Tarikh: 5/8/12
Hari ni aku ambik anak aku di tadika ..
Biasanya kalau ada
birthday makanya dapatlah goodie bag parents si anak tu bagi.dalam dia adalah jajan dan segala macam.
Bila dah masuk kereta aku pun beleklah beg plastic goodie
tu, macam menarik perhatian aku aje lihat design siap ada kartun-kartun sekali.
Biasanya tak ada lah goodie bag sefancy yang aku baru tengok
nih.
Tetiba aku terlihat satu perkataan mencarut yang dicetak di
atas beg plastic tu.
Dan goodie bag ni diedarkan kepada semua kanak-kanak di
tadika tu.
Cuba korang tengok sikit yer diatas tuh;
Ehh terkejut pulak aku. Aku terus keluar kereta dan jumpa
cikgu taska tu,
Aku tunjuklah apa yang aku jumpa tu.
Memang alasannya ialah, ibubapa anak tu yang beri kat kita.
Kita berilah kepada anak murid.
Anak murid yang 4-5 tahun ni terima jelah kan.
alasan tak sengaja bagi tu yang buat jadi malapetaka tu. bukan apa kalau orang nak dakwa kita kira ruang terbuka luaslah sangat, kan.
sebenarnya perkara tak sengaja tu, kalau ikut kementerian pelajaran malaysia kira kecuaian taw.
contohnya tak sengaja tampar pelajar sehingga senget pipi, kira dera, guru lelaki tak sengaja langgar pelajar perempuan, boleh charge cabul taw.
waimapun kalau dah petang, guru lelaki sorang dalam bilik guru yang sebesar dewan pun, baik keluar sahaja, elakkan kita seorang, kalau pelajar perempuan nak anaya kita, kata kita cabul dia pun boleh jadi hal tau, nanti orang akan tanya kita, ada tak sesiapa bersama anda dalam bilik guru petang tersebut ?
kalau jawapannya tiada < kan ke panjang cerita tuh..
banyak dah kawan-kawan guru aku kecundang disebabkan oleh perangkap begini, so aku tak nak kawan-kawan aku yang lain turut termasuk perangkap 'tak sengaja' nih ye , susah nak buktikan..
Aku pun nasib nasiblah tergerak hati nak belek pastik tuh.
Tak kisahlah kalau anak-anak 4-5 tahun tu tak pandai baca,
tu lain cerita yang pokoknya, perkataan mencarut tu dah menular masuk.
Yelah tapi kita sebagai penapis kepada anak-anak kenalah
jadi tanggungjawab kita menjadi penapis kepada apa yang anak-anak kita terima,
kan.
Aku rasa perkara ni tak akan terjadi kalau kita semua lihat
dulu apa yang nak diberikan kepada anak-anak kita, sampai perkara perkataan
mencarut ni boleh masuk kedalam tadika pulak dan diedarkan pula kepada
anak-anak . Hiiii..
Mmg beg plastic nampak innocent jer sampai mereka ambil
kesempatan pulak tu. Ada gambar couple budak lelaki dan perempuan pakai skirt .
Lagi satu game Angry B**d tu pun aku tengok jigsaw puzzle
dia pun ada juga perkataan F**k nie. Apa nak jadi nie.
So, pesan aku kepada pembaca sekelian, berhati-hatilah kalau
nak beli barang yang ada design pelik-pelik nih, macam design baju ke,
perkataan BI yang taf faham tapi Nampak canggih tu tanyala dulu pada yang tahu,
mcm aku ni ke hehhe..
Jangan anggap semua yang diberikan kepada budak-budak tu
baik belaka, time kecil nilah mereka nak racun pemikiran anak-anak kita yee...
jangan ingat murid-murid tak faham certain perkataan bahasa inggeris tu kira tak apa aja.
Aku yang mengajar BI ni pada kelas yang tak faham BI langsung ni pun tak berani nak curse diaorang walaupun mereka tak akan faham apa yang aku curse kan.
Nasib baiklah aku ni sayangkan taska tu aku jez bagitau je supaya berhati-hati, kena orang yang nak jatuhkan taska ni, kalau dia buat isu camana ? report kat paper cakap macam-macam yang tak elok, kan,
tak ke panjang cerita, kan..
No comments :
Post a Comment