LAPORAN MAJLIS SOLAT HAJAT DAN HARI GRADUASI
AHLI JAWATANKUASA LALULINTAS
TARIKH: SABTU 25 OKTOBER 2008
MASA: 8 PAGI-6 PETANG
TEMPAT: MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA JASIN MELAKA
GURU PETUGAS:
1)CIKGU ZULHAKIM
2)CIKGU SUHAILI
3) CIKGU HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
KOMITI KECIL: 22 ORANG PENGAKAP TINGKATAN 4
Pada hari Sabtu 26 Oktober 2008, seramai 22 orang pengakap telah diberi tugas mengawal tempat letak kereta dan lalulintas sepanjang majlis solat hajat dan graduasi pelajar tingkatan 5 tahun 2008. Sepanjang gerakerja itu berlangsung, pihak kami diawasi oleh cikgu Suhaili, Hasbi dan Zulhakim. Pengakap diberi tunjuk ajar oleh guru untuk menyusun kereta, memastikan kereta mendapat tempat letak kereta mengikut konsep ‘first come first serve’. Kawasan meletak kereta yang telah dikhaskan untuk VIP, VVIP adalah di hadapan foyer , bangunan pentadbiran dan sekitarnya, dan kawasan letak kereta guru dan ibubapa adalah selain dari itu. Pada sebelah pagi, 11 pengakap perempuan siap berpakaian lengkap pengakap menjalankan tugas menyusun kereta. Tempat yang paling mencabar sekali untuk menyusun kereta adalah di sekitar kolam renang, kerana kawasan tersebut adalah padang sahaja. Ajk lalulintas memberikan keutamaan kepada mereka yang datang awal untuk letak kereta di tepi Dewan Bendahara, kedua di asrama blok B,E,F dan G, dan terakhir di sekitar kolam renang. Kebiasaannya para ibubapa akan hadir lewat dan sekaligus untuk menghadiri majlis solat hajat pada sebelah paginya.Pada masa itu komiti diperlukan untuk mengawal dimana hendak letak kereta. Kereta tidak dibenarkan diletakkan di hadapan pintu masuk dewan bendahara, untuk mengawal perjalanan ibu bapa. Syukur hari tidak hujan sepanjang program berlangsung.
Pada sebelah petangnya 11 pengakap lelaki datang . Mereka diberi taklimat untuk cara-cara mengawal lalulintas, kerana kereta akan membuat jalan menjadi sesak. Tetapi semua masalah telah dapat diselesaikan kerana kereta keluar dengan teratur.
Masalah:
1) Agak susah cari komiti pada awalnya, kerana pelajar pulang. Penyelesaian ialah dengan membuat gerakerja mencari pelajar dengan awal, dan membuat kerja dengan guru yang lain.
2) Pelajar tidak tahu bagaimana untuk susun kereta. Penyelesaiannya ialah dengan memberi tunjuk ajar pada masa itu juga.
Kesimpulan:
Gerakerja ini telah dapat dijalankan dengan berkesan dan berjaya kerana semua yang terlibat memberikan kerjasama dengan baik. Guru-gurupun turun padang melihat perkembangan gerakerja dan ini memberikan suntikan semangat kepada anak buat. Pada masa hadapan saya ingin cadangkan supaya dibuat garis kotak letak kereta sementara untuk susunan yang lebih teratur dan tidak memerlukan ramai orang sewaktu program berjalan, seperti hari pendaftaran pelajar tingkatan 4 tahun 2009.
No comments :
Post a Comment