LAPORAN LALULINTAS PENDAFTARAN TINGKATAN 4
TARIKH: 17 MAC 2010
MASA: 8 PAGI-6 PETANG
TEMPAT: MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA JASIN MELAKA
GURU PETUGAS:
1)CIKGU HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
2)CIKGU TUAN HADIE SYAFUN
3) CIKGU AZIZUL B MUSTAFA
KOMITI KECIL: 25 ORANG PENGAKAP TINGKATAN 5
Pada hari Sabtu 26 Oktober 2008, seramai 25 orang pengakap telah diberi tugas mengawal tempat letak kereta dan lalulintas sepanjang hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 tahun 2010. Sepanjang gerakerja itu berlangsung, pihak kami diawasi olehguru penasihat. Pengakap diberi tunjuk ajar oleh guru untuk menyusun kereta, memastikan kereta mendapat tempat letak kereta mengikut konsep ‘first come first serve’. Kawasan meletak kereta yang telah dikhaskan untuk VIP, VVIP adalah di hadapan foyer , bangunan pentadbiran dan sekitarnya, dan kawasan letak kereta guru dan ibubapa adalah selain dari itu. Pada sebelah pagi, 11 anggota pengakap siap berpakaian lengkap pengakap menjalankan tugas menyusun kereta. Tempat yang paling mencabar sekali untuk menyusun kereta adalah di sekitar kolam renang, kerana kawasan tersebut adalah padang sahaja. Ajk lalulintas memberikan keutamaan kepada mereka yang datang awal untuk letak kereta di tepi Dewan Bendahara, kedua di asrama blok B,E,F dan G, dan terakhir di sekitar kolam renang. Kebiasaannya para ibubapa akan hadir lewat dan sekaligus untuk menghadiri majlis solat hajat pada sebelah paginya.Pada masa itu komiti diperlukan untuk mengawal dimana hendak letak kereta. Kereta tidak dibenarkan diletakkan di hadapan pintu masuk dewan bendahara, untuk mengawal perjalanan ibu bapa. Syukur hari tidak hujan sepanjang program berlangsung.
Pada sebelah petangnya 11 pengakap kumpulan kedua hadir . Mereka diberi taklimat untuk cara-cara mengawal lalulintas, kerana kereta akan membuat jalan menjadi sesak. Tetapi semua masalah telah dapat diselesaikan kerana kereta keluar dengan teratur.
Masalah:
1) Agak susah cari komiti pada awalnya, kerana pelajar pulang. Penyelesaian ialah dengan membuat gerakerja mencari pelajar dengan awal, dan membuat kerja dengan guru yang lain.
2) Pelajar tidak tahu bagaimana untuk susun kereta. Penyelesaiannya ialah dengan memberi tunjuk ajar pada masa itu juga.
3) Ibubapa tidak mengikut arahan di hadapan asrama puteri. Ia diselesaikan dengan berteas tidak boleh meletak kenderaan sesuka hati.
Kesimpulan:
Gerakerja ini telah dapat dijalankan dengan berkesan dan berjaya kerana semua yang terlibat memberikan kerjasama dengan baik. Guru-gurupun turun padang melihat perkembangan gerakerja dan ini memberikan suntikan semangat kepada anak buat. Pada masa hadapan saya ingin cadangkan supaya dibuat garis kotak letak kereta sementara untuk susunan yang lebih teratur dan tidak memerlukan ramai orang sewaktu program berjalan, seperti hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 tahun 2010.
Lampiran/rujukan:
- Surat panggilan mesyuarat kali pertama 18/1/10
- Surat lantikan ahli tertinggi dan sub komiti.
- Gambar-gambar sepanjang program berlangsung
- Alatan yang digunakan untuk mengawal lalulintas:
- Wisel, tali riben, stand, manila kad untuk petunjuk, markers,
- Pakaian seragam anggota petugas lalulintas
- Senarai nama petugas
- surat kepada ibubapa
PERHATIAN
TARIKH:17.2.10 (RABU)
MASA: 8 PAGI-2 PETANG
ACARA: HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4 (2010)
TEMPAT MELETAKKAN KENDERAAN UNTUK GURU-GURU DAN STAF ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. TEMPAT MELETAKKAN KENDERAAN BERBUMBUNG ANTARA PSI DAN BLOK AKADEMIK
2. KAWASAN RUMPUT SEBELAH PINTU MASUK UTAMA
DIHARAPKAN PARA GURU DAN STAF DAPAT MELETAKKAN KENDERAAN DI TEMPAT YANG TELAH DIKHASKAN.
TERIMA KASIH.
POT LUCK KELAB GURU
GURU-GURU DIJEMPUT HADIR MENIKMATI MAKAN PAGI PADA KETENTUAN BERIKUT:
TARIKH: 18.2.10 (KHAMIS)
MASA:8.30 PAGI
TEMPAT: RUANG REHAT, BILIK GURU.
(POT LUCK BULAN FEBRUARI ADALAH DIBAWAH JABATAN BAHASA)
No comments :
Post a Comment