Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Monday, May 30, 2011

LAPORAN JAWATANKUASA KEM TAMAT LATIHAN BADAN BERUNIFORM



LAPORAN JAWATANKUASA
KEM TAMAT LATIHAN BADAN BERUNIFORM

AJK PERASMIAN PERBARISAN TAMAT LATIHAN
HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
JADID BIN KARIM
TARIKH:
8 MEI 2010
MASA:
11 PAGI-1 PETANG
TEMPAT:
PADANG BOLASEPAK DI HADAPAN PAVILLION
MRSM TUN GHAFAR BABA
JASIN MELAKA


Pengenalan
Didalam mesyuarat pertama komiti kem tamat latihan badan beruniform, telah diputuskan senarai jawatankuasa yang dilantik untuk menguruskan hari tersebut. Hari yang akan dilangsungkan adalah pada Sabtu, 8 Mei 2010 bertempat di padang pavilion. Pada hari tersebut akan diadakan pertandingan kawad kaki, kebombaan, ikatan an lain-lain. Tanggungjawab saya ialah mengadakan perhimpunan 11 badan beruniform di atas padang dan melaksanakan formasi bergerak secara berkumpulan.
Kronologi peristiwa
2 minggu sebelum
25 April 2010
Saya telah membuat pengumuman kepada semua pelajar tingkatan 5 untuk mula berlatih, dan mereka berlatih untuk pertandingan kawad yang akan dilaksanakan pada sebelah pagi. Pertandingan ini penting kerana ia adalah kemuncak latihan mereka yang telah dilalui selama dua tahun. Ia juga penting untuk membuktikan kemantapan mereka berkawad. Pertandingan ini tidak akan disertai oleh pasukan martial arts, kerana mereka diletakkan dalam pertandingan demonstrasi.
3,5 dan 6  Mei 2010
Latihan dijangkakan dibuat selama tiga kali, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat, sebenarnya dijadualkan dilaksanakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu. Komiti turun memberikan gambaran kepada pelajar tingkatan 5 apa yang akan terjadi. Banyak kumpulan tidak hadir pada perjumpaan Isnin, walaupun telah diberitahu didalam row call pagi. Apapun, latihan bersepadu harus dilakukan tiga kali kerana tidak semua orang akan hadir pada setiap kali latihan. Komander dari kumpulan PBSM telah dilantik, kerana perasmi dari pasukan PBSM juga.
Hari peristiwa:
Pada hari ini saya bersama Cikgu Jadid Karim memeriksa persiapan terakhir. Kami menyusun pelajar dan membuat formasi yang diperlukan seperti lintas hormat, perbarisan penilaian oleh pengadil, persembahan martial arts dan kawad PKBM dan JPAM. Cuaca yang cerah dan tidak menunjukkan tanda akan hujan menyebelahi kami. Diatas padang juga 100 pelejar tingkatan 4 mengelilingi 3 tepian padang dan membuat Tarian Hakka ala TGB.
 Semasa ucapan perasmian pengetua, 3 pelajar dibawa berteduh oleh PBSM kerana tidak bertenaga untuk berbaris. Upacara penyampaian sijil dan hadiah berjalan lancar, dimana mereka telah diberitahu cara mengambil hadiah atau sijil oleh komiti. Upacara berakhir jam 1 petang dengan jayanya.
 Permasalahan
Kelihatannya kita perlu mengadakan latihan 4 kali, dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 5. Ketiadaan 100 pelajar form 4 yang terlibat dalam formasi juga menyulitkan komiti kerana tidak mendapat gambaran langsung apa yang akan dilaksanakan pada hari tersebut. Pelajar juga perlu lebih komited untuk berlatih, sesetengah badan beruniform tidak berlatih dengan kerap, kerana kawad tidak ditekankan. Juga, sebagai tambahan, majlis akan lebih diserikan dengan pemakaian uniform dari pengetua hinggalah kepada guru-guru, walaupun mereka tidak mengendalikan apa-apa badan beruniform. Ketiadaan MC untuk sesi latihan juga membimbangkan, kerana masalah komunikasi. Oleh itu, MC harus sedia mengorbankan masa untuk berlatih dan lebih proaktif untuk berjumpa guru.

Kesimpulan
Majlis berlangsung dengan jayanya dan kami berharap akan dapat menyumbang lagi didalam kem yang akan datang. Masalah sedikit yang timbul tidak ketara, dan diharapkan majlis seperti ini akan menjadi titik tolak perubahan peribadi pelajar kearah individu yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.

No comments :

Post a Comment