Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Monday, June 6, 2011

Artikel untuk Bengkel Pemantapan Akademik Kolej RISDA 2011


Artikel untuk Bengkel Pemantapan Akademik Kolej RISDA 2011.
Pada 25 hingga 26 Mei 2011 bertempat di Astana 1 Hotel Naza Talyya Melaka satu program khusus untuk kesemua 60 orang pensarah Kolej RISDA Melaka telah dianjurkan olehJabatan Pengajian Umum KRISM. Tujuan utama kursus itu ialah pensyarah dapat memperolehi ilmu pengetahuan mengenai pedagogi pengajaran supaya objektif pembelajaran dicapai dalam kelas. Amanat CEO menjadi hidangan pertama didalam kursus dan Ketua Eksekutif KRISM, Datin Dr Hajjah Faridah Hanam bte Abdul Rashid menerangkan tentang halatuju KRISM dalam menjadi sebuah kolej university pada tahun hadapan dan peranan pensyarah dalam mencapai visi dan misi KRISM.
               Acara pada petang hari dimeriahkan dengan sesi mencapai muafakat ahli kumpulan yang dibahagikan kepada 6 kumpulan pelbagai jabatan. Peserta didalam kumpulan dikehendaki bermain permainan yang menyeronokkan iaitu Ladang Haiwan, Radio Puaka dan Bom-bom. Malam harinya peserta diberi suntikan motivasi oleh Encik Hamzahri dari sebuah syarikat perunding motivasi. Peserta mendapat semangat baharu selepas sesi motivasi tersebut yang membolehkan mereka melaksanakan visi KRISM.
               Program penutup pada hari terakhir iaitu hari Khamis menyaksikan 6 kumpulan telah menggunakan ilmu pengetahuan dan kebolehan yang didapati dengan menjalankan sesi perbincangan setelah diberi 6 persoalan utama yang perlu diberi penyelesaian. Persembahan yang diberikan oleh 6 kumpulan mendapat reaksi positif dari Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Encil Suhaiman bin Mat Yassin. Upacara penutup disempurnakan oleh Pengarah KRISM, Encik Zulkifli bin Mohamad.

No comments :

Post a Comment