LAPORAN AHLI JAWATANKUASA INDUK PERASMIAN PENUTUP HARI SUKAN MRSM TUN GHAFAR BABA 2010
PELAPOR:
HASBI BIN MOHAMED ARIFIIN
TARIKH: 1 APRIL 2010
MASA: 11.00 PAGI-11.45 PAGI
TEMPAT :
PADANG MRSM TUN GHAFAR BABA JASIN MELAKA.
Pengenalan
PADA 1 April 2010, MRSM Tun Ghafar Baba telah menganjurkan penutup hari sukan membabitkan 4 rumah sukan. Majlis itu telah diadakan di padang MRSM Tun Ghafar Baba . Pada hari terebut, diadakan juga pertandingan larian, lontar peluru dan merejam lembing untuk para pelajar, guru dan staf. Perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh ADUN RIM, turut hadir ialah Pengetua, Dr Mariam bt Md. Salleh, dan dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengetua.
Peserta yang terlibat didalam acara pertandingan perbarisan tersebut adalah 35 wakil dari rumah sukan Petronas, Proton, Sime Darby dan Telekom. Terdapat 17 orang pembawa bendera untuk Maktab, Melaka dan Malaysia..
Tugas jawatankuasa pada hari tersebut ialah memastikan aktiviti Perasmian penutup berjalan mengikut protokol yang telah dilatih. Oleh itu, jawatankuasa telah mendakan siri latihan untuk keempat-empat rumah sukan untuk membantu mereka membuat formasi yang lengkap dan teratur.
Penutup
Komiti telah berjaya melaksanakan kerja dengan teratur. Pada masa hadapan dapat diperkemaskan lagi komiti untuk sukarelawan. Komiti mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini.
Kronologi gerakerja
Sebelum majlis
Penyediaan bendera
Untuk dokumentasi, ramai yang terlepas pandang akan peri pentingnya penyediaan bendera yang akan menaikkan seri majlis penutup hari perbarisan. Bendera yang sedia kini telah uzur, pudar dan perlu digantikan dengan bendera baru. Begitu juga dengan bendera kejohanan yang mesti nampak putih dan bukannya bertompok.
Sekiranya bendera sudah ada, ia mestilah diseterika untuk mengelakkan bendera yang ada kesan lipatan dibiarkan berkibar dan dilihat oleh VIP.
Bendera rumah juga perlu digantikan, atau ditukar memandangkan sudah ada nama baru, iaitu Petronas menggantikan rumah hijau, Proton untuk rumah Kuning, Sime Darby untuk rumah merah dan Telekom untuk rumah Biru (walaupun Telekom sudah dikenali dengan nama TM).
Bendera ini tidak boleh dibawa pulang oleh pelajar, dan mesti diberikan sebelum upacara penutup bermula, dan dikembalikan selepas acara, sebelum mereka keluar dari padang.
Pengedaran maklumat
Saya telah mengedarkan maklumat berkenaan pertandingan perbarisan kepada ketua 4 rumah sukan, semasa pertemuan rumah sukan kali pertama, iaitu perjumpaan untuk untuk melantik AJK tertinggi rumah sukan dan meminta berjumpa dengan ktua rumah sukan yang dilantik, tetapi oleh kerana rumah masing-masing lewat menghabiskan mesyuarat, maka perjumpaan ditangguhkan.
Saya telah berjumpa dengan ketua rumah sukan pada waktu row call pagi untuk memaklumkan dengan segera akan pertandingan tersebut dan meminta mereka membuat latihan sendiri sebelum saya turun padang.
Selepas mereka datang selepas cuti sekolah, mereka membuat latihan intensif sehingga dua minggu. Kami telah mengadakan Latihan penyatuan pada 3 hari terakhir sebelum hari kejohanan, iaitu pada 29, 30 dan 31 Mac 2010.
Saya telah meminta kerjasama Biro Sukan BWP mencari pelajar yang berminat membawa bendera seperti dibawah:
| Tugas | Jumlah Komiti |
1 | Membawa 8 bendera, 4 bendera Malaysia dan 4 bendera Melaka | 8 |
2 | Menaikkan 3 bendera semasa lagu Negaraku dimainkan | 3 |
3 | Menaikkan bendera kejohanan | 4 orang ahli PKBM. |
4 | Ketua kontinjen | 1 |
5 | Pembaca ikrar | 1 |
| Jumlah | 17 |
6 Mac 2010
Saya berjumpa wakil-wakil untuk empat rumah sukan dan meminta mereka untuk menyediakan nama 30 pelajar tingkatan 4 yang akan memasuki pertandingan perbarisan. Pada hari Selasa, Rabu dan Khamis sebelum cuti, mereka mengadakan latihan sendiri.
Amirul dan Azriey telah dikenalpasti dan diberitahu untuk menjadi ketua kontinjen dan pembaca ikrar.
7 Mac 2010
Ketua-ketua rumah diberikan borang markah untuk mendapat markah.
26 Mac 2010
Komiti menghantar borang untuk top trek, bendera dan lain-lainnya, pada hari Jumaat mengadakan perbincangan dengan teknisyen alatan padang iaitu Encik Ismail untuk menaikkan 4 tiang bendera di hadapan podium
29 Mac 2010, Isnin
Kesemua mereka yang terlibat membuat latihan penyatuan untuk kali pertama di padang, peserta nampak bersungguh untuk melaksanakan yang terbaik.
30.3.10, Selasa
Latihan kali kedua dilakukan didalam hujan renyai, untuk memudahkan mereka mencari tempat, markers dan kon digunakan untuk laluan mereka. Brass band harus berlatih lagi, kerana bunyi alat muzik tiupan (trumpet) tidak mantap lagi.
31.3.10, Rabu
Kami membuat latihan untuk kali terakhir, dan berakhir jam 5.45 ptg Kumpulan pertama yang mengetuai, iaitu pembawa bendera baru berlatih lagi, dan hari ini 2 orang tidak hadir, keduanya Rushdan dan seorang lagi terlibat dalam bolasepak dan ragbi. Maskot-maskot untuk rumah-rumah sukan, pelajar tingkatan 5 tidak perlu hadir, kerana tugas mereka tidak begitu rumit.
1.4.10, Khamis
Bendera dan kon diletakkan diluar stor untuk diambil oleh sukarelawan dan komiti. Bendera itu diperiksa untuk kali terakhir sama ada ada kecacatan yang terlepas pandang. Kon-kon putih sebanyak 4 buah digunakan untuk memberi panduan kepada peserta laluan yang perlu diikuti. Sukarelawan memberikan bantuan untuk meletakkan kon, markers di atas padang dan mengikat 3 bendera ke tiga tiang di hadapan podium. Semua dilakukan dengan awal supaya ada masalah yang boleh diselesaikan, kerana tiang utama senget kerana tanah lembut selepas hujan semalam, dan telah dibetulkan.
1 .4.10
Sebelum acara terakhir bermula, sukarelawan telah berjumpa dan diberi penerangan oleh En Hasbi tentang gerakerja yang akan dilakukan, untuk melicinkan kerja yang akan dibuat. Selepas program, komiti telah berjumpa sekali lagi untuk memberitahu masalah yang dihadapi semasa melakukan gerakerja dan cadangan untuk menyelesaikannya.
Semasa majlis
Padang perlu dibersihkan dari sebarang botol air mineral dan semua sampah. Meja, kerusi dan payung yang tidak perlu mesti dipastikan tiada diatas padang.
1.4.10 (Khamis)
Pelajar diarahkan berbaris di padang dan mereka melakukan formasi yang telah dilatih. Mereka melakukan formasi dengan dibantu oleh petunjuk dari MC, pemberi command dan brass band di padang. Kumpulan satu diberi perhatian lebih kerana mereka kumpulan paling hadapan dengan podium, dan penampilan mereka mesti nampak segak dan kemas. Mereka perlu memakai topi untuk keseragaman. Cara bendera dipegang mesti seragam seprti yang diajarkan. Pergerakan march, menaikkan bendera dan menaikkan tangan untuk doa dan ikrar kena selari dengan bunyi brass band, (sila rujuk lampiran)
Perkara perlu diberi perhatian sewaktu acara bermula
Pelajar
Pelajar lupa lirik lagu yang dinyanyikan, atau tidak boleh mengikut kerana tidak dengar rentak.
Pelajar lupa hendak melakukan pergerakan. Pelajar tidak bergerak mengikut apa yang dirancangkan, guru mengingatkan pelajar supaya melakukan pergerakan ke hadapan atau ke belakang.
Pelajar tidak tahan berdiri lama, guru hendaklah peka kepada keadaan pelajar, beri air dsb.
Pelajar yang menang akan bersorak berlebih-lebihan , dan guru menegur perbuatan mereka untuk bersopan di hadapan VIP.
Pelajar tersasar dari melalui kon, hendaklah diarahkan untuk masuk ke kawasan semula.
Brass band:
Doa- ahli brass band tidak perlu mengangkat tangan, drum bass diketuk lebih dari 16 kali sewaktu kumpulan pertama berjalan.
Selepas majlis
Trek top, bendera, (kecuali bendera yang dinaikkan) kon dan markers dikutip di atas padang secepat mungkin selepas pelajar keluar dari barisan dan dipulangkan ke tempat asalnya untuk mengelakkan dari barang-barang tersebut hilang.
Komiti memeriksa padang sekali lagi sebelum acara larian pelajar lelaki dimulakan.
Komiti telah berjumpa sekali lagi untuk memberitahu masalah yang dihadapi semasa melakukan gerakerja dan cadangan untuk menyelesaikannya.
Laporan diserahkan kepada setiausaha Hari Sukan 2010
Cabaran
Cabaran yang dihadapi ialah mengumpul pelajar-pelajar untuk membuat latihan pada malam hari, kerana masa siang telah diambil untuk tugas-tugas yang lebih penting. Keduanya ialah kekurangan dokumen untuk dirujuk oleh itu komiti merujuk kepada komiti lama, yang pernah melaksanakan tugas sebegini. Ksukaran mendapatkan pelajar untuk membawa bendera diselesaikan apabila meminta bantuan biro sukan untuk mencari pelajar yang berminat.
Carta alir penyediaan bendera
1
Mengambil borang di stor sukan,mengisi borang peminjaman bendera dan meminta tandatangan oleh Pengetua atau Timbalan Pengetua Memberitahu kepada pegawai alatan, 4 tiang bendera perlu dinaikkan. |
2
Menghantar borang ke stor sukan, memeriksa bendera di stor belakang podium. |
3
Jika rosak, isi borang pembelian bendera di stor pusat |
4
Bendera kemudiannya diseterika untuk memastikan tiada kedutan. |
1. Lampiran 2
Keputusan Pertandingan Perbarisan Rumah Sukan 2010
Juara; Rumah SIme Darby
Naib Juara: Rumah Petronas
FORMAT SUKAN TAHUNAN MRSM TGB 2010
PERTANDINGAN PERBARISAN RUMAH SUKAN
- OBJEKTIF
- membina kemahiran kawad berpasukan
- memupuk semangat kerjasama antara ahli
- menggalakkan daya saing antara rumah sukan
- mempamer daya kreativiti pelajar
- SYARAT PERTANDINGAN
i. WAJIB disertai semua rumah sukan
ii. Keanggotaan 34 ahli
- ketua
- pembawa bendera rumah
- sepanduk
- Maskot
- 30 ahli dalam baris ( 15 putera + 15 puteri )
iii. Maskot
- atas nasihat guru rumah sukan
- Sentiasa berada di hadapan rumah sukan
- Tindakan ‘maskot’ yang berkeliaran tidak dibenarkan
iv. Pakaian - pakaian rumah sukan yang dihias
v. Formasi – hanya LINTAS HORMAT
( Formasi lain tidak dibenarkan )
vi. Semua rumah sukan dikehendaki mengadakan latihan awal. Latihan waktu malam tidak dibenarkan.
- PENILAIAN HAKIM
Aspek yang diambil kira oleh hakim pertandingan;
- pembawa bendera dan sepanduk 10 m
- maskot 20 m
- pakaian / hiasan 20 m
- bahasa hukuman 10 m
- keseragaman kawad 30 m
- tabik hormat 10 m
- menepati masa( bonus hakim ) 10 m
……………………………………..
JUMLAH 100 M
……………………………………..
Selamat berlatih, selamat bertanding, semoga berjaya.
Sekian, harap maklum
Hasbi Arifin
(AJK Perasmian Sukan Tahunan 2010
MARKAH PERBARISAN RUMAH SUKAN 2010
GILIRAN | 1 | 2 | 3 | 4 |
RUMAH | PETRONAS (WARNA BAJU: HIJAU) | PROTON (WARNA BAJU: KUNING) | SIME DARBY(WARNA BAJU: MERAH) | TELEKOM (WARNA BAJU:BIRU) |
Pembawa Bendera & Sepanduk (10 m) | | | | |
Maskot & Disiplin (20 m) | | | | |
Pakaian / hiasan (20 m) | | | | |
Bahasa hukuman (10 m) | | | | |
Keseragaman kawad (30 m) | | | | |
Tabik hormat (10 m) | | | | |
Menepati masa & Bonus Hakim (10 m) | | | | |
JUMLAH MARKAH | | | | |
JOHAN :……………………………
NAIB JOHAN :……………………............
TEMPAT KETIGA :……………………............
PERBARISAN PERASMIAN HARI SUKAN 2010
9.30 am-10.00 am
Selepas acara lontar peluru dll, pelajar diberikan masa menukar pakaian dan mengambil tempat di podium atau di padang.
10.00 PAGI
Tetamu Kehormat hadir
1. Doa
Drum roll Doa dibacakan- |
Amirul laungkan command:
Kesemua pelajar di padang bergerak 12 tapak ke hadapan
2. Lagu Negaraku dan Lagu MRSM dimainkan oleh Brass band, diketuai oleh Cikgu Jadid.
3. Kata aluan Cik Arni – MC
Kedudukan sebelum dan semasa perbarisan
| |||||||||||||||
|
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
| ||||||||||||||||||||||||||
PERBARISAN PERASMIAN HARI SUKAN 2010
MC mengumumkan pertandingan perbarisan akan dimulakan.
4. Perbarisan lintas hormat rumah sukan
Command dilaungkan oleh amirul Kumpulan pertama: 1. 4 Bendera Jalur gemilang- 2. 4 Bendera Melaka- 3. Bendera kontijen-4 orang pelajar PKBM 4. Ketua kontijen-Amirul Amsyar 5. Pembaca ikrar-Azriey Biro Sukan BWP |
Kumpulan kedua: Command dilaungkan oleh ketua pasukan masing-masing Perarakan ketua rumah sukan bersama 30 ahli rumah sukan mereka mengikut giliran 1)Rumah Petronas 2)Rumah Proton 3)Rumah Sime Darby 4)Rumah Telekom (penilaian akan dimulakan apabila mereka mula bergerak) |
Ikrar- dibacakan oleh azriey Biro Sukan BWP
|
5. Ucapan oleh VIP yang dijemput
6. Menaikkan bendera kejohanan oleh 4 orang ahli PKBM
|
1. Command dilaungkan oleh Amirul:
2. Perbarisan keluar rumah sukan
3. RUMAH PETRONAS DAN PROTON BERGERAK KE KANAN PODIUM DAN MEMBUAT 3 BARISAN PANJANG
4. Pembawa bendera Melaka JG MRSM IKUT SEKALI KE KANAN PODIUM, PETRONAS DAN PROTON.
5. RUMAH SIME DARBY DAN TM KE KIRI PODIUM BUAT 3 BARISAN PANJANG.
AMIRUL BAGI COMMAND
-BERHENTI-
-KELUAR BARIS-
PELAJAR KELUAR BARIS DAN DUDUK DI PODIUM MENGIKUT RUMAH MASING2.
|
Kedudukan selepas perbarisan:
Bender a
|
|
|
|
|
|
No comments :
Post a Comment