Nasi lemak putrajaya
Nasi lemak putrajaya
Berbeza sekali harga dari nasi lemak kak leha di pekan kecil
Bilangan kacang gorengnya lebih satu ,
ikan bilis didalam sambalnya lebih dua ekor
dan secawan juga had untuk nasinya
dibungkus dalam bekas putih
lebih aroma dari dalam bungkus daun pisang
hidangan oleh pak haron di masjid kampungku
malam semalam dentum dentam permainan muzik
band indie di presint 4
kata mereka salah satu cara
aktiviti remaja berfaedah
tetapi mereka lupa pulang selepas jam 10
dan menjadikan kaki lima kompleks kerajaan katil sementara
sebanyak manapun tiang lampu berukir
secantik manapun masjid berkubahkan corak turki
semahal manapun sepinggan nasi kandar
tiada tandingan
rendangan pohonan sena di pekanku
ketenangan di masjid jagaan pak haron
atau suapan nasi lemak setiap malam jumaat
selepas membaca yasin.
No comments :
Post a Comment