Susuk oh susuk!
Apakah itu susuk ? Pernahkan anda melihat atau mengenali seseorang yang memakai susuk ? Dalam kisah Nujum Pak Belalang ada satu babak dialog antara 2 wanita kampong sedang membuang sampah “…dia cucuk kat sini, dia cucuk kat sini, dia cucuk kat sini…”. Adakah anda berhasrat mencuba susuk ? Baca dahulu penerangan saya yang ringkas supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik.
Susuk adalah ibarat pelaris badan, ia membuatkan si pemakai disenangi orang, lalu mudahlah si dia mendapat kenalan dan peminat yang ramai, walaupun tidak semua peminat-peminatnya itu dilayannya. Selalunya si pemakai susuk akan kelihatan muda, ceria, cantik, menarik manis dipandang orang dan rezekinya selalu bertambah, dikatakan oleh oranglah. Siapa yang tidak mahu tarikan seksual sebegitu rupa !
Ada berapa jenis susuk yang terdapat di Malaysia ini ?Lima, enam, atau tujuhkah? Sebenarnya terdapat banyak jenis susuk untuk kecantikan dan kekuatan. Biarlah saya sentuh susuk untuk kecantikan sahaja. Susuk kecantikan terbahagi kepada 3 jenis. Penjenisan ini adalah mengikut bahan yang digunakan. Susuk pertama adalah susuk berlian. Susuk ini ditanam di bahagian tertentu seperti di dahi, pipi, dada dan punggung. Susuk ini akan membuatkan kulit pemakainya sentiasa tegang, lebih rupawan dari si anak dara, walaupun usianya sudah layak dipanggil nenek. Pendek kata, wajah akan menjadi kalis usia. Saya pernah bersembang dengan seorang pemakai susuk dari Indonesia dan beliau berkata susuk ini membuatkan dirinya sentiasa kelihatan muda rupawan, dan memang benar, kerana dia sentiasa mempunyai ramai pakwa dari kalangan pemuda Semenanjung. Pemuda-pemuda ini seringkali datang ke gerai minumnya di Gombak, walaupun air bancuhan minumnya itu saya kira tidaklah boleh dibanggakan langsung. Saya sendiri melihat wajahnya menarik, tutur katanya menampakkan bibirnya yang mungil walaupun tidak faham apa yang dikatakannya pasti membuat si pelihat cair hati dan duduk lama lagi di gerai sambil melayan cerita si kakak itu. Tetapi, susuk ini dikatakan tidak begitu berfungsi pada waktu siang, sebaliknya ia akan memancar pada waktu malam sahaja. Terpesona? Nanti dulu, ada yang lebih power. Susuk berlian ini banyak kelebihannya dan harganya pun mahal, tetapi tidak sehebat dan semahal susuk jarum emas.
Mendengarkan nama jarum emas itu sahaja susuk ini boleh diteka ia diperbuat dari emas, dan rupanya pun seperti jarum. Ia dipakai di tempat yang sama juga , seperti di muka, leher, dada, dan punggung. Punggung pemakai akan sentiasa pejal walaupun tidak pernah membuat pembedahan plastik atau membeli alat senaman berharga ribuan ringgit. Susuk ini punyai kelebihannya, tidak seperti susuk berlian, pemakai susuk emas akan kelihatan cantik seperti merak kayangan baik pada siang atau pada malam hari. Susuk ini dimasukkan menggunakan mentera, si bomoh akan memasukkannya dan pemakai berasa sedikit sakit pada bahagian yang dimasukkan susuk. Cuma kekurangannya susuk ini akan dikesan oleh scanner di lapangan terbang atau di parlimen kerana ia dibuat dari logam. Susuk ini banyak kelebihan dari kekurangan kerana pemakai akan nampak menarik seperti artis antarabangsa tetapi kedua-dua susuk ini tidak dapat menandingi kehebatan satu lagi susuk iaitu susuk patung.
Anda sudah boleh mengagak lebih kurang susuk patung ini mesti berupakan patung, walaupun bahan untuk membuatnya penulis tidak dapat pastikan. Saiznya sebesar satu ruas ibu jari tangan. Susuk patung adalah susuk bukan untuk kegunaan seharian, ia digunakan untuk waktu-waktu yang istimewa sahaja. Biasanya ia dipakai untuk menyerlahkan keanggunan pemakai ke tahap yang boleh menjadi igauan malam, malah lebih anggun dari diri pemakai itu. Susuk ini bukan bertujuan mencari pasangan atau hanya sekadar mencuri hati ratusan jejaka si hidung belang. Si pelihat akan ternganga mulutnya, meleleh air liurnya tatkala si pemakai lalu diatas pentas laluan. Sudah pastinya si pemakai ingin menterbeliakkan mata si juri yang dipanggil khas untuk mengadili pertandingan ratu cantik, ratu kebaya dan bermacam-macam lagi pertandingan ratu yang tidak didedahkan di media massa. Susuk ini akan membuatkan pemakai kelihatan comel, kiut miut dan melentukkan tubuh badan seperti patung Barbie atau patung di kedai menjual baju, yang dianggap sebagai jelmaan manusia yang tercantik di abad ini, walaupun si dia hanya mengenakan pario dan t shirt kusam sahaja. Sudah tentunya alat mekap buatan Paris dan segala bentuk diet tidak mampu meragut tempat pertama sekiranya calon hanya bermodalkan susuk emas atau berlian sahaja. Susuk patung ini hanya untuk pertandingan sahaja kerana harganya pun boleh menterbeliakkan orang yang kurang mampu. Cara memasukkannya adalah dengan membaca serapah jampi dengan pintu masuk diatas ubun-ubin kepala, dikatakan ubun-ubun itu berasap seperti ada api sewaktu upacara tanam susuk dijalankan.
Terdapat pelbagai jenis susuk iaitu untuk kuat, iaitu dimasukkan ke dalam alat kemaluan lelaki atau wanita bertujuan untuk tahan lama sewaktu belayar, tidak kalah dan sebagainya. Ada juga susuk yang dipakai oleh pelacur bertujuan tidak letih dan boleh menundukkan puluhan lelaki dalam waktu pejabat sahaja. Tentunya pelacur sebegini mendapat permintaan yang tinggi kerana tidak lekas letih, pandai layan dan sebagai banyak alas an yang diberikan. Susuk yang boleh dikatakan ekstrim juga adalah susuk tulang babi atau anjing, dan yang tidak sedapnya ia tetap dimasukkan kedalam badan seseorang untuk mendapatkan sesuatu kelebihan. Pembaca beragama Islam dinasihatkan supaya tidak mencuba susuk-susuk sedemikian kerana pahitnya lebih banyak dari manis yang sementara. Sewaktu hayatnya, sekiranya susuk ini hendak dikeluarkan, harus berjumpa si bomoh itu kembali, dan sekiranya bomoh itu berpindah rumah atau sudah meninggal dunia, mana hendak dicari ? Susuk ini tidak boleh dipakai begitu lama, kerana apabila umur sudah tua sangat, waktu ia dikeluarkan, si pemakai akan melihat perubahan kulit kedut retak seribu yang ketara, mungkin akan mengalami kejutan budaya pada jangka masa yang penjang. Ada juga risiko si pemakai susuk menjadi kurang siuman sewaktu umur tuanya, sebabnya penulis tidak dapat pastikan. Sewaktu nyawa hendak meninggalkan jasad, roh tidak dapat keluar dengan mudah, seperti berlian, emas dan patung memaku roh ke badan, kecuali setelah dikeluarkan. Itupun mati beragan, ,mata terbeliak seperti telah melalui kesakitan yang amat sangat. Oleh itu berikhtiarlah cara lain untuk kelihatan menarik, walau wajah menarik, tetapi tiada susuk yang dapat menjadikan pemakai itu cerdik dan pintar, jadi pemakai susuk cantik di luaran sahaja, tetapi ala-ala bimbo pada hakikatnya
Kisah seram
Kisah ini berlaku sewaktu aku mengajar di satu kolej di Serting. Rumahku dan sekolah agak jauh dan aku terpaksa melalui kawasan hutan, naik bukit turun bukit. Satu malam aku terpaksa pulang lewat kerana kesibukan keja yang terpaksa aku selesaikan. Rakanku ada bersama membonceng, kami berhenti di satu stesen minyak untuk mengisi minyak, selepas mengisi minyak, aku tidak menoleh ke belakang tetapi aku mengagak rakanku sudah berada dibelakangku kerana merasakan ada seseorang sudak naik. Aku terus memecut, sesampainya di kawasan perbukitan, motorku seakan tidak mahu berjalan, ‘beratnya kau ni amat, macam balak, kau makan apa tadi hah aku memarahi kawanku. Kemudian aku teruskan perjalanan seperti biasa sehingga sampai ke rumahku, jiran-jiranku hanya melihat kepadaku dan ‘amat’ dibelakangku tanpa berkata apa-apa. Selepas sampai di rumah, aku buka pintu rumah dan terus masuk ke bilik , penatlah katakana dan sejuk pula tu. Kunci pintu, amat aku berkata kepadanya ringkas, peliknya, kenapa dia tidak membuka topi keledarnya walaupun dia sudah masuk dan duduk di sofa sambil merenung ke televisyen yang tidak dibuka. Pada jam 3 pagi , kedengaran pintu rumah ku diketuk bertalu-talu, aku mengesat mata , ketakutan menyusup masuk ke dalam hatiku, siapa yang ketuk malam-malam ni, mungkin ada hantu mengacau. Apabila dibuka pintu, aku melihat amat dan beberapa pegawai jabatan agama islam negeri sembilan. Encik ,kami dapat laporan encik membawa masuk wanita bukan muhrim kedalam rumah encik, boleh kami periksa? Aku terpinga-pinga , amat memarahiku kerana meninggalkanku begitu sahaja di stesen minyak tadi. Siapakan yang kubawa tadi. Sumpah encik , saya tidak bawa perempuan, saya bawa amat balik. Jiranku kemudian yang kaki repot dan kaki jaga tepi kain orang sama-sama menggeledah tetapi mereka tidak menjumpai apa-apapun kecuali tempurung kelapa buruk dan sekuntum bunga seroja di atas sofa. Pegawai itu berpuas hati dan menjelaskan bahawa beliau pernah mengalami 2 kes serupa ini, dan menasihatkan aku supaya berhati-hati apabila pulang larut malam ke rumah.
Kisah ini diceritakan kepada ku oleh rakanku yang melihat kejadian ini , ia tidak berlaku kepada orang lain, melainkan aku sendiri yang menjadi hantunya. Aku bertemu rakanku pada satu senja, sewaktu hendak ke bilik asramaku, rakanku tidak berkata apa-apa tetapi hanya merenung kepadaku dengan renungan dan kemudian matanya berubah kepada ketakutan. Selepas beberapa hari, ali memberitahuku bahawa wajahku berlainan sangat sewaktu aku berjumpanya. Mataku merah, merenungnya, kuku dan mataku panjang, dan kulitku seakan disiat-siat. Aku tidak percaya katanya. Kemudian barulah aku tahu apa yang terjadi sebelum itu. Aku telah melepaskan diri dari mandram seorang perempuan yang mahukan aku, dahulu, tetapi aku tergila-gilakannya selama 5 tahun. Aku tidak melihat sesiapa selain darinya, makanku tidak terurus, aku menyendiri, tidak bercampur dengan kawan kawan satu kursus dan amu berkurung didalam bilik sahaja. Aku terinagt aku menjemput dia ke rumah dan memasak untukku untuk menunjukkan kebolehan memasaknya kepada keluargaku. Selepas itu, apabila aku tidak dapat berjumpa dengannya, aku sentap dan sedih. Mungkin perempuan ini sudah jelak denganku tetapi tidak menarik semula mandramnya. Mandram itu akan pecah dengan sendirinya apabila aku sendiri punyai kekuatan untuk memutuskan hubungan dengannya , dan ‘benda’ itu akan keluar dengan sendirinya, dan kebetulan ia keluar waktu maghrib can rakan aku melihat dan menceritakannya kepadaku. Selepas itu, hatiku lapang dan aku hidup normal kembali.
Written by:
Hasbi bin Mohamed Arifin
B1, Kuarters Guru Sekolah Rendah Air Baruk
77000 Jasin Melaka
On penpals and handwritings.
Penpals exist since more than a thousand years ago before any technology. The .net discourages handwriting and replaced with typewriting ass alphabets are standardized, fonts could be changed, font sizes and word count. One could never have the change to practice handwriting when one types a lot. How could you get a good flow of ideas when you are typing and looking at the screen at the same time ?and fighting for time not having to pay more in cybercafes. Never would people type their letters earlier using Microsoft word, save it before send it in cybercafes. They would just go in and type short messages to exchange views, but they are not detail. Friendship becomes an easy thing to get.
Readers digest
Dear editor,
I am a teacher and I am starting to write out to the printed media. Usually I would write articles, but this year I just start to send the articles out. I would appreciate it if you could consider my articles and guide me on how to write for your periodical. Thank you.
On finding books
The interest in reading has brought me to many places in Kuala Lumpur and Melaka. I have bee nsearching for books since I was in form 4, father taught to read books, starting from early children storybooks, then teenage books. I did not go fro magazines. I did not like to read newspapers, as there are too much flow of ideas and news. The articles are short, updated, never consistent, always changing and I could not set up flow of thoughts over everything. I believe in reading books, it will get my thinking cap on top. The emergence of the internet would kill the book industry, as information becomes paperless, but no, books are not on the net, they are on papers only. I have tried .net before but I the satisfaction is not there. I would want my reading material to be there when I need it, get to hold it while waiting for something, to be read in the car, after meals etc. for me, reading from the screen limits our movements, as we want reading to be done at all times. Not just when the computer is turned on.
So it sends me away to look for old bookstores, junk books around central market, new age stores such as in klcc, borders etc. the store even let us read the books, whether we want to buy it or just looking around. I would go for my interest, that is on magic, books of this area is very expensive when we go to the actual magic store.when I was transferred ti jasin, I could see there were only 2 shops selling books, the better ones are in ayer keroh and that is all. Most shops only have educational, school references which I already have plenty.
Jotting down
Jotting down life’s events is not a cup of tea for everyone. People do not see the importance of having to do such hassle. When someone writes, the person indulges into own world. People’s birthdays, life’s events, the happiest moments and the most thoughtful events happening in a person’s life. Have we been changing, where were we on this date, 2 years back ? having the same diary for 3 years from 04 until 07, and writing down my events into still available spaces, makes me think, have I improved? Befriending new people, eating unusual food that I seldom taste. Whatever happens to my old friends whose birthdays are in my diary, the people I have stopped meeting, all the telephone numbers I used to dial.
Jotting is never a burden, it gives satisfaction to keep track my social circle, monetary and others. I also can know things I should change, the times I went out to town, and perhaps names of persons I met. I have to pen off now. I have to get life’s experiences today for a few hours before having anything to write about, and relate it with reliable sources. Then, we know our lives must be backed up with knowledge
Written by:
Hasbi bin Mohamed Arifin
B1, Kuarters Guru Sekolah Rendah Air Baruk
77000 Jasin Melaka
No comments :
Post a Comment