasa begitu. Mungkin kita berasa agak dengki sedikit kepada penjual kerana mereka dapat jimat beg plastik, tetapi fikirkan manfaat yang lebih besar yang akan kita dapati dan kepada alam sekitar yang kita sayangi.
sgt membantu dlm assignment saya :)
ReplyDelete