Pengajaran untuk guru baharu
- Pelajar degil tegar selalu ambil kesempatan pada 30 minit pertama dengan tidak dengar ajaran guru, tetapi akan salin apa yang guru tulis last minute.
- Loceng tanda kelas berakhir akan dijadikan masa untuk berharap guru keluar dan tidak meminta kerja yang tidak siap.
- Jika ditanya pelajar yang tidak bawa buku, dia akan cakap guru tidak pulangkan. Dalam hal ini, lebih baik kita bawa beg plastik semasa bawa buku pelajar, dan kita cakap semua buku kita letak dalam beg ini, dan tak mungkin cicir buku.
- Pelajar nakal akan tidur satu waktu, dan bangun 20 minit terakhir untuk salin dalam buku tulis.
- Kita terima kerja diatas kertas, bila kita sudah tanda dan berikan semula, dia akan hilangkan, dan kita jumpa atas lantai.
No comments :
Post a Comment