Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Thursday, May 2, 2013

Panduan untuk Menghadiri Kursus Induksi KISSM 2013




Panduan untuk  Menghadiri Kursus Induksi KISSM 2013.

Salam
Masa aku hadiri kursus induksi dulu, aku jadi Penghulu dan ada Penghuluwati sekalilah.
AKu nak nasihatkan peserta kursus supaya berpakaian lengkap macam nak ke pejabat walaupun untuk menaiki bas sekalipun dari pusat menaiki bas.
Ini sebab urusetia nak catat nama korang, jadi dia nak senang kerja, dia nak tengok name tag, supaya boleh tally dengan senarai nama yang dia ada.
Puasalah rokok untuk 3 hari ini, kia anda merokok. Kalau anda ditanya siapa yang merokok, angkat jelah tangan. Kalau dia cari sendiri , nahaslah sebab dia tak suka orang tipu.
Aku suggest puasalah rokok ,sebab bau tu akan bagi impresi buruk pada rakan se kumpulan, dan awak pun tak selesa nak berbincang dengan guru perempuan yang lain, masa nak tengok laptop sama-sama, bincang semeja dalam air cond, kan  awak juga yang nak lari-lari.
Jangan tanya soalan yang burukkan nama anda dan sekolah.
Ada pulak peserta yang minta karoke kat bawah hotel. Dia tak tahu ke ini kursus.

Sebelum kursus
Kalau anda sudah diberikan tugasan iaitu siapkan folio dan buat tuagsan, mulakan buat dan habiskan seberapa segera yang mungkin, sebab kita tak tahu bila masa kita sebabg. Aku dapat CD jer, hari tu aku terus cari bahan.
Dia akan beri kita dua tugasan , satu ialah tugasan buat folio tentang sekolah, buat action research dan hantar dalam masa tiga bulan  ke PPD  Daerah.
Biasanya akan terjadi seperti ini, ada yang hantar ke perpustakaan sekolahlah, hantar kepada pengetualah, kepada orang-orang yang tak berkenaan. Dia kena hantar kepada PPD, tak payah ke jabatan, siap ada cover letter sekali.
Ada juga yang tak buat langsung, sebab tanya senior-senior yang mangkuk atau kawan-kawan yang tak buat dan ikut contoh yang tak betul.
Kalau awak berani tak buat, nanti masa dia minta nanti taulah langit tinggi rendah. Sementara belum konfem ni, buatlah betul-betul, kalau sangkut nanti, taulah itu salah diri sendiri.
Ada 3 orang peserta kursus yang tak siapkan tugasan, masa daftar tu memang kena hantar tugasan. Yang mangkuk 3 orang ni cakap tak siap pasal kerja banyak, dan tak tahu bila kena pergi kursus KISSM. Pengelola akan cakap, kan dah diberi awal-awal, kenapa tak buat ? masa tulah kau akan dapat reputasi buruk yang pertama sekali.
Yang penting, kau punya periuk nasi, kau jagalah, kalau orang nak lambat, biarkan dia, penilaian ni individu ya.campur  dengan orang yang betul. Tak semestinya banyak itu betul, jadi bergaullah dengan orang yang banyak dan betul. Kalau sikit pun kalau kita salah, tak ada orang nak tegur menegur, kan.
Saya masa kursus, I kept myself clean at all times, nak kata skima pun biarkan, penilaian kan ikut skima. Dia dah cakap awal-awal, datang kursus, tepati masa dan ambil exam, apa nak susah ikut kepala sendiri, nak karokelah, nak keluarkan, nak balik rumahlah dll. Doalah supaya kita dapat ikut arahan dari urusetia.
Bila dah abis kursus, dapat result jangan besar kepala ya. Jauh lagi perjalanan. Ultimatum dia bila kita dapat surah sah perkhidmatan. Itulah surat yang terakhir yang buat kita konfem jawatan. Dan layak pakai DG 41.
Tapi kalau kita lihat dalam slip gaji, surat-surat kita, kita dipanggil DG 41, bukan DC 41, kan. Jangan tertipu, kita sebenarnya bukan DG lagi ya, sebab hak kita berbeza dengan hak guru yang dah konfem. Contohnya kalau kita bawa pelajar keluar trip, then pelajar cedera, kemudian sekolah akan tanya kita ni dah sah jawatan ke masih dalam sementara. Kalau kita jawab dah sah, tunjukkan surat sah jawatan. Kalau kita tak ada maknanya belum lagilah. Masa tu ada masalah, school tak boleh nak backup. Hahaa.
Selagi  surat tu belum dalam genggaman kita, kita masih tak selamat dan secure lagi. Ingat sikit.
Selamat dapat DG 41 ya.

No comments :

Post a Comment