Dari mata seorang bayi
Selepas Isya’ si pengantin duduk di hadapan si pegawai nikah
Bersama bakal iparnya
Maka aku duduk tidak jauh, malah dapat kulihat wajah-wajah mereka yang bertandang
Si bapa perempuan, bakal bapa mertua persis pakaian
Seperti hendak ke pasar
Waris-warisnya seperti baru pulang dari Kuala Lumpur
Jika ada kelumit senyum hanya datang dari bibirku
Gembira melihat pasangan yang akan disatukan
Tetapi sebenarnya
Tip of the iceberg
Maka berjalanlah ke hadapan si bakal pengantin perempuan
Ke sebelah kiri belakang pengantin lelaki
Tiada tersipu malu atau apa-apa yang perlu disembunyikan
Maka tatkala terlafaz qabul nikah yang ke lapan
Sahlah si dia menjadi isterinya
Walinya hakim
Setelah usai, sanak saudara keluar gegas
Dari masjid Jasin
Bersama pengantin lelaki dan perempuan
Sambil mendukung si anak
Usianya 3 bulan.
Nauzubillah ...
Harap jadi pengajaran pada ku
No comments :
Post a Comment