Makluman Kepada Semua
(diambil dari laman web http://sekolahmalaysia.com/index.php)
Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info
Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.
Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh Pentadbir
sekolah (Administrator APDM) dan guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila
kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN)
Pentadbir sekolah (Administrator APDM) boleh reset semula
katalaluan guru kelas melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.
Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada
aplikasi ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut telah didaftarkan pada
Aplikasi SMPK.
Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dikehendaki
memastikan bilangan pelajar mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas adalah betul
dan terkini. Setelah data tersebut tepat, urusan mengimport data APDM oleh SAPS
dan SPPBS boleh dilakukan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka
permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012. Permohonan akan dibuka kepada
guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan
menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya. Guru kelas
Tahun 6 dan Tingkatan 3 dipohon memastikan profil murid dan ibubapa/ penjaga
adalah terkini. Kegagalan guru kelas berbuat demikian boleh menyebabkan proses
permohonan murid tersebut akan tergendala atau terganggu. Harap maklum.
Permohonan ke sekolah SBP dan Sekolah Kawalan (SMKA, SABK,
KAA, KRK, Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan) dan pengesahan maklumat akademik
bagi permohonan tersebut melalui guru kelas hanya boleh dilakukan mulai 21
september 2012. Ini bagi memberi laluan kepada permohonan melalui ibubapa/
penjaga terlebih dahulu. Harap maklum.
Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM
hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan
No comments :
Post a Comment