Apa kenderaan impian anda ?
Selalunya kita ada kenderaan
impian, yalah yang paling mahallah yang ada kat dalam tv tuh. Tapi cuba kita
tengok apa kenderaan tempatan yang ada di Malaysia, tapi tidak dijadikan
kenderaan impian. Kalau buka tv tu yang dipaparkan yang baru dan canggih aja
kan. Cuba tengok konteks di Malaysia baru kita boleh ukur baju di badan
sendiri.
Dahulu ada seorang wakil direct
selling MLM tanya aku, apa kenderaan impian anda, ia beza dengan kenderaan yang
kita pakai sekarang nie, proton ke ni pakai sebab tak ada duit , baru kita beli yang kita mampu.
Tapi kenderaan impian abang apa ?
Kenderaan impian aku ialah Perodua Kancil ! Ya betul, walau aku pakai Avanza
tapi di sudut hati aku minat Kancil yang jimat, spare part murah, ajar kita
bersabar dll. Ingat tak masa belajar bawa kereta, Sekolah memandu pakai Kancil,
isy senangnya masuk parking !
Tapi tu dulu, bila dah pindah Melaka
nie, aku ada kenderaan impian yang lain. Kalau aku cakap pada orang MLM mesti
dia tak boleh cari makan punya. Aku dulu buat MLM semua trick cara cakap nak
jerat orang aku dah tahu. Memang pandai cakap aku nie, tapi dah taubat jadi
cikgu, I am a teacher now, not a cheater huhu.
Anyway, kenderaan impian aku
bukannya BMW (walau abang aku pakai BMW kelabu baharu, aku tak iri hati punya)atau
Mercey atau Porsherilla, atau Audi. Itu kenderaan yang di iklankan. Inilah
kenderaan impian aku : beca.
Ada berani, ada mampu nak beli
dan guna kudrat sendiri bang oii. Aku ada satu basikal ‘tua’ mmg ak nafikan
maintenance dia lebey renyah dari sebuah Motor EX5, peliks juga. Mungkin
basikal aku basikal tempatan, so kualiti dia lawya punya la. Orang tua kat
Jasin kayuh basikal steady aje, nampak koman kan, tapi tengok lutut kalau
berlaga dengan lutut orang muda, retak lutut orang muda taw ! Lutut kami lebih
kualiti ! Khusus untuk orang sudah berkahwin , amat bererti !
Tapi minat aku dah ke beca ni la,
upgrade sikit dari basikal. Cuma di Jasin ni naik basikal pun kena sabar sebab
dia beralun jalannya. Kalau di Tangkak atau Melaka, jalan dah rata. Di Melaka
ni beca dia kena pakai lessen, takkan aku beli sendiri pun nak kena lessen kott,
bukan nak niaga larr.Dahulu basikal di Melaka dan Johor ada lesen, seringgit
setahun, tapi dah dimansuhkan. Sikit lagi, jalan pun kena ada lesen kasut baru
naya. Duduk je tak payah bayar cukai. Heee.
Tengok dalam Internet satu beca
harga RM 900. Emmm. Beli beca dapat basikal satu okey apa, kalau tak nak pakai
becal letak la kat rumah, naik basikal aja. Aku rasa kayuh beca lebih senang
dari basikal, sebab tak payah belen2 kan, slow pun dia tak jatuh. Tapi kalau
aku beli nak simpan kat mana, dalam rumah boleh , buat perabot. Kemudian bawak
kat Melaka, dengan anak-anak larat lagila nak kayuh. Otai-otai beca sure tengok
pelik sebab aku bukan geng diaorang kann.kira BMW la kan, Beca Melaka Wow !
Anyway itulah kenderaan impian
aku. Anda bagaimana ?
No comments :
Post a Comment