Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, June 2, 2012

SAMPLE OF MINUTES OF MEETING FOR PANITIA PJPK


Mesyuarat Pertama Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2012
Tarikh: 12/1/12
Masa: 3 petang-4.40 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Perpustakaan

Kehadiran:

  1. MANSOR BIN MD YUSOF –Pengerusi
  2. HAIRY B YUSOF
  3. AZIZ B MAHADI
  4. MASRI B SALEH
  5. RAFIZAN B LATIP
  6. MASYATI BT MAIL
  7. SAFE’E B ABDULLAHA
  8. ROSHANIZA BT SALIM
  9. AHMAD ZAHARI BIN MAT ISA
  10. MOHD AIMAN B ABD HALIM
  11. SYAZWANI BT AMAHMUDDIN
  12. RAUDHAH BTE
  13. HASBI BIN MOHAMED ARIFIN-Setiausaha




PERKARA

TINDAKAN
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1Pengerusi mengalukan kehadiran guru-guru PJPK ke mesyuarat kali pertama 2012.
1.2 Guru Kanan Mata Pelajaran mengalu-alukan kedatangan ahli,
2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lepas
2.1 Minit mesyuarat yang lepas dicadangkan untuk disahkan oleh Aziz Mahadi dan disokong oleh Rafizan bin Latip
KP PJPK

Makluman






Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Terdapat 40 buku kerja sahaja untuk satu tingkatan, sekeping carta untuk alat bantu mengajar.
3.2 Guru Panitia akan memilih satu hari Sabtu untuk mengadakan latihan permainan untuk guru PJPK.
3.3 Guru diminta mengambil contoh format rancangan harian yang ditunjukkan di dalam mesyuarat.
3.4  Guru PJPK akan mengagih-agihkan kerja dalam membuat soalan untuk Ujian Pengesanan
3.5 Set soalan Ujian Penilaian untuk kelas Peralihan adalah sama dengan Tingkatan Satu.
3.6 Semua guru hendaklah melibatkan diri didalam P&P sekiranya kelas digabungkan.
3.7 Guru diminta mengambil tindakan yang sesuai untuk pelajar yang tidak memakai baju PJ tetapi memberikan kelonggaran kepada pelajar Tingkatan 1 memakai baju T selain baju PJ SMK DB.
3.8 Guru boleh menggunakan anak tangga pentas di padang untuk pelajar semasa ujian SEGAK.
3.9 Guru Panitia akan merangka LADAP untuk guru PJ mencuba permainan yang akan diajarkan kepada pelajar.



Makluman

KP PJPK

Semua Guru

KP PJPK

Makluman

Semua Guru

Semua Guru


Semua Guru

KP PJPK

4.0 Latihan Lisan, kerja Bertulis dan ABM
4.1 Guru Panitia akan sediakan satu modul permainan untuk guru PJPK.

5.0 Isu-Isu Pengajaran dan Pembelajaran
5.1 Guru yang hendak mengajar pelajar lelaki dan perempuan dicadangkan mengajar futsal .Guru boleh menggunakan bola selain
bola futsal sekiranya bola futsal tidak mencukupi.


6.0 Hal-hal Lain
6.1 Dicadangkan untuk mengadakan buku rekod peminjaman bahan dari stor sukan.
6.2 Dicadangkan Panitia PJPK membeli pam elektrik untuk mengepam bola.
6.3 Guru harus pastikan tekanan angin cukup untuk bola yang akan digunakan untuk P & P, dan pelajar boleh membantu guru untuk mengambil peralatan dari stor sukan.
6.4 Guru diminta mengelakkan dari menghantar ramai pelajar untuk mengambil alatan.
6.5 Guru boleh meminjam kunci stor sukan dari GPK Ko Kurikulum Encik Karim bin Mat Yazam.
6.6 Dicadangkan guru mempunyai baju uniform PJ sewaktu mengajar.
6.7 Setiausaha mesyuarat hendaklah mengedarkan minit mesyuarat selewat-lewatnya dalam tiga hari bekerja, dan mengingatkan ahli mesyuarat untuk membawa minit mesyuarat ini ke mesyuarat berikutnya.
6.8 Guru-guru akan membincangkan tarikh yang sesuai untuk diadakan latihan untuk guru PJPK.
6.9 Guru diminta menghantar laporan ujian SEGAK pada bulan Mac dan Jun.
6.10 Guru mesti memastikan kesihatan pelajar sebelum P & P bermula.
6.11Guru diminta mengikuti sukatan pelajaran PJPK yang telah ditetapkan.
6.12 Guru diminta menghantar ringkasan tahunan kepada Pengetua dan HSP dihantar kepada Guru Kanan Mata Pelajaran.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang.


KP PJPK


Semua Guru







Makluman

KP PJPK

Semua guru


Semua guru

Semua guru

Makluman
Setiausaha


Semua guru
Semua guru
Semua guru


Semua guru





Disediakan oleh:


___________________________

HASBI BIN MOHAMED ARIFIN
Disahkan oleh:


_______________________

MANSOR B MOHD YUSOF

No comments :

Post a Comment