Bil | Kandungan Orientasi | Cadangan Pelaksanaan | |||
BULAN KEENAM OKTOBER | |||||
1. | Pengurusan dan prosedur kewangan sekolah | 25 Oktober 2011 Objektif: 1 Mengetahui aspek berhubung etika sebagai penjawat awam 2 Mengetahui hal-hal berhubung dengan pengurusan kewangan di sekolah. Aktiviti: 1 Penerangan diberikan oleh En. Hj Nordin Hj Zam Zam mengenai peranan sebagai penjawat awam. 2 Penerangan mengenai kelebihan yang diperolehi seperti pinjaman dan tindakan yang akan diambil sekiranya melebihi kadar pinjaman yang telah ditetapkan 3 Etika berpaiakan dan Kehadiran ke sekolah Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui pengurusan dan prosedur kewangan sekolah dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh guru. | |||
BIL | PERKARA | | MAJLIS MOHON RESTU PMR 2011 | ||
1 | Tarikh | : | 3/10/11 | ||
2 | Masa | : | 8.30-9.30 pagi | ||
3 | Bidang | : | Pengurusan dan Pentadbiran | ||
4 | Aspek | : | Perkembangan potensi diri dan kerjaya guru | ||
5 | Objektif | : | Hubungan Sosial dengan Pelajar | ||
| | | | ||
6 | Aktiviti | : | Pada hari ini, guru-guru dan pelajar tingkatan 3 bermaaf-maafan dan memohon restu dari guru SMKDB. Guru mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan pelajar supaya terang hati dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan yakin dan tepat. Pelajar mengharapkan supaya ilmu yang dipelajari itu direstui dan diberkati oleh guru yang mengajar, dan meminta maaf diatas dosa silam. | ||
7 | Penilaian | : | Laporan dan makluman guru | ||
BIL | PERKARA | | MESYUARAT GURU-GURU |
1 | Tarikh | : | 13/10/11 |
2 | Masa | : | 3.00-4.30 petang |
3 | Bidang | : | Pengurusan dan Pentadbiran |
4 | Aspek | : | Maklumat |
5 | Objektif | : | Mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti sekolah |
| | | |
6 | Aktiviti | : | Pada hari ini, guru-guru menghadiri mesyuarat guru bersama pihak pentadbir sekolah, dan guru mendapat maklumat tentant aktivit untuk pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR kelas. Guru diingatkan supaya menjalankan kerja dengan dedikasi dan teratur dan jangan membelakangkan sekolah dalam apa jua hal. |
7 | Penilaian | : | Laporan dan makluman guru |
BIL | PERKARA | | PENCERAPAN OLEH GURU PEMBIMBING |
1 | Tarikh | : | 20/10/11 |
2 | Masa | : | 7.40 am 8.20 am |
3 | Bidang | : | Pengajaran dan Pembelajaran |
4 | Aspek | : | Akademik |
5 | Objektif | : | Mendapatkan maklum balas dari guru pembimbing. |
| | | |
6 | Aktiviti | : | Pada hari ini saya dicerap oleh guru pembimbing iaitu hajjah Zaorah bte Haji Ibrahim untuk kelas 5G. Saya mendapat tunjuk ajar cara buat kelas orientasikan pelajar dan peperiksaan. |
7 | Penilaian | : | Guru diberikan tunjuk ajar |
| | | |
BIL | PERKARA | | |
1 | Tarikh | : | 20/10/11 |
2 | Masa | : | 3.00 pm-4.00 pm |
3 | Bidang | : | PENGACARAAN |
4 | Aspek | : | Mengendalikan aturcara |
5 | Objektif | : | Mengendalikan aturcara supaya berjalan lancar. |
| | | |
6 | Aktiviti | : | Menjadi MC untuk Majlis High Tea badan Pengawas Pada hari ini saya menjadi MC untuk majlis high tea badan pengawas sekolah. Saya juga menjadi guru pengawas dan saya hadir untuk mengendalikan acara yang menyeronokkan juga kerana ada cabutan bertuah untuk 10 pengawas dan guru yang hadir. Terdapat 8 hadiah yang ditaja oleh guru dan 2 hadiah istimewa yang ditaja oleh hotel Straits Meridien sendiri iaitu makan tengah hari untuk 2 orang, ada 2 set semuanya. Acara yang ditunggu adalah memilih mereka yang bertuah , mendapat hadiah apatah lagi untuk pelajar India kerana Deepavali bakal menjelma pada minggu berikutnya. Acara utama adalah pemberian anugerah untuk 2 orang pengawas yang berkaliber iaitu kepada Nur Hidayah dan seorang pelajar lelaki yang menunjukkan bakat kepimpinan yang akan memajukan badan pengawas untuk menjalankan tugas dengan berani dan mengikut undang-undang sekolah. Badan pengawas mengambil kesempatan menyerahkan hadiah untuk Cikgu Aiman yang menjadi Ketua pengawas. Majlis juga digamatkan dengan saya membuat persembahan silap mata untuk menyeronokkan semua yang hadir. |
7 | Penilaian | : | Guru diberikan tunjuk ajar. |
BIL | PERKARA | | REHEARSAL UNTUK HARI ANUGERAH | |||
1 | Tarikh | : | 21/10/11 | |||
2 | Masa | : | 7.40 am 9.00 am | |||
3 | Bidang | : | Pengurusan | |||
4 | Aspek | : | Akademik | |||
5 | Objektif | : | Mendapat gambaran jelas tentang hari anugerah ko kurikulum. | |||
| | | | |||
6 | Aktiviti | : | Pada hari ini saya mengendalikan rehearsal untuk hari anugerah. Ada guru yang lain hadir ke event tersebut mengendalikan pelajar yang mendapat anugerah. | |||
7 | Penilaian | : | Guru diberikan tunjuk ajar. | |||
BIL | PERKARA | | MENJADI MC UNTUK HARI ANUGERAH | |||
1 | Tarikh | : | 24/10/11 | |||
2 | Masa | : | 7.40 am 9.00 am | |||
3 | Bidang | : | Pengurusan | |||
4 | Aspek | : | Ko kurikulum | |||
5 | Objektif | : | Mengendalikan majlis hari anugerah ko kurikulum. | |||
| | | | |||
6 | Aktiviti | : | Pada hari ini saya mengendalikan hari anugerah ko kurikulum. Ada guru yang lain seperti cikgu Roshaniza dan Rohana hadir ke majlis tersebut mengendalikan pelajar yang mendapat anugerah. Tugasan saya ia membuka majlis dan memanggil nama-nama penerima anugerah ko kurikulum. Saya juga bertugas membina ayat-ayat yang menyuntik semangat dan minat pelajar untuk turut aktif dalam kegiatan ko kurikulum untuk tahun 2012. Saya belajar untuk mengawal suara, perasaan supaya tidak berbunyi gemuruh, ayat-ayat dan harus baca nama dengan sebutan yang tepat. Pada hari tersebut juga saya bersama Cikgu Roshaniza dilantik menjadi MC. Hari ini pelajar yang cemerlang diberi anugerah, seperti Anugerah didalam sukan dan badan beruniform. Saya menyediakan teks ucapan aluan untuk majlis dan menjemput pentadbir sekolah seperti Pengetua Puan Koh Tuat Guek, Guru-guru Kanan dan para pengelola acara sukan. Saya mendapat pengalaman itulah pengalaman pertama saya menjadi MC dihadapan semua khalayak sekolah dan rasa gementar dan membuat sedikit kesalahan pada akhir majlis, kerana tidak menyediakan teks mujur ada guru-guru berpengalaman membantu. | |||
7 | Penilaian | : | Majlis berjalan dengan lancar | |||
BIL | PERKARA | | HADIR MESYARAT PANITIA BAHASA INGGERIS |
1 | Tarikh | : | 24/10/11 |
2 | Masa | : | 3.00 pm-4.30 pm |
3 | Bidang | : | Akademik |
4 | Aspek | : | Bahasa Inggeris |
5 | Objektif | : | Memulakan tugas untuk menyediakan bahan untuk tahun 2012. |
| | | |
6 | Aktiviti | : | Pada hari ini saya hadir kali pertama untuk mesyuarat Panitia Guru Bahasa Inggeris. Mesyuarat tersebut membincangkan pelan strategik untuk mencapai matlamat Jabatan iaitu meningkatkan pengasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Guru-guru yang dilantik diingatkan supaya hadir ke program LAWAD yang diadakan setiap Khamis. |
7 | Penilaian | : | Saya mendapat tugasan untuk tahun hadapan iaitu 2012, dan bersedia mengajar kelas-kelas menengah rendah dan Peralihan. |
____________________ _________________
(Tandatangan Guru) (Tandatangan Fasilitator)
BULAN KETUJUH NOVEMBER | ||
1. | Pengurusan kerja rumah | 2 November 2011 Objektif: 1 Mengetahui prosedur-prosedur pengurusan kerja rumah yang tepat 2 Memahami pengurusan kerja rumah Aktiviti: 1 Penerangan 2 Berkongsi maklumat dan pandangan Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat mengetahui pengurusan penghantaran kerja rumah pelajar untuk diperiksa dan disemak oleh GKMP. |
2. | Pelaksanaan sesi mentoring (Bil.3 dan 6) | 5 November 2011 Objektif: Membimbing guru dalam pengajaran literature Tingkatan 1,2, dan 4. Aktiviti: Guru bertanya kepada mentor tentang cara yang berkesan untuk megajar pelajar-palajar. Rumusan: Guru dapat mengetahui cara yang berkesan untuk mengajar pelajar. |
2. | Disiplin murid | Objektif: 1 Mengetahui maklumat berhubung hal disiplin dan pengendalian sesuatu masalah Aktiviti: 1 Penerangan dimulakan oleh En Aiman Abdul Halim selaku Guru Disiplin SMKDB 2 Penerangan umum berhubung dengan hal disiplin di mana sebagai guru baharu, perlu memahami secara mendalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang, akta dan prosedur yang amat penting dalam arus perguruan. 3 Tatacara Tindakan Disiplin bagi Kesalahan Ponteng Sekolah Rumusan: Melalu aktiviti ini, guru dapat pendedahan tentang pengendalian sesuatu perkara berhubung dengan masalah disiplin. |
3. | ||
| ||
1. | Refleksi, perbincangan dengan guru-guru permulaan | Objektif: 1 Memahami setiap aspek perbincangan 2 Mengetahui dan mengenalpasti masalah yang dihadapi · sepanjang pelaksanaan laporan Aktiviti: 1 Mengumpul maklumat 2 Melakukan perbincangan 3 Bersoal jawab dan berkongsi pandangan Rumusan: Melalui aktiviti ini, guru dapat membuat rumusan, memberi pandangan dan berkongsi masalah sesama guru untuk menyempurnakan laporan ini. |
BIL | PERKARA | | HADIR KE MAJLIS MAKAN AKHIR TAHUN 2011 |
1 | Tarikh | : | 2/11/11 |
2 | Masa | : | 2.30 PM-4.30 PM |
3 | Bidang | : | Sosial |
4 | Aspek | : | Majlis sosial |
5 | Objektif | : | Meraikan guru-guru yang telah bekerja keras sepanjang tahun 2011. |
| | | |
6 | Aktiviti | : | Kami meraikan guru yang menerima hadiah diatas komitmen yang diberikan sepanjang tahun 2011. Selepas itu, kami makan bersama-sama. |
7 | Penilaian | : | |
BIL | PERKARA | | KURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPENGADILAN BOLASEPAK ANJURAN MSSM v |
1 | Tarikh | : | 8-10/11/11 |
2 | Masa | : | 8 pagi-11 malam |
3 | Bidang | : | Ko kurikulum |
4 | Aspek | : | Sukan |
5 | Objektif | : | Layak menjadi pengadil untuk pertandingan bola sepak |
| | | |
6 | Aktiviti | : | Saya menjalani latihan dan kelas teori untuk mengetahui undang-undang bolasepak didalam padang. Latihan dijalankan secara praktikal, cara menjadi linesman dan pengadil tengah. Kami didedahkan kepada pelbagai praktikal iaitu cara mengadili pemain yang offside dan udang-undang yang tidak difahami oleh penonton yang menimbulkan pergaduhan. Latihan dijalankan di padang sekolah Victoria Institution Kuala Lumpur. Kami menjalani teori asas undang-undang dari 1 hingga 12 yang menjelaskan tentang aspek padang dan tanggungjawab berat seorang pengadil. |
7 | Penilaian | : | Setiap pengadil mampu kejar bola, dan beri isyarat flag yang tepat untuk setiap kesalahan atau pergerakan dalam padang. |
Pewujudan blogs untuk Bahasa Inggeris
Saya telah berusaha untuk menubuhkan sebuah blog khas untuk menyalurkan maklumat perkembangan saya semasa saya didalam bulan-bulan praktikum. Bukan mudah untuk membina sebuah blog tanpa apa-apa asas, tetapi saya berusaha untuk mempelajari cara membina sebuah blog khas untuk Bahasa Inggeris dan kepada guru-guru umumnya. Baru saya tahu bahawa untuk mengekalkan blog akademik didalam Bahasa Inggeris, saya harus menjadi seorang penulis artikel. Itu sahaja cara untuk memasukkan bahan-bahan yang asli dan segar, yang datang dari pengamatan dan bacaan saya. Saya menulis dan mencatat setiap hari untuk menghasilkan artikel bahasa Inggeris yang asli, selainnya yang saya garap dari bahan-bahan lain adalah sampingan sahaja. Didalam blog saya terdapat Rancangan-rancangan Pengajaran Harian untuk tingkatan 4 dan 5. Saya memasukkan jurnal praktikum saya, iaitu jurnal yang dihantar kepada guru pembimbing saya Puan Hajjah Zaorah bte Hj Ibrahim, selain dari mencetaknya sahaja, saya berkongsi dengan pembaca di Internet, semoga menjadi iktibar kepada guru-guru baharu. Ada juga artikel dan kajian untuk Matematik sekolah menengah. Saya tidak mahu menghadkan ilmu saya kepada Inggeris sahaja, malah tokoh bahasa Barat dan Malaysia mengambil tahu berkenaan perkembangan dunia ekonomi, politik dan subjek yang lain, yang tiada kaitan dengan pengkhususan mereka. Oleh itu saya kemaskinikan jurnal entri saya untuk tatapan diri sendiri dan juga untuk kawan-kawan seperjuangan. Didalam blog saya juga terdapat gambar foto aktiviti yang telah disertai seperti acara rasmi Pengakap. Blog saya juga menyediakan pautan untuk surat-surat dari Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, dan juga pautan kepada PPD, KPM dan SAPS, iaitu sistem pemarkahan wajib diisikan oleh semua guru. Ada juga topik surat-surat dari PPD Jasin, jika diklik, ia akan membawa pelayar ke helaian surat tersebut. Blog saya bernama m6hakimi.blogspot.com
No comments :
Post a Comment