Strategi mengajar kelas Peralihan.
Pertama kali aku mengajar kelas peralihan ialah semasa tahun
2011, waktu itu aku baru tahu ada kelas bukan aliran perdana seperti kelas
peralihan dan pendidikan khas. Dulu aku ajar sekolah sains mana aku tahu semua
nih. Masa itu aku menggantikan orang, lagilah students tak nak ikut cakap aku.
Tahun lepas 2012 aku ajar juga kelas remove nih. Pengalaman manis
aku ialah seorang pelajar paling nakal dan tak ikut cakap aku perbaiki
attitudenya dan dapat 90 % ver dalam exam pertengahan tahun. In fact, dia daoat
highest.
Masa ku ajar kelas tu, paling pening , sampai pengetua masuk
kelas aku dua kali nak urusksn sendiri pelajar, dia samakan ss remove aku macam
binatang kat zoo, pekh, menusuk hati betul. Bising dan padat.
Tahap kelas remove aku ni macam melukut di tepi gantang.
Memang memula aku tak perasan, tapi bila aku lihat layanan
orang terhadap kelas peralihan ni, baru aku boleh nampak, mereka diketepikan.
1. Hak
mereka untuk ke perpustakaan dinafikan- tidak digalakkan bawa pelajar ke
library.
2. Mereka
tidak dipilih untuk mana-mana pertandingan atau persembahan sekolah.
3. Dalam
jadual waktu exam pun jadual kelas remove sering ‘ ehh terlupa lahh’’
4. Ucapan
perhimpunan pun tak address tak ada, sering saja...” dari tingkatan 1 hingga
tingkatan 6”..
5. Mereka
sering dicap ponteng sekolah jam 1.20 pm tak tau ke mereka mmg balik jam 1.20
pm ?
6. Program
NILAM tak masukkan mereka, sakit hati betul, aku dah penat-penat buat NILAM,
dikatakan, pelajar remove tak termasuk dalam program NILAMlah. MMg tak ada peluang
nak jadi rakan pembaca langsung.
Memang nakal tu tahap berani matilah, ss aku bergaduh mmg
biasa, mmg muka bilik disiplinlah.
So, aku tekad ajar dan bawa pelajar ini kepada hak, aku
pejuang hak pelajar peralihan , I’m a nature loverrr.
Nak ajar memang susah.
Pertama kali aku sampai dalam kelas tu ialah tutup semua
pintu, (dulu kelas aku ada 4 pintu)
Then aku lihat 1 daun pintu dah tercabut, depa terajang, aku
halang pakai desk.
Mereka akan faham perasaan kita, tapi tak faham apa yang kita cakapkan.
Kalau kita jerit,
Sit down or I will cane you right away
Mereka faham sit down aja.
Mereka akan diam
Kalau kita jerit, “
Sit down, I’m going to the canteen after this ! “
Mereka akan diam juga.
Tahun lepas aku tak akan gariskan apa yang aku tulis, aku
akan bulatkan saja.
Kalau kita garis, mereka akan garis juga.
Tapi tak ada pembaris, then mereka akan rentap pembaris
siapa-siapa saja.
Then bergaduhlah.
Jangan beri ejaan yang susah-susah, nanti mereka akan salah,
dan akan guna liquid paper,
Mereka akan rentap juga.
Aku akan tulis sama macam apa yang aku nak mereka tulis
dalam buku mereka.
Jangan beri mereka dekat dengan meja guru, nanti mereka akan
ambil barang kita (curi).
Then, kita tercari-cari barang, like a fool.
Kalau pintu terbuka aja, masa kita tulis kat white board tu,
mereka akan lari keluar, so irritating.
No comments :
Post a Comment