Ilusi Si Ahli Magis Mendakap Pesona
Sapu tangan hilang di telapak tangan. Menukar not RM 5 kepada RM 10 adalah contoh ilusi yang menarik perhatian bukan aku sahaja, tetapi khalayak ramai kanak-kanak sekolah, orang tua, pekerja kolar putih yang baru pulang dari ofis dan hendak melarikan diri dari tekanan tempat kerja. Ilusi, samada dilakukan secara langsung atau dilihat di kaca televisyen pasti menghiburkan dan menarik perhatian. Siapa yang tidak suka melihat pertunjukan ilusi, dilakukan di banyak tempat, dari siar kaki lima si penjual ubat kuat beraksi hinggalah ke Arena of Stars, Genting Highlands.
Silap mata adalah ilusi, ia membolehkan kita nampak sesuatu yang tidak boleh berlaku, berlaku. Ia satu cabang seni yang universal. Dari zaman raja Firaun, Harry Houdini hingga zaman baru yang memunculkan nama seperti David Copperfield, David Blaine, ilusi sentiasa mendapat sambutan dari peminat yang mahu dihiburkan dengan cara ilusi Mereka dipanggil pengamal ilusi atau pakar ilusi (Master of Illusions).
Persembahan ilusi boleh menggunakan alatan seharian, seperti kertas, belon, duit syiling, not kertas, pensel dan sebagainya. Perkara yang penting ialah seorang pelaku itu harus mahir dengan tangannya, cekap akal fikirannya dan yakin (sleight of hands). Ada juga ilusi yang mudah dilakukan, (self working tricks) Walau semudah atau sesukar manapun kemahiran tersebut, ia mesti dipraktikkan di hadapan cermin sehingga seseorang yakin dan selesa dengannya. Kemahiran ini mesti dipraktikkan dan harus dilatihkan supaya ia menjadi semakin baik dari hari ke hari.
Alatan silap mataku yang pertama kubeli dengan harga RM 10 di Puduraya amat bermakna, ia adalah alat silap mataku yang pertama kubeli. Ia adalah dua batang paku yang bersimpul ditengah-tengahnya dan boleh dileraikan dengan sekelip mata sahaja. Kagumnya aku melihat penjual itu ‘main silap mata kepadaku. Pada masa itu RM 10 amat besar nilainya, tetapi kukorbankan kerana minat yang baru berputik.
Banyak kegunaan silap mata selain dari menghiburkan sahaja. Ia boleh menjadi alat mendidik pelajar sekolah rendah, mereka akan lebih berminat untuk mengetahui isi kandungan pembelajaran sekiranya di dalam pembelajaran itu terdapat ilusi sebagai campurannya. Ia juga boleh menjadi alat motivasi, contohnya sikap anda tidak boleh berubah sekelip mata, lantas aku menunjukkan sehelai sapu tangan yang berubah sekelip mata menjadi sebatang tongkat di hadapan penonton. Contoh lain, kita katakan setiap masalah ada penyelesaiannya, jadi jangan bimbang ,dan aku menunjukkan satu tali yang bersimpul boleh dibuka dengan sekali tiupan sahaja. Penonton akan dapat melihat relevannya aksi ilusi, percakapan yang disampaikan dan mereka akan dapat mengingat lebih lama perkara yang aku sampaikan.
Aku praktis silap mata untuk pelbagai tujuan, dahulu untuk hobi sahaja, akan tetapi ia berubah dari sekadar suka-suka kepada mendidik rakan-rakan dan pelajar tentang keunikan silap mata. Bagaimana kad merah ditukarkan menjadi hitam, menghilangkan duit di dalam tangan. Silap mata juga bertindak sebagai penarik perhatian, (attention getter) sebelum memulakan percakapan, sebagai alat motivasi, atau hiburan sahaja. Aku merasa puas apabila khalayak tersenyum atau ketawa selepas melihat satu aksi ilusi.
Ada juga silap mata yang semata-mata untuk menghiburkan, seperti si badut berpakaian warna-warni membuat ilusi dan memberi belon, gula-gula dan hadiah kepada kanak-kanak. Ilusi sebegini membuat kanak-kanak terhibur dan lari seketika dari tekanan di sekolah. Anda akan lihat si badut dikerumuni oleh kanak-kanak kerana mereka mahukan belon berbentuk anjing, pedang, hati dan sebagainya. Kebolehan mengarca belon harus dipelajari dan memahirkan tangan dengan mengarca perlukan ketekunan dan kesabaran. Menjadi badut perlukan komitmen yang tinggi juga.
Namun, ada juga ilusi yang memerlukan kepakaran, daya tahan diri dan keyakinan diri yang tinggi, seperti ilusi melepaskan diri dari rantai, strap jacket, kotak berkunci dan melepaskan diri dari gantungan. Harry Houdini adalah pakar melepaskan diri. Sewaktu beliau hidup , beliau banyak menerima cabaran dari pembuat mangga dan kunci, supaya mencuba melepaskan diri dari kuncian mangga tersebut. David Blaine contohnya bertahan di dalam air, di dalam bongkahan ais atau ditanam hidup-hidup selama beberapa lama. Walau apa sekalipun rahsia dan caranya, semua aksi ini berisiko tinggi dan dilakukan selepas menjalani latihan yang teliti dan berkali-kali.
Seni ilusi akan terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. Setiap orang ingin dihiburkan dengan seni ilusi. Tidak ada jampi serapah, ‘baca-baca’ menggunakan ilmu halus dan sebagainya. Oleh itu, seni ini diharapkan akan dapat diperluaskan untuk tatapan generasi akan datang. Hidup ilusi !
Ilusi adalah satu cabang hiburan, seseorang pelaku harus menggabungkan kemahiran komunikasi dan kecekapannya untuk menghiburkan audiens dan bukan berharapkan ilusinya sahaja.
Ia juga mendidik aku merasa lebih yakin beraksi di hadapan khalayak, tanganku menjadi tangkas dan cepat, si tangan sebenarnya lebih cepat dari si mata (the hand is quicker than the eye).
Aku sentiasa berpegang kepada prinsip hanya tunjukkan silap mata sahaja, tetapi bukan caranya. ia musnahkan keseronokan penonton dan anda sendiri.silap mata berasal dari keupayaan manusia lari dari logika dan keteraturan buat sementara waktu. Ia membangkitkan naluri ingin tahu penonton dan perasaan mahu dihiburkan oleh ahli silap mata (magician). Kadang-kadang si pemerhati mahu menjadi seperti si pemain, itu satu langkah permulaan. Maka jadilah ia si pengamal silap mata bermula dari kali pertama ia melihat permainannya. Di ibu kota memang aku selalu melihat permainan ini, samada hendak ke tempat kerja, melihat si pemain silap mata membakar kertas tanpa mancis atau pemetik api, atau memukau si penonton untuk memberikan wang kepadanya, seakan menjual ubatnya tanpa disedarinya. Aku sentiasa melihat acara-acara sebegitu, kerana ia memang popular, dan menjadi tarikan setiap masyarakat. Di chow kit, masjid india dan banyak tempat lagi. Selalunya si penjual ubat itu hanya mahu menjual ubatannya, dan tidak mahu menjual alatan silap mata itu sendiri. Kemudian aku ke Puduraya dan mencari kedai menjual alatan silap mata. Kedai itu selalu tutup, jadi aku hanya melihaty dari luar sahaja. Kemudian rezekiku baik, kedai itu dibuka sewaktu aku pulang dari sekolah, lalu aku masuk kedalam.
.
Bukan senang seperti yang disangka . selalunya kanak-kanak merasa terhibur dengan kehadiran si badut mcDonald’s dan kawan-kawannya. Si badut akan menceriakan suasana, kerana ia adalah mascot restoran makanan segera tersebut. Untuk menyolek si badut tersebut perlukan masa yang panjang, dan untuk memakai kostum patung French fries dan berdiri perlukan tenaga yang banyak, kerana ia berat.
Menghilangkan wang syiling, dari tangan, mengoyak wang dan mencantumkannya kembali menggunakan jari dan menggigit syiling 50 sen sehingga bengkok dan menukar kertas kosong menjadi wang adalah contoh ilusi menggunakan wang biasa. ilusi menggunakan kad terup adalah yang paling murah dan terlalu banyak rutinnya yang boleh di aplikasi oleh seseorang. Sekiranya seseorang itu baru hendak berjinak-jinak dengan dunia ilusi lebih baik menggunakan kad terup, kerana ia murah da banyak tricks yang boleh dibuat. Ada juga silap mata menggunakan matematik, geometri yang dihasilkan oleh Pythagoras. Ia nampak tidak logik, tetapi ilusi menggunakan matematik sukar dicari sebabnya, kecuali oleh si pembuatnya sahaja. Contohnya adalah meneka nombor, objek, syiling yang dipilih oleh penonton. Silap mata dari dahulu hingga kini, dari
Dahulu, aku selalu melihat pertunjukan silap mata di kaca televisyen. Setiap kali hari raya menjelma, maka setiap kali itulah stesen tv memainkan pertunjukan silap mata. Tapi aku tidak muak, kerana aku menyukainya. Mungkin aku akan jadi seperti mereka ! kini, aku menyukai Ammar, penyanyi nasyid kontemporari yang menyelitkan ilusi pada setiap kali persembahannya, juga Mawi mula mengikut jejak. Di saluran televisyen berbayar terdapat program street magician, yang menampilkan ahli ilusi amatur di jalanan. Tidak ada apa yang harus disembunyikan kepada mereka yang minat dan mahu belajar. Pengamal ilusi sedia membantu tanpa ada sihir , ‘baca-baca’ dan sesuatu yang meragukan. Ia menggunakan teknik yang terkini. Setiap kali aku menunjukkan ilusi penonton terpesona dan aku mendapat keseronokan apabila mereka terhibur. Aku tidak bertujuan memperbodohkan, atau ambil kesempatan aku membuat mereka tersenyum. Dahulu aku merasa gugup apabila menunjukkan ilusi di hadapan orang lebih dari 6, kerana aku selalu praktis bersendirian. Kini tidak lagi, kerana aku sudah biasa menerima respons yang baik atau tidak. Kini aku masih belajar ilusi dari buku, internet, dan mencari mereka yang meminatinya. Aku berazam memasuki pertandingan ilusi supaya boleh menguji kebolehanku didalam bidang ini.
No comments :
Post a Comment