Perhatian kepada bakal pengantin !
Gementar dan gugup semasa duduk diatas bantal mengadap kiblat sementara menunggu saat untuk melafazkan akad nikah adalah cabaran yang dilalui oleh setiap pengantin lelaki. Pelbagai persiapan dilunaskan sebelum hari pernikahan. Senarai panjang barang dan perkara yang perlu diadakan itu lebih panjang dari resit belian dari pasaraya hyper untuk barangan sebulan sebuah keluarga. Satu barang yang wajib disediakan oleh bakal pengantin lelaki pada hari pernikahan tetapi selalu diabaikan adalah sebatang pen dakwat basah atau pen fountain !
Sediakan sebatang pen istimewa yang bernilai buat menandatangani surat pernikahan anda, satu surat tanda termeterainya perjanjian sehidup semati dan taklik anda dan pasangan. Ia harus dititikberatkan juga.
Surat nikah itu akan menjadi surat teristimewa, tandatanganilah ia menggunakan sebatang pen yang tidak ternilai harganya yang datang dari kotak pen atau kocek baju melayu pengantin lelaki tersebut dan bukannya meminjam pen jurunikah yang berharga 70 sen sahaja.
No comments :
Post a Comment