Panduan untuk guru KPM yang baharu
Ni yang zaman saya lah, sekarang
nie graduan IPG dah siap-siap ada induksi tak payah lalu lagi ,Tapi yang
merangkak dari bawah kena buat semua nih la. Waktu saya dulu saya KPLI , bukan
IPG dulu. Untuk yang se KPLI dengan saya, ini yang kita kena buat. Saya daftar
dulu di SPP, saya dulu tak daftar pun, bila kawan daftar baru kita nak ikut. Kena
isi borang SPP online dahulu. Masa saya isi dahulu pun orang yang suruh, sebab
masa tu 2010 saya nak beralih angin, dari sekolah bukan bawah KPM ke sekolah
bawah KPM. Spas tu saya daftar, masa tu daftar di cybercafé. Budak2 budak
bising main on9 game, bengang betullah. Sata tunggu setahun jugaklah, 2010
daftar, 2011 saya dapat tawaran untuk ditemuduga jadi guru . masa tu dalam
bulan 3 2011. Saya ke sana Shah Alam, pusat temuduga di sebelah bahagian
pendidikan UiTM Shah Alam.
Kemudian pergi ke temuduga dan
tunggulah keputusannya, dalam 2 bulan.. saya hari-hari check portal SPP, tengok
keputusan dah keluar ke belum. Nasib baik dah ada online sekarang nie memang
banyak membantulah.
Bila dah keluar keputusan tu
online, anda kena terus tengok petempatan (posting di negeri mana)
Masa tu betapa berbunganya hati bila dpt tahu
saya lulus. Terus print, dan lihat petempatan (posting dimana) dan online
disebut negeri sahaja, kalau nak tahu nama sekolah, telefon Jabatan Pelajaran
Melaka, saya telefon dan dapat tahu nama sekolahnya..
Saya dapat tahu tu dalam bulan
Mei 2011. Tarikh daftar sekolah ialah 27.6.2011, saya dapat tahu tu terus ambil cuti 10 hari dari kolej . masa
saya cuti tu lah tiba-tiba saya dapat panggilan dari pejabat pelajaran Melaka dia
Tanya marah2 kenapa tak pergi orientasi guru baharu, saya cakap saya dah
terpilih, saya dah call pejabat pelajaran, officer tu kata boleh ambil surat di
sana, tapi tak cakap ada orientasi hari tu. Masa tu saya dalam cuti 10 hari dari
kolej, dan saya terus mandi, beli kasut dah terus ke sana.
Sampai sana saya kena marah, saya
kata saya dah tunggu hari ni dah lama, saya tak dapat surat. Tau tak surat tu
sampai satu minggu lewat, tengok sampul surat tu, alamatnya salah pun, tak ada
nombor rumah, diaorang kerja macam mana, copy paste pun tak betul. Tapi saya
belajar bahawa orang bawahan tak boleh dipersalahkan, yang salah ialah orang
yang ada degree jer.
Then, saya dengar penerangan
dalam majlis orientasi tu , ambil surat penempatan, dan terus masuk bilik pengetua
smk .. tu hari tu juga. Betapa berbunganya
hati , walaupun sebelum tu sakit hati juga.
Bila dah kerja kena pergi ke satu
taklimat cara buat folio dan action research . saya ke taklimat itu di Melaka,
pusat aktiviti di padang temu. Saya ke
sana bersama mentor syaa atau guru pembimbing sayalah.
Bila dah ke sana, mulalah buat
folio , apa yang kita pelajari di skeolah, sampai hari ini i am keeping a teaching journal. Life is so
fast there, and we need to learn fast as well, adapat fast, that there will be
no room for mistakes, otherwise we have to ask people.
Some teachers had the guts of not
doing it , i submitted by folio to the PPD jasin, and when iwent to the KISSM course,
there was one who did not do it, because dia Tanya kawan2 dia yang dulu, tak
payah buat pun tak apa ,sekolah tak kisah pown, beraninya dia hai.
Then bila dah siap, hantar ke
ppd, aku hantar bulan 11 lah, kira dua minggu sebelum sekolah tutup dan cuti
sakan aku. Mmg mintak sign pengetua dan guru pembimbing aku. Siap ada cover
letter lagi. Dengan pentadbir ni kita kena baik –baik, dari kerani hinggalah ke
atas. Jangan ingat kita ni guru boleh buat sesuka hati, tengok siapa yang kerja
lam,a di sekolah, kearni kalau dah di skeolah lama, nanti dia buat tak endah
permintaan kita, nanti kita juga yang kena bamboo lagi, tanggungjawab guru yang
ada ijazah tu, lebih lagi dari kerani, kalau dia buat salahpun ,kerja kita tak
siap, tak nboleh salahkan dia, kita kena bijak minta tolong mereka.
Kalau tukang kebunpun kena baik,
kalau kita kena buat line padang dia tak tolong nanti, masa hari sukan, bukan
dia yang pressure, kita juga kan. Hari sukan ni hari yang besar, kalau tak ada
line camana .
Anyway, masuk tahun 2012 je aku
dah dapat kelas 1.1.12 dah ada perhimpunan pertama, selalunya hari pertama
iaitu hari isnin kita akan teraba-raba lagi apa nak dibuat, apa kelas kita nak
ajar, kita guru kelas apa, masa tulah kita akan rasa tersepit, tapi benda tu
tak akan terjadi sekiranya kita sedia dengan lebih awal pada tahun ini, ada 5
bulan lagi untuk kita bersedia, tambahkan ilmu , question bank kita mesti cukup
akaunnya, supaya kalau kita kena buat soalan , maknanya kita dah ada simpanan,
bila-bila masa boleh dikeluarkan.
Adala beberapa perkara yang aku
buat silap tahun ini, dan last minute baru aku tahu,kalau sekolah buat
perjumpaan itu, adalah yan g kena hantar selepas habis perjumpaan itu. Aku sentiasa beringat untuk buat kerja dengan
konsisten supaya semua benda dah ada sebelum diminta.
Ni laporan program kena sediakan
juga, nanti dia minta masa kita dah sempit, masa tulah aku mmg tak suka buat
kerja masa dah sempit.
Buat kerja runcit-runcit dahulu
lebih baik dari buat kerja sekali buat terus siap, sebab apa ? sebab kita boleh
betulkan kerja tu sambil ada masa nak bernafas.
Aku target buat action research
setahun ada dua kali, tapi memang kalau kita terlupa nak buat benda tu alamat
kita tak akan teruskan. Bukan sebab kita sibuk, tapi sebab kita tak ingat. Bagaimana
nak bagi ingat ? kita kena ada buku log
yang kita kena tuliskan sesuatu untuk hari-hari. Bukan nak ingat semasa kita
berbincang sahaja.
Refleksi ini mmg orang malas nak buat
sebab tak ada masa nak berfikir, tetapi sebenarnya ia kena dibuat. Laporan aktiviti
kita kita kena buat, sayang tak ada rekod apa yang kita buat, nanti tak ada
bukti apa yang dibuat , meloponglah kita.
Kemudian bila dah masuk tahun
2012 ni, aku dah dapat kerja baharu, dan aku laksanakan dengan sebagusnya dan
ada pelaporannya dik ya nanti kalau orang tanya, takkan kita boleh ingat semua,
kan. Pada tahun ini juga aku dapat surat tawaran masuk ke skim DG 41, ada ke
tawar-tawarkan pulak, mestilah aku nak punya.
Aku terus reply aku terima skim
itu.
Kemudian dapat surat taklimat ke
indaksi di smk padang temu.dalam taklikmat ni kita diberikam cd dan satu tajuk
untuk diselesaikan, dibuat tesis, kertas untuk menjelaskan tajuk tersebut.
Aku dpat sahaja cd tu malam aku
terus buka, dan cari sikit-sikit bahan untuk tajuk aku, berkenaan tempoh masa
untuk notis berhenti kerja untuk pegawai kerajaan.
Memang lama aku buat assignment
tu, ditambah pula dengan kena buat assignment untuk OUm pulak, mmg busy tapi
kena buat juga, pandai bahagikan masa,
Yang penting kena sentiasa
tambahkan nota walaupun satu ayat dalam draf kita. Alih alih datang satu surat lagi. Surat tu
ialah surat untuk ke indaksi di hotel pelangi muar johor, surat tu sampai
28.6.2012, hari rabu, masa kita sedang buat sukan padang. Nasib aku ada di bawah pelajabt sahaja, abang
pejabat senang beri aku surat tu, dan bila aku terus baca, katanya kena reply
sebelum 28.6.2012, dan aku baru dapat surat tu. Kalau tak reply dikira tak
berminat. Eh apa pulak tak minat nihh ..
Aku terus faxkan surat tu, masa
tu dah kol 4 lebih . telepon pegawai tu dia kata sign dahulu dan fax cepat.
Surat tu cakap dengan jelas apa
nak dibawa, apa nak dibuat masa indaksi, dan yang penting ialah bawak tugasan
yang telah diarahkan dahulu. Aku terus siapkan assignment tu, , hari jumaat aku
minta sign pengetua, mmg nasiblah kalau
pengetua tak ada mmg susahlah hidup sikit.
Hari ke sana kami diarahkan naik
atas bas jam 10.15 pagi, bas nak jalan jam 10.30 pagi mmg siap dah tulis dalam
surat tu. Tapi apa nasib lah budak2 baru grad nih (tak termasuk aku ) aku naik
jam 10.10 pagi dah ada dalam bas, baju lengkap siap ada name tag lagih. Mmg syarat
dia, dan Tanya orang yang pernah pergi.
Mmg dia kata kita dah dinilai
sejak ke taklimat indaksi tu lagi di smk padang temu, uih awalnya..
Tak kisahlah, yang penting kita
kena nilai diri sendiri dahulu setiap masa, baru orang nilai kita cantik. Mmg indaksi ni sedarkan aku la kenapa kita ada
disini, kita yang isi borang mintak kerja, kan, dan kita dapat apa yang kita
minta kan dapat kerja, so peliklah kalau kita komplin pasal kerja. Aku syukur
sebab aku ada guna di sekolah. Aku rasa tak berguna kalau aku tak buat kerja.
Dah diberitahu suruh buat
assignment awal-awalpun ada 4 orang yang tak siap assignment. Kurang ajau
betul, pulak tu cakap tak tahu bila indaksi , pastu tak buatlah. Pengetua tak
ada kat sekolah lah apa bende lah. Mmg jawapan yang macam tak appreciate dia
dah terpilih ke indaksi.,mintak maaf pun tak dengar dia cakap guru baru tu. Melaka ni cepat skit indaksi, kalau johor, kl,
Selangor ada yang intake 2010 pun belum indaksi lagi.
Nasihat aku masa indaksi tu jadi
lah orang yang lurus bendul, kalau dilarang merokok tu , janganlah merokok (ni
aku buka perokok pun ya). Kalau dia cakap ada pukul 2.15 tu ko pergilah turun
jam 2.15 jangan jam 2.30 baru nak duduk dia mmg pantang. Kalau dia suruh pakai
tai dan name tag tu pakai lah walaupun dah jam 11 malam. Kalau tak nak pakai tu
kalau dah dia tegur janganlah cakap .. eh orang lain tak pakai tak ambil nama
pun .. kenapa saya sorang saja yang kena ?jawapan ala tahap budak sekolah tu
tak payahlah nak keluarkan kalau Tanya saya pun saya ada jawapan yang kurang
ajar juga.. cikgu, kan dah tahu peraturan, kalau saya tegur tu, kira nasib tak
baiklah.. kalau nak elak dari kena nasib malang, janganlah buat.. mereka tu
nasibnya baik, bukan macam cikgu ya..kalau dia kata tak adil mcm nie.. yang ko
buat tu langgar peraturan tu adil ke, apa maksud adil ? orang yang zalim dibalas
zalim adil tu tak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Itu aja.
Hari pertama dia akan Tanya siapa
nak cadangkan nama jadi penghulu. Mmg pantang kalau sumer orang diam aja, kalau
dia cadangkan nama orang, itu kira dah bad luck dah, sebab dia dah cap peserta
ni tau datang saja, tapi tak nak buat apa-apa. Kalau dia tanya saja, terus
cadang nama sapa-sapalah yang ko kenal lebih baiklah. Nanti itu bagi impresi
yang baik untuk dia.
Ada guru sekolah asrama tu mintak
yang bukan-bukan. Dia kata nak ke karoke malam tu pasal pusat karoke mmg banyak
kat muar.. pastu urusetia cakap apa kalau nak karoke jangan datang kursus. Memang
menyingalah dia, guru tu mintak yang bukan-bukan. Nak keluar pun atas urusan
yang penting sahaja, karoke tu penting ke ?mmg la malam tak ada apa apa tapi ko
tak tau ke kita kena study untuk exam indaksi pada hari khamis ? pada aku
soalan tu yang buat potong markah guru tu. Tu pun dah tunjukkan sikap sambil
lewa terhadap hati dan perasaan urusetua yang tungkus lumus sediakan kursusu
ntuk ko.
Aku ingat lagi masa taklimat
indaksi tu kita datang terus duduk dan tunggu penceramah datang. Bila dah pergi
indaksi tu , baru aku tahu kita kena ringan tulang, membantu supaya kerja orang
jadi mudah. Satu perkara yang aku lihat urusetia ni mmg ringan tulang, nak
bukak pintu dewanpun dia buat sendiri. So aku tengok apa salah aku tolong (
tapi kena ikhlas la kan ) sebab benda ni orang tak suruh. Macam budak yang
selalu tolong kita angkat buku, sekali dua kita tak ingat bila dah selalu mesti
kita ingat, kan ) walaupun budak tu sebenarnya cari peluang keluar ke tandas,
tp tak kisahla kan)
Spas indaksi ni kita pakai tunggu
3 bulan lagi tengok sama ada kita lulus atau tidak, kalau lulus cepatlah isi
borang untuk skim pencen ya cikgu. Tak payah potong kwsp lagi, duit kwsp boleh
keluar la elok pergi haji, tutup sebelah mata je, duit ni bukan boileh disimpan
simpan lama, kalau dah cukup mampu, tutup sebelah mata je keluar duit ke mekah.
Tulah serba sedikit rentetan
hidup saya yang berkaitan dengan jawatan DG 41 saya, huhu..
No comments :
Post a Comment