Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Friday, May 27, 2011

Sahabatku Hafisa


Sahabatku Hafisa
Saya menggelarkan sahabat saya sebagai Halisa, dia sahabat saya sehidup semati dan kami berjanji akan bersama sewaktu kami bertemu semasa orientasi pelajar baharu sebuah universiti tempatan sepuluh tahun lepas. Satu hari kami berjalan di KLCC untuk menghabiskan masa bersama sebelum mengambil bas ekspres pulang ke kampung halaman untuk cuti semester. Dia telah memberitahu akan suatu peristiwa yang membuatkan hati seorang wanita tersentuh, betapa rakan karibku seorang yang lemah lembut dan warak dan terpuji akhlaknya, akan tetapi sejarah ibu bapanya sebelum dia lahir telah mencalit kesan hitam kepada biodata hidupnya. Sebagai sahabatnya, aku berusaha memahami situasinya yang menghiris kalbu, namun ibubapanya tidak sanggup menggugurkan kandungan sewaktu ia berusia tiga bulan.

                                                Didalam tangis dan esakannya, dia mengaku telah jatuh hati dengan seorang jejaka di kampus, kunamakan ia sebagai Razak. Apabila Halisa memberitahu Razak keadaannya, Razak meminta beberapa hari untuk memikirkannya. Halisa kadang-kadang terfikir untuk menelan sepapan ubat penenang untuk menamatkan kekusutan fikirannya, walaupun peristiwa silam itu bukan salahnya, akan tetapi namanya yang tidak berbintikan sesiapa pasti mengundang curiga setiap kali ada urusan akademik yang memerlukan salinan kad pengenalan. Kakak di koperasi universiti pernah mencadangkan sesuatu kepadanya,
“Dik, i.c. adik ni dah rosak, nama tak penuh, elok tukar di Jabatan Pendaftaran Negara”

Setelah mengetahui statusnya, aku hanya berharap agar dia dapat bertemu seorang jejaka yang ikhlas, jujur, beriman, kuat mengamalkan agama Islam, menghargainya dan berusaha menaikkan nama keluarga yang mungkin suram. Si jejaka mesti tahu wanita berstatus seperti Halisa tidak punya keturunan datuk nenek atau bapa. Sesenpun harta bapa biologinya tidak akan dapat diwariskan padanya, itu adalah tuntutan agama. Dia adalah seorang wanita yang hanya mempunyai ibu dan adik-beradiknya, yang diharapkan akan dapat membantunya didalam mengharungi kehidupan pada masa hadapan. Diharapkan dalamannya dan luarannya kuat dan mampu membuktikan bahawa dia akan berjaya dan mempertahankan maruahnya. Kiranya ada pihak yang merendahkan martabat sebagai seorang Muslim dan manusia yang mempunyai hak yang sama dengan anggota masyarakat yang lain. Dia juga kudoakan mampu meyakinkan dirinya sejarah lampau ibu bapanya tidak memberi kesan mahupun mempengaruhinya, dan meskipun dia wujud tiga bulan sebelum tarikh pernikahan ibu bapanya, dia akan tetap menghormati mereka dan juga dirinya, dan juga mengakui dia punya kekuatan untuk menentukan hala tuju hidup sendiri tanpa percaya kepada peribahasa ‘bapa borek anak rintik’.
                                     
Senja itu kami berjalan bersama-sama ke Masjid KLCC untuk menunaikan solat Maghrib. Jika hendak Berjaya, solatlah kamu secara berjemaah pada awal waktu. Nyata laungan azan pada senja itu dan terlihatkan ufuk senja memberikan kami azam keluarga yang Nafisa bakal bina ini akan sedia menghadapi cabaran mendatang kerana didadanya ada keyakinan kepadaNya.




Perhatian kepada bakal pengantin !
Gementar dan gugup semasa duduk diatas bantal mengadap kiblat sementara menunggu  saat untuk melafazkan akad nikah adalah cabaran yang dilalui oleh setiap pengantin lelaki. Pelbagai persiapan dilunaskan sebelum hari pernikahan. Senarai panjang barang dan perkara yang perlu diadakan itu lebih panjang dari resit belian dari pasaraya hyper untuk barangan sebulan sebuah keluarga. Satu barang yang wajib disediakan oleh bakal pengantin lelaki pada hari pernikahan tetapi selalu diabaikan adalah sebatang pen dakwat basah atau pen fountain !
        Sediakan sebatang pen istimewa yang bernilai buat menandatangani surat pernikahan anda, satu surat tanda termeterainya perjanjian sehidup semati dan taklik anda dan pasangan. Ia harus dititikberatkan juga.
Surat nikah itu akan menjadi surat teristimewa, tandatanganilah ia menggunakan sebatang pen yang tidak ternilai harganya yang datang dari kotak pen atau kocek baju melayu pengantin lelaki tersebut dan bukannya meminjam pen jurunikah yang berharga 70 sen sahaja.
Kiriman:
Hasbi bin Mohamed Arifin

No comments :

Post a Comment