Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Friday, December 24, 2010

Cadangan memperbaiki tandas sekolah


Cadangan memperbaiki tandas sekolah
Semua sekolah di dunia ini mempunyai tandas, dan sekolah di Malaysia juga mempunyai tandas yang menarik untuk dibincangkan. Tandas yang diselenggara dan digunakan dengan baik akan meningkan imej sekolah, manakala tandas yang meloyakan akan menurunkan impresi ibubapa kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut. Tandas sekolah mempunyai banyak fungsi. Selain dari pelajar melepaskan hajat, pelajar juga makan, membetulkan uniform, menukar pakaian sukan, memeriksa kain kotor dan lain-lain. Salahlaku pelajar didalam tandas ialah seperti merokok, , bergaduh, ponteng kelas, memeriksa sms dan membuat panggilan telefon bimbit, mencuri melihat nota sewaktu peperiksaan berlangsung, mencuri beg duit, mandi, menangis melepaskan tekanan emosi, melakukan vandalisma,  melarikan diri dari guru disiplin, memotong rambut, dan juga memadu asmara. Semuanya memilih tandas sebagai tempat yang strategik untuk melakukan perkara-perkara sedemikian kerana tandas adalah tempat paling privasi untuk diri seseorang pelajar. Imej sekolah akan tercemar apabila paip tandas pecah, mangkuk tandas kotor dan tidak disimbah air selepas digunakan, sinki , lantai dan dinding kotor tidak disental dan lampu tandas rosak. Pihak sekolah mendapatkan pelbagai cara untuk memastikan tandas sentiasa bersih, seperti ada sekolah yang menswastakan tandas mereka, memastikan pekerja sentiasa membersihkan tandas, mengenakan denda bagi pelajar yang didapati mengotorkan tandas dan lain-lain peraturan yang dianggap drastik. Tetapi mengapa tandas yang mempunyai prasarana kelas pertama tetap menerima pelajar bermentaliti kelas ketiga ? ini disebabkan didikan di rumah tidak ada untuk memastikan tandas berkeadaan baik. Ibu bapa kurang memberikan didikan kepada anak-anak untuk membersihkan tandas dirumah, perhatian lebih diberikan untuk membersihkan bilik tidur sahaja dan tempat didalam rumah yang popular, seperti ruang tamu dan dapur. Seperti tandas di sekolah yang mencerminkan sikap pelajar-pelajarnya, begitulah tandas rumah menunjukkan kebersihan diri penghuninya.
Adalah tidak adil untuk menghukum pihak sekolah yang kurang prihatin untuk menjaga tandasnya, tetapi pelawat yang berkunjung akan menyalahkan perlajar dan sekolah, kedua-duanya sekali kerana sekolah tidak berjaya mendidik pelajarnya untuk menjadi seorang yang pembersih. Oleh itu saya ingin mencadangkan beberapa tindakan yang boleh diambilkira.
 1) menjalankan kempen kesedaran tentang kebersihan dan keindahan tandas kepada pelajar. Banyak sekolah yang mementingkan kebersihan tandas, tetapi keindahan tandas kurang dititikberatkan, walhal keduanya sama penting. Pihak sekolah harus mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga tandas dari semua aspek, terutama kepada pelajar yang menggunakan tandas di sekolah atau asrama.
2) mengadakan pertandingan kebersihan, keceriaan tandas, dimana kumpulan pelajar diberikan satu tandas untuk dijaga dan diindahkan dalam satu jangkamasa. Contohnya, satu asrama menjaga tandas di bloknya. Sekarang pihak sekolah mengadakan pertandingan keceriaan dorm, tetapi saya mencadangkan supaya keceriaan tandas dipertandingkan juga.
3) sekolah mewujudkan kelab keceriaan sekolah, dan salah satu aktiviti wajib mereka ialah dengan mewujudkan tandas sekolah yang terbaik. Lantik penguasa tandas di kalangan pelajar, iaitu tugasnya ialah memberikan laporan kepada guru disiplin tentang salahlaku pelajar didalam tandas, seperti vandalisme dan mengotorkan tandas. Saya cadangkan pesalah tidak dihukum untuk membersihkan tandas untuk menyedarkan mereka, kerana mereka akan membenci tandas. Sekolah boleh membuat inisiatif untuk mengecat tandas dengan mural dan peringatan-peringatan yang berguna. Sekiranya dilihat tentang keceriaan, sekolah hanya menitikberatkan mural di dinding sekolah, di tangga, di sekitar laluan dihadapan kelas dan kantin, tetapi tandas tidak pula disenaraikan sebagai tempat untuk diindahkan.
Mungkin kita beranggapan tandas tidak perlu cantik sangat, kerana ia tempat yang kotor dan kita tidak lama didalamnya, dan tandas adalah tempat kunjungan syaitan, kerana syaitan sukakan kerkara yang buruk, tetapi fakta itu tidak boleh dijadikan alasan, keran tandas mesti dijaga bersih dan indahnya. Ia juga melibatkan aspek kesihatan rohani dan jasmani, dimana tandas yang buruk akan melemaskan fikiran kita dan kita juga terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit.
Kesimpulannya tandas sekolah boleh dipertingkatkan lagi untuk keselesaan dan kesihatan penggunanya.

Hasbi bin Mohamed Arifin
Unit Bahasa Inggeris,

Jabatan Bahasa

3 comments :