Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, July 21, 2012

Panduan untuk guru KPM yang baharu


 Panduan untuk guru KPM yang baharu

Ni yang zaman saya lah, sekarang nie graduan IPG dah siap-siap ada induksi tak payah lalu lagi ,Tapi yang merangkak dari bawah kena buat semua nih la. Waktu saya dulu saya KPLI , bukan IPG dulu. Untuk yang se KPLI dengan saya, ini yang kita kena buat. Saya daftar dulu di SPP, saya dulu tak daftar pun, bila kawan daftar baru kita nak ikut. Kena isi borang SPP online dahulu. Masa saya isi dahulu pun orang yang suruh, sebab masa tu 2010 saya nak beralih angin, dari sekolah bukan bawah KPM ke sekolah bawah KPM. Spas tu saya daftar, masa tu daftar di cybercafé. Budak2 budak bising main on9 game, bengang betullah. Sata tunggu setahun jugaklah, 2010 daftar, 2011 saya dapat tawaran untuk ditemuduga jadi guru . masa tu dalam bulan 3 2011. Saya ke sana Shah Alam, pusat temuduga di sebelah bahagian pendidikan UiTM Shah Alam.

Kemudian pergi ke temuduga dan tunggulah keputusannya, dalam 2 bulan.. saya hari-hari check portal SPP, tengok keputusan dah keluar ke belum. Nasib baik dah ada online sekarang nie memang banyak membantulah.

Bila dah keluar keputusan tu online, anda kena terus tengok petempatan (posting di negeri mana)
 Masa tu betapa berbunganya hati bila dpt tahu saya lulus. Terus print, dan lihat petempatan (posting dimana) dan online disebut negeri sahaja, kalau nak tahu nama sekolah, telefon Jabatan Pelajaran Melaka, saya telefon dan dapat tahu nama sekolahnya..
Saya dapat tahu tu dalam bulan Mei 2011. Tarikh daftar sekolah ialah 27.6.2011, saya dapat tahu tu  terus ambil cuti 10 hari dari kolej . masa saya cuti tu lah tiba-tiba saya dapat panggilan dari pejabat pelajaran Melaka dia Tanya marah2 kenapa tak pergi orientasi guru baharu, saya cakap saya dah terpilih, saya dah call pejabat pelajaran, officer tu kata boleh ambil surat di sana, tapi tak cakap ada orientasi hari tu. Masa tu saya dalam cuti 10 hari dari kolej, dan saya terus mandi, beli kasut dah terus ke sana.
Sampai sana saya kena marah, saya kata saya dah tunggu hari ni dah lama, saya tak dapat surat. Tau tak surat tu sampai satu minggu lewat, tengok sampul surat tu, alamatnya salah pun, tak ada nombor rumah, diaorang kerja macam mana, copy paste pun tak betul. Tapi saya belajar bahawa orang bawahan tak boleh dipersalahkan, yang salah ialah orang yang ada degree jer.
Then, saya dengar penerangan dalam majlis orientasi tu , ambil surat penempatan, dan terus masuk bilik pengetua smk .. tu hari  tu juga. Betapa berbunganya hati , walaupun sebelum tu sakit hati juga.

Bila dah kerja kena pergi ke satu taklimat cara buat folio dan action research . saya ke taklimat itu di Melaka, pusat aktiviti  di padang temu. Saya ke sana bersama mentor syaa atau guru pembimbing sayalah.

Bila dah ke sana, mulalah buat folio , apa yang kita pelajari di skeolah, sampai hari ini  i am keeping a teaching journal. Life is so fast there, and we need to learn fast as well, adapat fast, that there will be no room for mistakes, otherwise we have to ask people.
Some teachers had the guts of not doing it , i submitted by folio to the PPD jasin, and when iwent to the KISSM course, there was one who did not do it, because dia Tanya kawan2 dia yang dulu, tak payah buat pun tak apa ,sekolah tak kisah pown, beraninya dia hai.

Then bila dah siap, hantar ke ppd, aku hantar bulan 11 lah, kira dua minggu sebelum sekolah tutup dan cuti sakan aku. Mmg mintak sign pengetua dan guru pembimbing aku. Siap ada cover letter lagi. Dengan pentadbir ni kita kena baik –baik, dari kerani hinggalah ke atas. Jangan ingat kita ni guru boleh buat sesuka hati, tengok siapa yang kerja lam,a di sekolah, kearni kalau dah di skeolah lama, nanti dia buat tak endah permintaan kita, nanti kita juga yang kena bamboo lagi, tanggungjawab guru yang ada ijazah tu, lebih lagi dari kerani, kalau dia buat salahpun ,kerja kita tak siap, tak nboleh salahkan dia, kita kena bijak minta tolong mereka.

Kalau tukang kebunpun kena baik, kalau kita kena buat line padang dia tak tolong nanti, masa hari sukan, bukan dia yang pressure, kita juga kan. Hari sukan ni hari yang besar, kalau tak ada line camana .

Anyway, masuk tahun 2012 je aku dah dapat kelas 1.1.12 dah ada perhimpunan pertama, selalunya hari pertama iaitu hari isnin kita akan teraba-raba lagi apa nak dibuat, apa kelas kita nak ajar, kita guru kelas apa, masa tulah kita akan rasa tersepit, tapi benda tu tak akan terjadi sekiranya kita sedia dengan lebih awal pada tahun ini, ada 5 bulan lagi untuk kita bersedia, tambahkan ilmu , question bank kita mesti cukup akaunnya, supaya kalau kita kena buat soalan , maknanya kita dah ada simpanan, bila-bila masa boleh dikeluarkan.

Adala beberapa perkara yang aku buat silap tahun ini, dan last minute baru aku tahu,kalau sekolah buat perjumpaan itu, adalah yan g kena hantar selepas habis perjumpaan itu.  Aku sentiasa beringat untuk buat kerja dengan konsisten supaya semua benda dah ada sebelum diminta.
Ni laporan program kena sediakan juga, nanti dia minta masa kita dah sempit, masa tulah aku mmg tak suka buat kerja masa dah sempit.

Buat kerja runcit-runcit dahulu lebih baik dari buat kerja sekali buat terus siap, sebab apa ? sebab kita boleh betulkan kerja tu sambil ada masa nak bernafas.

Aku target buat action research setahun ada dua kali, tapi memang kalau kita terlupa nak buat benda tu alamat kita tak akan teruskan. Bukan sebab kita sibuk, tapi sebab kita tak ingat. Bagaimana nak bagi ingat ? kita kena ada  buku log yang kita kena tuliskan sesuatu untuk hari-hari. Bukan nak ingat semasa kita berbincang sahaja.

Refleksi ini mmg orang malas nak buat sebab tak ada masa nak berfikir, tetapi sebenarnya ia kena dibuat. Laporan aktiviti kita kita kena buat, sayang tak ada rekod apa yang kita buat, nanti tak ada bukti apa yang dibuat , meloponglah kita.
Kemudian bila dah masuk tahun 2012 ni, aku dah dapat kerja baharu, dan aku laksanakan dengan sebagusnya dan ada pelaporannya dik ya nanti kalau orang tanya, takkan kita boleh ingat semua, kan. Pada tahun ini juga aku dapat surat tawaran masuk ke skim DG 41, ada ke tawar-tawarkan pulak, mestilah aku nak punya.
Aku terus reply aku terima skim itu.

Kemudian dapat surat taklimat ke indaksi di smk padang temu.dalam taklikmat ni kita diberikam cd dan satu tajuk untuk diselesaikan, dibuat tesis, kertas untuk menjelaskan tajuk tersebut.

Aku dpat sahaja cd tu malam aku terus buka, dan cari sikit-sikit bahan untuk tajuk aku, berkenaan tempoh masa untuk notis berhenti kerja untuk pegawai kerajaan.

Memang lama aku buat assignment tu, ditambah pula dengan kena buat assignment untuk OUm pulak, mmg busy tapi kena buat juga, pandai bahagikan masa,

Yang penting kena sentiasa tambahkan nota walaupun satu ayat dalam draf kita.  Alih alih datang satu surat lagi. Surat tu ialah surat untuk ke indaksi di hotel pelangi muar johor, surat tu sampai 28.6.2012, hari rabu, masa kita sedang buat sukan padang.  Nasib aku ada di bawah pelajabt sahaja, abang pejabat senang beri aku surat tu, dan bila aku terus baca, katanya kena reply sebelum 28.6.2012, dan aku baru dapat surat tu. Kalau tak reply dikira tak berminat. Eh apa pulak tak minat nihh ..

Aku terus faxkan surat tu, masa tu dah kol 4 lebih . telepon pegawai tu dia kata sign dahulu dan fax cepat.

Surat tu cakap dengan jelas apa nak dibawa, apa nak dibuat masa indaksi, dan yang penting ialah bawak tugasan yang telah diarahkan dahulu. Aku terus siapkan assignment tu, , hari jumaat aku minta sign pengetua, mmg nasiblah  kalau pengetua tak ada mmg susahlah hidup sikit.

Hari ke sana kami diarahkan naik atas bas jam 10.15 pagi, bas nak jalan jam 10.30 pagi mmg siap dah tulis dalam surat tu. Tapi apa nasib lah budak2 baru grad nih (tak termasuk aku ) aku naik jam 10.10 pagi dah ada dalam bas, baju lengkap siap ada name tag lagih. Mmg syarat dia, dan Tanya orang yang pernah pergi.
Mmg dia kata kita dah dinilai sejak ke taklimat indaksi tu lagi di smk padang temu, uih awalnya..
Tak kisahlah, yang penting kita kena nilai diri sendiri dahulu setiap masa, baru orang nilai kita cantik.  Mmg indaksi ni sedarkan aku la kenapa kita ada disini, kita yang isi borang mintak kerja, kan, dan kita dapat apa yang kita minta kan dapat kerja, so peliklah kalau kita komplin pasal kerja. Aku syukur sebab aku ada guna di sekolah. Aku rasa tak berguna kalau aku tak buat kerja.

Dah diberitahu suruh buat assignment awal-awalpun ada 4 orang yang tak siap assignment. Kurang ajau betul, pulak tu cakap tak tahu bila indaksi , pastu tak buatlah. Pengetua tak ada kat sekolah lah apa bende lah. Mmg jawapan yang macam tak appreciate dia dah terpilih ke indaksi.,mintak maaf pun tak dengar dia cakap guru baru tu.  Melaka ni cepat skit indaksi, kalau johor, kl, Selangor ada yang intake 2010 pun belum indaksi lagi.  
Nasihat aku masa indaksi tu jadi lah orang yang lurus bendul, kalau dilarang merokok tu , janganlah merokok (ni aku buka perokok pun ya). Kalau dia cakap ada pukul 2.15 tu ko pergilah turun jam 2.15 jangan jam 2.30 baru nak duduk dia mmg pantang. Kalau dia suruh pakai tai dan name tag tu pakai lah walaupun dah jam 11 malam. Kalau tak nak pakai tu kalau dah dia tegur janganlah cakap .. eh orang lain tak pakai tak ambil nama pun .. kenapa saya sorang saja yang kena ?jawapan ala tahap budak sekolah tu tak payahlah nak keluarkan kalau Tanya saya pun saya ada jawapan yang kurang ajar juga.. cikgu, kan dah tahu peraturan, kalau saya tegur tu, kira nasib tak baiklah.. kalau nak elak dari kena nasib malang, janganlah buat.. mereka tu nasibnya baik, bukan macam cikgu ya..kalau dia kata tak adil mcm nie.. yang ko buat tu langgar peraturan tu adil ke, apa maksud adil ? orang yang zalim dibalas zalim adil tu tak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Itu aja.

Hari pertama dia akan Tanya siapa nak cadangkan nama jadi penghulu. Mmg pantang kalau sumer orang diam aja, kalau dia cadangkan nama orang, itu kira dah bad luck dah, sebab dia dah cap peserta ni tau datang saja, tapi tak nak buat apa-apa. Kalau dia tanya saja, terus cadang nama sapa-sapalah yang ko kenal lebih baiklah. Nanti itu bagi impresi yang baik untuk dia.  


Ada guru sekolah asrama tu mintak yang bukan-bukan. Dia kata nak ke karoke malam tu pasal pusat karoke mmg banyak kat muar.. pastu urusetia cakap apa kalau nak karoke jangan datang kursus. Memang menyingalah dia, guru tu mintak yang bukan-bukan. Nak keluar pun atas urusan yang penting sahaja, karoke tu penting ke ?mmg la malam tak ada apa apa tapi ko tak tau ke kita kena study untuk exam indaksi pada hari khamis ? pada aku soalan tu yang buat potong markah guru tu. Tu pun dah tunjukkan sikap sambil lewa terhadap hati dan perasaan urusetua yang tungkus lumus sediakan kursusu ntuk ko.

Aku ingat lagi masa taklimat indaksi tu kita datang terus duduk dan tunggu penceramah datang. Bila dah pergi indaksi tu , baru aku tahu kita kena ringan tulang, membantu supaya kerja orang jadi mudah. Satu perkara yang aku lihat urusetia ni mmg ringan tulang, nak bukak pintu dewanpun dia buat sendiri. So aku tengok apa salah aku tolong ( tapi kena ikhlas la kan ) sebab benda ni orang tak suruh. Macam budak yang selalu tolong kita angkat buku, sekali dua kita tak ingat bila dah selalu mesti kita ingat, kan ) walaupun budak tu sebenarnya cari peluang keluar ke tandas, tp  tak kisahla kan)
Spas indaksi ni kita pakai tunggu 3 bulan lagi tengok sama ada kita lulus atau tidak, kalau lulus cepatlah isi borang untuk skim pencen ya cikgu. Tak payah potong kwsp lagi, duit kwsp boleh keluar la elok pergi haji, tutup sebelah mata je, duit ni bukan boileh disimpan simpan lama, kalau dah cukup mampu, tutup sebelah mata je keluar duit ke mekah.

Tulah serba sedikit rentetan hidup saya yang berkaitan dengan jawatan DG 41 saya, huhu..

No comments :

Post a Comment