Bau busuk di Jasin.
Setiap pagi lori sampah akan mengutip sampah di pekan Jasin dan setiap hari ia melalui jalan maka akan bau busuk akan bergentayangan di setiap jalan yang dilalui oleh si lori pengutip sampah, sehinggalah ke petang hari atau sementara menunggu hujan yang akan membasuh jalanraya secara percuma. Semua bau itu bukanlah disebabkan oleh sampah sarap yang terlepas dari cengkaman kotak sampah lori itu, atau oleh sampah sarap di bawah jambatan (dengan izin) Dato Senara, atau asap lori sampah, bukan semuanya bukan. Tetapi oleh air sampah yang mengalir keluar dari lori sampah apakala air didalam kotak lori naik melebihi hadnya, maka ia akan mengalir keluar melalui corong dibawah lori. Apabila lori menelusuri jalan-jalan di jasin dengan megah, maka bahan yang ditinggalkannya bukan sahaja asap, tetapi air sampah di atas jalan. Meskipun masa sudah terbuang untuk melaporkan hal ini, pihak berkuasa sudahpun dimaklumkan mengenai hal itu, tetapi sehingga kini jalanraya Jasin semakin hitam dan berbau hanyir, hapak, meloyakan selepas sampah diambil. Makan makcik penjual kuih dan gerai menjual roti canai mungkin terpaksa gulung tikar, berikutan orang ramai tidak lagi mahu makan di gerai mereka yang di tepi jalan raya.sekiranya tidak ada tindakan, maka haruslah diambil tindakan supaya jalan kembali bersih, bau kembali normal dan udara pada pagi hari nyaman kembali.
No comments :
Post a Comment