Sampah misteri
Jelas ternyata di pandangan mata pihak berkuasa tempatan menutup sebelah mta akan perkara yang sedang berlaku di kampong saya. Siapapun dalangnya ,pasti tidak dapat menetapkan pendangan kepada longgokan sampah yang terbiar di hadapan deretan kedai di Kampung Gajah, daerah Teluk Intan, Perak. Daerah ini yang pernah menyaksikan pertumpahan darah pahlawan Melayu menentang pendudukan Inggeris di kawasan yang kininya adalah memorial peringatan Pasir Salak , tetapi kini hanya dapat menyaksikan longgokan sampah seperti kotak kosong, tin dan plastik yang pastinya menimbulkan pandangan kurang senang pengunjung dan penduduk setempat. Longgokan yang terhampar di sebelah deretan gerai Majlis Perbandaran Teluk Intan dan tiang-tiang lampu yang memancarkan cahaya bergemerlapan pada waktu malam menimbukan ironi dan kontras antara kecelaruan dan keindahan.
Ditakuti jentik-jentik akan dibiakkan dan sekiranya telur sudah dihamburkan oleh si nyamuk, ia akan bertahan selama 6 bulan walaupun tin kosong dan bekas air tempat mereka bermastautin sudah ditelangkupkan. Diharapkan Majlis Perbandaran Teluk Intan menyelesaikan masalah longgokan sampah yang mungkin berpunya dan akan dijual, tetapi ia amat menyakitkan mata.
Hasbi bin Mohamed Arifin
0136271419
No comments :
Post a Comment