Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Saturday, June 2, 2012

WARTA KERAJAAN (BM) , ini yang semua guru nak sah jawatan kena baca dan buat assignment ! haha



WARTA KERAJAAN

S E R I P A D U K A B A G I N D A
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY’S GOVERNMENT GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
9 1hb Mei 2005
TAMBAHAN No. 39
PERUNDANGAN (A)
P.U. (A) 176.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN
PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005
SUSUNAN PERATURAN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Peraturan
1. Nama dan permulaan kuat kuasa
2. Pemakaian
3. Pemakaian tatacara pelantikan
4. Tafsiran
BAHAGIAN II
PELANTIKAN
5. Pelantikan mengikut skim perkhidmatan
6. Pelantikan untuk warganegara sahaja
P.U. (A) 176. 842
7. Pelantikan semula pegawai tetap yang telah meletakkan jawatan
8. Pelantikan semula pegawai yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan
9. Pelantikan semula pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau
dibuang kerja
10. Pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat
11. Kembali ke dalam perkhidmatan terdahulu
12. Peminjaman pegawai
13. Pertukaran sementara
BAHAGIAN III
PENGAMBILAN
14. Tatacara pengambilan
15. Maklumat perjawatan
16. Kelulusan setaraf
17. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat
18. Tawaran pelantikan oleh Suruhanjaya
19. Pemeriksaan kesihatan dan akuan berkanun
20. Surat setuju terima
BAHAGIAN IV
TARIKH PELANTIKAN, GAJI PERMULAAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
21. Tarikh pelantikan
22. Tarikh pelantikan tetap bagi pegawai sementara
23. Penetapan gaji permulaan
24. Gaji permulaan bagi kes khas
25. Pergerakan gaji tahunan
BAHAGIAN V
TEMPOH PERCUBAAN, PENGESAHAN DAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
26. Tempoh percubaan
27. Syarat pengesahan
28. Pelanjutan tempoh percubaan
Peraturan
843 P.U. (A) 176.
29. Tarikh pengesahan
30. Kesan pelanjutan tempoh percubaan dengan denda
31. Pemberitahuan tentang pengesahan
BAHAGIAN VI
KEKANANAN
32. Kaedah penetapan kekananan
33. Kekananan pegawai yang kembali ke dalam skim perkhidmatan
terdahulunya
34. Kekananan pegawai yang diberikan cuti tanpa gaji
BAHAGIAN VII
OPSYEN BAGI SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
35. Opsyen bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
36. Pemberian taraf berpencen
BAHAGIAN VIII
KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA
37. Asas kenaikan pangkat
38. Syarat kenaikan pangkat
39. Kenaikan pangkat pegawai yang dalam peminjaman atau pertukaran
sementara
40. Pengiklanan kekosongan jawatan kenaikan pangkat
41. Tarikh kenaikan pangkat
42. Penetapan gaji kenaikan pangkat
43. Tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat
44. Pemangkuan dan penanggungan kerja
45. Elaun pemangkuan dan penanggungan kerja
BAHAGIAN IX
PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN
46. Penamatan perkhidmatan pegawai yang belum disahkan
47. Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal disahkan
Peraturan
P.U. (A) 176. 844
48. Kuasa menamatkan perkhidmatan
49. Peluang untuk menunjukkan sebab
50. Notis penamatan perkhidmatan
51. Notis peletakan jawatan
52. Kuat kuasa notis peletakan jawatan
53. Pemendekan notis peletakan jawatan
54. Peletakan jawatan tidak perlu
BAHAGIAN X
PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK
55. Pelantikan pegawai kontrak
56. Penamatan perkhidmatan dan peletakan jawatan pegawai kontrak
BAHAGIAN XI
UMUR
57. Umur dan tarikh lahir
58. Umur persaraan
BAHAGIAN XII
PELBAGAI
59. Kuasa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
60. Kecualian dan peralihan
61. Pembatalan
JADUAL
Peraturan
845 P.U. (A) 176.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT
DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2005.
Pemakaian
2. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian X Perlembagaan
Persekutuan, Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua pelantikan,
kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.
Pemakaian tatacara pelantikan
3. (1) Tatacara yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini bagi membuat
pelantikan ke dalam perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa suatu Suruhanjaya
hendaklah terpakai bagi semua pelantikan tetap atau sementara, melainkan
pelantikan tertentu yang dikecualikan oleh Suruhanjaya.
(2) Tatacara pelantikan bagi pegawai kontrak hendaklah ditentukan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Tafsiran
4. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain—
“jabatan” termasuklah—
(a) sesuatu Kementerian;
(b) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri,
atau daerah dalam Persekutuan;
(c) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan
(d) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang
ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
P.U. (A) 176. 846
“kenaikan pangkat” ertinya peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu
gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama
dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat;
“Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan
atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Ketua Perkhidmatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu
perkhidmatan;
“pegawai” ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang
dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak;
“pelantikan” ertinya pelantikan ke dalam perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya
secara tetap, sementara atau kontrak, termasuklah pelantikan kali pertama dan
pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat di dalam mana-mana
skim perkhidmatan;
“pemangkuan”, yang berhubungan dengan pegawai awam, ertinya pelaksanaan
tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang
lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan
skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat;
“penanggungan kerja”, yang berhubungan dengan pegawai awam, ertinya
pelaksanaan tugas, di samping tugasnya sendiri bagi suatu tempoh yang dinyatakan,
suatu jawatan lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya pengamal perubatan yang didaftarkan
di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“perkhidmatan awam” ertinya perkhidmatan awam Persekutuan di bawah
perenggan (b), (c), (d) dan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;
“pertukaran sementara” ertinya pelantikan seseorang pegawai ke perkhidmatan
yang lain di bawah perenggan (a), (b), (c), ( d ) dan (h) Fasal (1) Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan atau pelantikan ke suatu jawatan dalam skim
perkhidmatan yang lain di bawah pihak berkuasa melantik yang sama untuk
tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan
terdahulunya;
“peminjaman” ertinya pelantikan seseorang pegawai perkhidmatan di bawah
perenggan (a), (b), (c), (d) dan (h) Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan
ke—
(a) perkhidmatan di bawah perenggan (g) Fasal (1) Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan;
(b) pihak berkuasa berkanun;
(c) pihak berkuasa tempatan; atau
(d) mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia,
847 P.U. (A) 176.
untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan
terdahulunya, termasuk pelantikan pegawai di bawah perenggan (f) Fasal (1)
Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun,
pihak berkuasa tempatan atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pasukan Polis dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
BAHAGIAN II
PELANTIKAN
Pelantikan mengikut skim perkhidmatan
5. (1) Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mengikut
syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa
pada masa itu.
(2) Tertakluk kepada subperaturan (1) jika ada apa-apa syarat yang dinyatakan
dalam mana-mana skim perkhidmatan perlu dipinda, Ketua Jabatan hendaklah
terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Pelantikan untuk warganegara sahaja
6. (1) Semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah
warganegara Malaysia.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), Yang di-Pertuan Agong boleh, atas
alasan kepentingan negara, membenarkan pelantikan seseorang yang bukan
warganegara secara kontrak dan peruntukan dalam Bahagian X hendaklah terpakai
kepada pegawai itu.
Pelantikan semula pegawai tetap yang telah meletakkan jawatan
7. Seseorang pegawai tetap yang telah meletakkan jawatan tidak boleh dilantik
semula ke dalam perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya,
setelah menimbang laporan daripada Ketua Jabatan tempat pegawai itu berkhidmat
sebelum peletakan jawatannya mengenai sebab peletakan jawatannya.
Pelantikan semula pegawai yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan
8. (1) Seseorang pegawai yang telah dibersarakan atas sebab kesihatan boleh
dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam jika pegawai itu disahkan sihat
dan berkeupayaan melaksanakan tugasnya dengan memuaskan oleh suatu panel
perubatan yang ditubuhkan atas permintaan Suruhanjaya.
(2) Bagi maksud subperaturan (1), panel perubatan itu hendaklah mengandungi
tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan berdaftar, yang salah
seorang daripada mereka adalah pakar dalam penyakit yang pernah dihidapi
oleh pegawai itu.
P.U. (A) 176. 848
Pelantikan semula pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang
kerja
9. Seseorang pegawai yang telah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja
tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran
khas Suruhanjaya.
Pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat
10. Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan
dalam skim perkhidmatan yang lain jika pegawai itu mematuhi syarat yang
dikehendaki oleh skim perkhidmatan yang lain itu.
Kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulu
11. (1) Seseorang pegawai yang telah disahkan dalam skim perkhidmatan
terdahulunya sebelum dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain boleh
dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk kembali ke dalam skim perkhidmatan
terdahulunya apabila gagal untuk disahkan ke dalam skim perkhidmatan yang
lain itu.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh membenarkan pegawai
itu kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya dalam tempoh tiga tahun
dari tarikh kuat kuasa pelantikannya ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu
jika—
(a) ada kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulu pegawai
itu;
(b) kegagalan pegawai itu untuk disahkan bukanlah atas sebab kelakuannya
yang tidak memuaskan; dan
(c) persetujuan Ketua Perkhidmatan yang berkenaan diperoleh.
(3) Bagi maksud subperaturan (1), pegawai itu hendaklah diberikan mata
gaji yang sama dengan yang diterimanya sehari sebelum tarikh pegawai itu
dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain itu.
Peminjaman pegawai
12. (1) Seseorang pegawai boleh, dengan persetujuan pegawai itu sendiri dan
Ketua Jabatannya dan dengan kelulusan Suruhanjaya, dipinjamkan, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh ditentukan
oleh Yang di-Pertuan Agong, kepada mana-mana perkhidmatan awam Negeri,
pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi,
di dalam atau di luar Malaysia.
(2) Seseorang pegawai perkhidmatan awam Negeri boleh dipertimbangkan
oleh Suruhanjaya untuk dipinjamkan kepada perkhidmatan awam tertakluk kepada
apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh ditentukan
oleh Yang di-Pertuan Agong.
849 P.U. (A) 176.
Pertukaran sementara
13. Seseorang pegawai boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, dilantik secara
pertukaran sementara kepada mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam
tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang
boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
BAHAGIAN III
PENGAMBILAN
Tatacara pengambilan
14. (1) Apa-apa pengambilan pegawai ke dalam perkhidmatan awam hendaklah
diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian bahasa Melayu.
(2) Bagi maksud subperaturan (1), iklan itu hendaklah menyatakan antara
lain—
(a) nama jawatan dan taraf pelantikan;
(b) nama skim perkhidmatan;
(c) maklumat gaji;
(d) kelayakan akademik dan kelayakan lain yang dikehendaki;
(e) taraf kewarganegaraan pemohon;
(f) tarikh tutup permohonan; dan
(g) alamat ke mana permohonan patut dikirimkan.
(3) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan
khas menggunakan apa-apa cara lain yang difikirkannya sesuai.
Maklumat perjawatan
15. (1) Dalam tiap-tiap urusan pengambilan, Ketua Jabatan hendaklah
memaklumkan Suruhanjaya maklumat perjawatan seperti yang berikut:
(a) jumlah jawatan kosong yang perlu diisi;
(b) jumlah calon simpanan yang dikehendaki;
(c) syarat khas jika dikehendaki; dan
(d) perihal tugas dan tanggungjawab bagi jawatan kosong itu.
(2) Jika kelayakan atau apa-apa syarat lain dalam skim perkhidmatan bagi
jawatan kosong itu perlu dipinda bagi urusan pengambilan itu, Ketua Jabatan
hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam sebelum memaklumkan Suruhanjaya sebagaimana yang dikehendaki oleh
subperaturan (1).
P.U. (A) 176. 850
Kelulusan setaraf
16. Jika ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan atau iklan
kekosongan tentang maksud kelulusan yang setaraf, maka perkara itu hendaklah
dirujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk penentuan.
Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat
17. Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah
dikemukakan kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatan yang hendaklah
menghantarkan permohonan itu kepada Suruhanjaya bersama dengan maklumat
perkhidmatan yang dikehendaki dan ulasan Ketua Jabatan sama ada Ketua
Jabatan itu menyokong atau tidak permohonan itu.
Tawaran pelantikan oleh Suruhanjaya
18. (1) Suruhanjaya hendaklah membuat tawaran pelantikan kepada calon yang
berjaya melalui Ketua Jabatan dan hendaklah juga memaklumkan calon yang
tidak berjaya.
(2) Suruhanjaya boleh mengarahkan Ketua Jabatan supaya membuat tawaran
pelantikan kepada calon yang berjaya bagi pihak Suruhanjaya, dan Ketua Jabatan
yang telah diarahkan sedemikian hendaklah menghantarkan kepada Suruhanjaya
suatu salinan surat tawaran pelantikan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan
itu.
(3) Tiap-tiap surat tawaran pelantikan hendaklah menyatakan apa-apa maklumat
perkhidmatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Pemeriksaan kesihatan dan akuan berkanun
19. (1) Tiap-tiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah
mematuhi syarat yang berikut:
(a) calon itu hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat
oleh pengamal perubatan berdaftar;
(b) calon itu hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah Akta
Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] bahawa dia—
(i) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
(ii) tidak pernah dibuang kerja;
(iii) bukannya penagih dadah;
(iv) tidak memiliki kewarganegaraan asing; dan
(v) bukan seorang bankrap.
(c) calon itu hendaklah menandatangani Surat Aku Janji sebagaimana
yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bahawa calon itu akan mematuhi
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
851 P.U. (A) 176.
[P.U. (A) 395/1993], Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling,
peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan
Agong dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatan calon itu dalam
Kerajaan.
(2) Suruhanjaya boleh membatalkan tawaran pelantikan jika calon itu didapati
tidak sihat setelah diperiksa mengikut perenggan (1)(a) atau tidak mematuhi
mana-mana syarat yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan (c).
(3) Bagi maksud subperaturan (2), mana-mana calon yang telah mula
berkhidmat boleh dibayar apa-apa emolumen bagi tempoh perkhidmatannya.
(4) Seseorang pegawai yang sedang berkhidmat yang telah mematuhi syarat
subperaturan (1) boleh dikehendaki mematuhi syarat itu semula apabila dilantik
ke dalam skim perkhidmatan yang lain.
(5) Bagi maksud pelantikan di bawah subperaturan 6(2), syarat dalam perenggan
(1)(b)(iv) adalah tidak terpakai bagi pegawai itu.
Surat setuju terima
20. Ketua Jabatan hendaklah menghantar kepada Suruhanjaya surat setuju
terima tawaran pelantikan daripada calon berserta dengan perakuan oleh pengamal
perubatan berdaftar, akuan berkanun dan Surat Aku Janji yang dikehendaki di
bawah peruntukan perenggan 19(1)(a), (b) dan (c), masing-masingnya, dan
hendaklah memaklumkan Suruhanjaya tarikh calon itu melaporkan diri untuk
bertugas.
BAHAGIAN IV
TARIKH PELANTIKAN, GAJI PERMULAAN
DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Tarikh pelantikan
21. Tarikh pelantikan seseorang pegawai ke dalam perkhidmatan awam ialah
tarikh pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas melainkan ditentukan selainnya
oleh Suruhanjaya.
Tarikh pelantikan tetap bagi pegawai sementara
22. Jika seseorang pegawai sementara yang mematuhi semua syarat yang
dinyatakan bagi mana-mana skim perkhidmatan dilantik untuk mengisi manamana
jawatan tetap yang kosong dalam skim perkhidmatan itu, tarikh pelantikan
pegawai itu ke dalam jawatan tetap itu adalah pada tarikh Suruhanjaya bermesyuarat
dan meluluskan pelantikan tetap itu.
Penetapan gaji permulaan
23. (1) Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji permulaan seseorang pegawai.
P.U. (A) 176. 852
(2) Jika seseorang pegawai yang akan dilantik bagi kali pertama memiliki
pengalaman yang relevan dengan jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu
boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu pergerakan
gaji biasa bagi tiap-tiap genap satu tahun pengalaman yang relevan itu.
(3) Pengalaman yang dianggap relevan bagi seseorang pegawai dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah pengalaman yang diperoleh selepas
pegawai itu mendapat kelayakan profesional atau akademik sebagaimana yang
ditentukan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.
(4) Subperaturan (2) dan (3) hendaklah juga terpakai—
(a) bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai yang belum disahkan
yang kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain;
dan
(b) bagi menentukan gaji permulaan seseorang pegawai yang dilantik
semula mengikut peraturan 9.
(5) Jika seseorang pegawai yang telah disahkan kemudiannya dilantik ke
dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu hendaklah pada
suatu mata gaji yang lebih tinggi sebagaimana yang hendaklah ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Gaji permulaan bagi kes khas
24. Walau apa pun peraturan 23, Suruhanjaya boleh menentukan bahawa gaji
permulaan bagi seseorang calon atau pegawai yang dilantik adalah pada manamana
mata gaji bagi suatu jawatan tertentu setelah mengambil kira—
(a) kelayakan khas atau bakat calon atau pegawai yang dilantik itu; atau
(b) hal keadaan khas yang berhubungan dengan pelantikan calon atau
pegawai yang dilantik itu.
Pergerakan gaji tahunan
25. (1) Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai tetap dan sementara
hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2) Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai dalam peminjaman
atau pertukaran sementara hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
(3) Pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai hendaklah berasaskan
pencapaian kerja tahunan pegawai itu atau apa-apa syarat lain yang ditentukan
oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN V
TEMPOH PERCUBAAN, PENGESAHAN DAN PELANJUTAN
TEMPOH PERCUBAAN
Tempoh percubaan
26. (1) Seseorang pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam
dikehendaki berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh satu hingga tiga tahun.
853 P.U. (A) 176.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh, dalam hal keadaan
khas, memendekkan tempoh percubaan seseorang pegawai atau mengecualikan
seseorang pegawai daripada tempoh percubaan.
Syarat pengesahan
27. (1) Seseorang pegawai dalam percubaan yang telah memenuhi semua syarat
yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan atau apa-apa syarat lain yang boleh
ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa, adalah layak
bagi pengesahan dalam perkhidmatannya.
(2) Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya perakuan
dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga bagi pengesahan seseorang
pegawai di bawah kawalannya dalam tempoh satu bulan dari tarikh pegawai itu
didapati layak bagi pengesahan.
(3) Jika Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan
seseorang pegawai mengikut subperaturan (2), pegawai itu boleh memohon
kepada Suruhanjaya untuk disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah
dihantar kepada Ketua Jabatan.
(4) Setelah menerima permohonan di bawah subperaturan (3), Suruhanjaya
boleh menjalankan suatu siasatan dan apabila selesai siasatan itu mengesahkan
pegawai itu jika Suruhanjaya mendapati pegawai itu layak bagi pengesahan.
Pelanjutan tempoh percubaan
28. (1) Suruhanjaya boleh melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai
sama ada dengan atau tanpa denda.
(2) Seseorang pegawai yang tidak disahkan dalam perkhidmatannya dalam
tempoh yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu permohonan bagi
pelanjutan tempoh percubaannya kepada Suruhanjaya melalui Ketua Jabatannya
dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh percubaannya.
(3) Ketua Jabatan hendaklah dengan segera memperakukan permohonan
pelanjutan tempoh percubaan pegawai itu yang dibuat mengikut subperaturan
(2) kepada Suruhanjaya.
(4) Bagi maksud subperaturan (3), Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan
permohonan itu dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat, menyatakan
butir-butir seperti yang berikut:
(a) sebab pegawai itu tidak disahkan;
(b) syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi
atau tidak, dan jika patut diberi, sama ada dengan atau tanpa denda;
(c) maklumat perkhidmatan pegawai yang dikemas kini; dan
(d) senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu,
tarikh dan keputusan peperiksaan itu.
P.U. (A) 176. 854
(5) Suruhanjaya akan hanya meluluskan pelanjutan tempoh percubaan yang
diperakukan mengikut subperaturan (3) dan (4) jika ada alasan yang munasabah
bagi mempercayai bahawa pegawai itu berupaya mematuhi syarat-syarat bagi
pengesahan semasa tempoh pelanjutan yang dipohon itu dan Ketua Jabatan
mengesyorkan bahawa tempoh percubaan pegawai itu patut dilanjutkan.
(6) Tempoh percubaan seseorang pegawai hanya boleh dilanjutkan tidak
melebihi dua tahun, tetapi Suruhanjaya boleh dalam hal keadaan khas melanjutkan
tempoh percubaan melebihi dua tahun jika difikirkannya patut.
(7) Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya berkenaan dengan
permohonan pelanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai hendaklah
disampaikan kepada pegawai itu oleh Suruhanjaya dalam tempoh satu bulan
dari tarikh keputusan itu.
Tarikh pengesahan
29. (1) Tarikh pengesahan dalam perkhidmatan seseorang pegawai yang telah
berjaya menyelesaikan tempoh percubaan asalnya atau yang dilanjutkan adalah
pada hari pertama selepas tarikh pegawai itu mematuhi semua syarat yang
ditetapkan.
(2) Seseorang pegawai hendaklah dianggap berada dalam percubaan sehingga
pegawai itu telah disahkan oleh Suruhanjaya, walaupun pegawai itu telah mematuhi
semua syarat yang ditetapkan bagi pengesahan itu.
Kesan pelanjutan tempoh percubaan dengan denda
30. Seseorang pegawai yang tempoh percubaannya dilanjutkan dengan denda
hendaklah—
(a) hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh
pelanjutan itu;
(b) tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh
pelanjutan percubaannya dengan denda; dan
(c) diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh pengesahannya berkuat
kuasa.
Pemberitahuan tentang pengesahan
31. Suruhanjaya hendaklah dengan segera memberitahu seseorang pegawai
tentang pengesahannya melalui Ketua Jabatan pegawai itu.
BAHAGIAN VI
KEKANANAN
Kaedah penetapan kekananan
32. (1) Kekananan seseorang pegawai ditentukan seperti yang berikut:
(a) bagi seseorang pegawai dalam gred lantikan, mengikut tarikh pegawai
itu dilantik secara tetap; dan
855 P.U. (A) 176.
(b) bagi seseorang pegawai dalam gred kenaikan pangkat, mengikut tarikh
pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki.
(2) Walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau lebih pegawai dilantik
secara tetap atau dinaikkan pangkat ke gred yang sama dalam skim perkhidmatan
yang sama pada tarikh yang sama, kekananan pegawai itu adalah disifatkan
sebagai sama.
Kekananan pegawai yang kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya
33. Seseorang pegawai yang kembali ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya
mengikut subperaturan 11(1) hilang kekananannya selama tempoh pegawai itu
berada di luar skim perkhidmatan terdahulunya.
Kekananan pegawai yang diberikan cuti tanpa gaji
34. Seseorang pegawai yang diberikan cuti tanpa gaji, selain cuti belajar tanpa
gaji, hilang kekananannya selama tempoh pegawai itu bercuti tanpa gaji itu.
BAHAGIAN VII
OPSYEN BAGI SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN
PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Opsyen bagi Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
35. Seseorang pegawai yang berhasrat untuk memilih Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 6A Akta
Pencen 1980 [Akta 227] hendaklah melaksanakan opsyennya dengan menggunakan
borang yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.
Pemberian taraf berpencen
36. (1) Seseorang pegawai yang tidak memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja mengikut peraturan 35 layak diberi taraf berpencen mengikut undangundang
pencen.
(2) Apabila seseorang pegawai menjadi layak untuk diberi taraf berpencen,
Ketua Jabatan pegawai itu hendaklah mengemukakan perakuannya, dalam borang
yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, kepada Suruhanjaya, berserta dengan
borang yang dinyatakan dalam Jadual Kelima yang telah ditandatangani sewajarnya
oleh pegawai itu.
BAHAGIAN VIII
KENAIKAN PANGKAT, PEMANGKUAN DAN PENANGGUNGAN KERJA
Asas kenaikan pangkat
37. (1) Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit.
P.U. (A) 176. 856
(2) Dalam mempertimbangkan seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat,
Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah mengambil kira—
(a) kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu;
(b) kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu;
(c) sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan
pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; dan
(d) kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat.
(3) Sebagai tambahan kepada perkara yang dinyatakan dalam subperaturan
(2), Lembaga Kenaikan Pangkat boleh mengambil kira aspek lain yang difikirkannya
relevan.
(4) Walau apa pun subperaturan (1), jika dua atau lebih pegawai diputuskan
sama dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan
dengan jawatan kenaikan pangkat di samping kekananan pegawai itu hendaklah
juga dijadikan asas bagi pemilihan dan diberi pertimbangan.
Syarat kenaikan pangkat
38. Walau apa pun peruntukan peraturan 37, seseorang pegawai hanya boleh
dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat jika pegawai itu telah mematuhi semua
syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat kekosongan
dalam jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan
memperuntukkan selainnya.
Kenaikan pangkat pegawai yang dalam peminjaman atau pertukaran
sementara
39. Jika seseorang pegawai dalam peminjaman mengikut subperaturan 12(1)
atau pertukaran sementara mengikut peraturan 13 dan telah mematuhi semua
syarat bagi kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah dipertimbangkan dalam
apa-apa urusan kenaikan pangkat yang dibuat yang berhubungan dengan skim
perkhidmatan hakikinya.
Pengiklanan kekosongan jawatan kenaikan pangkat
40. (1) Jika Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan berpendapat bahawa
sesuatu kekosongan jawatan kenaikan pangkat hendaklah diisi dengan menjemput
pemohon yang berkelayakan dari suatu perkhidmatan tertentu di bawah jabatan
tertentu sahaja, Ketua Jabatan hendaklah mengiklankan kekosongan itu melalui
pekeliling jabatan.
(2) Jika terdapat suatu kekosongan jawatan kenaikan pangkat yang tidak
menghendaki suatu pengiklanan, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan
kepada Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan bagi pengisian kekosongan
itu dengan memperakukan pegawai yang layak, mengikut skim perkhidmatan,
bagi pertimbangan.
857 P.U. (A) 176.
(3) Bagi maksud subperaturan (2), Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada
Lembaga Kenaikan Pangkat apa-apa syarat tambahan yang akan dikenakan agar
memperoleh suatu bilangan yang lebih munasabah akan pegawai yang berkelayakan
bersesuaian.
Tarikh kenaikan pangkat
41. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), tarikh kenaikan pangkat
seseorang pegawai ialah tarikh yang ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat
yang berkenaan.
(2) Tarikh kenaikan pangkat ke gred tidak boleh lebih awal daripada tarikh
kekosongan atau tarikh pegawai itu layak dinaikkan pangkat mengikut skim
perkhidmatannya, yang mana terkemudian.
(3) Bagi kenaikan pangkat ke jawatan, kecuali jika skim perkhidmatan tidak
mensyaratkan sesuatu kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada kekosongan
jawatan, tarikh kenaikan pangkat tidak boleh lebih awal daripada tarikh pegawai
itu diluluskan memangku jawatan itu atau pada tarikh jawatan hakiki itu kosong,
yang mana terkemudian.
(4) Bagi maksud peraturan ini—
(a) “kenaikan pangkat ke gred” ialah kenaikan pangkat ke mana-mana
gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan
Sokongan; dan
(b) “kenaikan pangkat ke jawatan” ialah kenaikan pangkat ke mana-mana
jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Penetapan gaji kenaikan pangkat
42. (1) Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat
hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu.
(2) Bagi maksud subperaturan (1)—
(a) jika gaji akhir dalam gred terdahulu adalah kurang daripada gaji
minimum dalam gred kenaikan pangkat, dan perbezaan itu adalah
sama dengan atau lebih daripada satu pergerakan gaji biasa dalam
gred terdahulu, pegawai itu hendaklah dibayar gaji minimum dalam
gred kenaikan pangkat itu;
(b) jika gaji akhir dalam gred terdahulu kurang daripada gaji minimum
dalam gred kenaikan pangkat tetapi perbezaannya adalah kurang daripada
satu pergerakan gaji biasa dalam gred terdahulu, pegawai itu hendaklah
diletakkan pada mata gaji dalam gred kenaikan pangkat selepas mata
gaji minimum, supaya perbezaan antara gaji akhir dalam gred terdahulu
dan gaji barunya dalam gred kenaikan pangkat adalah sama atau lebih
daripada satu pergerakan gaji biasa dalam gred terdahulunya;
(c) jika gaji akhir dalam gred terdahulu sama atau lebih tinggi daripada
gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah
dibayar gaji pada satu mata gaji yang lebih tinggi berhampiran dengan
P.U. (A) 176. 858
gaji akhir yang diterimanya dalam gred terdahulu dan perbezaan gaji
antara gaji kenaikan pangkat dan gaji dalam gred terdahulu hendaklah
tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa dalam gred terdahulu
itu.
(3) Jika seseorang pegawai dinaikkan pangkat pada tarikh yang sama dengan
tarikh pergerakan gaji pegawai itu dalam jawatan terdahulunya, pergerakan gaji
jawatan terdahulunya, jika ada, hendaklah diberi terlebih dahulu, sebelum
menentukan gaji permulaan dalam jawatan kenaikan pangkat.
Tarikh pergerakan gaji jawatan kenaikan pangkat
43. Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat
hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa mengikut
subperaturan 25(1).
Pemangkuan dan penanggungan kerja
44. Seseorang pegawai, apabila dikehendaki demi kepentingan perkhidmatan,
boleh, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan, diarah memangku
atau menanggung kerja tugas jawatan lain.
Elaun pemangkuan dan penanggungan kerja
45. Seseorang pegawai yang telah diluluskan memangku atau menanggung
kerja tugas jawatan lain layak dibayar elaun pemangkuan atau elaun penanggungan
kerja mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.
BAHAGIAN IX
PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PELETAKAN JAWATAN
Penamatan perkhidmatan pegawai yang belum disahkan
46. Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai
yang belum disahkan dalam perkhidmatannya jika pegawai itu telah—
(a) menyembunyikan apa-apa maklumat tentang kesihatannya dalam borang
pemeriksaan perubatan;
(b) membuat akuan palsu dalam akuan berkanun sebagaimana yang
dikehendaki oleh perenggan 19(1)(b);
(c) tidak mematuhi kehendak dalam perenggan 19(1)(c);
(d) memalsukan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan pelantikannya;
atau
(e) gagal tapisan keselamatan.
859 P.U. (A) 176.
Penamatan perkhidmatan pegawai yang gagal disahkan
47. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), Yang di-Pertuan Agong boleh
menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan pada pelantikan
pertama yang telah gagal untuk disahkan dalam perkhidmatannya semasa tempoh
percubaan yang ditetapkan, sama ada tempoh percubaan asalnya atau yang
dilanjutkan.
(2) Seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dalam skim
perkhidmatan terdahulu dan kemudiannya dilantik ke dalam skim perkhidmatan
baru tetapi gagal disahkan, boleh dibersarakan demi kepentingan awam di
bawah undang-undang pencen, jika pegawai itu telah dimasukkan ke dalam
perjawatan berpencen dalam skim perkhidmatan terdahulu itu.
(3) Bagi maksud peraturan ini, perkhidmatan seseorang pegawai selain yang
disebut dalam subperaturan (1) dan (2) hendaklah ditamatkan sekiranya pegawai
itu tidak dapat dikembalikan ke dalam skim perkhidmatan terdahulunya mengikut
subperaturan 11(1).
(4) Bagi maksud subperaturan (1), “pelantikan pertama” ertinya pelantikan
kali pertama ke dalam perkhidmatan awam atau pelantikan semula seseorang
pegawai mengikut peraturan 7, 8 dan 9.
Kuasa menamatkan perkhidmatan
48. Kuasa yang boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai di bawah
peraturan 46 dan 47 hendaklah tidak rendah daripada pihak berkuasa yang
melantik atau lembaga pegawai yang telah diwakilkan dengan kuasa oleh
Suruhanjaya di bawah Fasal (6) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.
Peluang untuk menunjukkan sebab
49. Perkhidmatan seseorang pegawai tidak boleh ditamatkan di bawah peraturan
46 atau 47 melainkan jika pegawai itu telah diberi peluang untuk menunjukkan
sebab, dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dari tarikh penerimaan
notis untuk menunjukkan sebab, mengapa perkhidmatannya tidak boleh ditamatkan.
Notis penamatan perkhidmatan
50. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh menamatkan perkhidmatan seseorang
pegawai selepas memberinya suatu notis bertulis atau membayarnya sebulan
gaji sebagai ganti notis jika—
(a) pegawai itu tidak memberi jawapan kepada notis untuk menunjukkan
sebab di bawah peraturan 49 dalam tempoh yang ditetapkan; dan
(b) Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa tiada sebab yang munasabah
wujud untuk tidak menamatkan perkhidmatan pegawai itu.
(2) Bagi maksud peraturan 46 dan 47, tempoh notis bertulis yang dinyatakan
dalam subperaturan (1) adalah tiga puluh hari.
P.U. (A) 176. 860
(3) Walau apa pun subperaturan (2), bagi pegawai yang dilantik selain
pelantikan tetap, tempoh notis bertulis itu hendaklah—
(a) mengikut syarat pelantikan pegawai itu; atau
(b) jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, tiga
puluh hari.
Notis peletakan jawatan
51. (1) Tertakluk kepada peraturan 53, seseorang pegawai yang berhasrat untuk
meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis—
(a) bagi seseorang pegawai yang dilantik selain pelantikan tetap, mengikut
syarat pelantikan pegawai itu, atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan
dalam syarat pelantikannya, tiga puluh hari sebelum peletakan jawatan
itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis;
(b) bagi seseorang pegawai dalam percubaan, tiga puluh hari sebelum
peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti
notis; dan
(c) bagi seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatannya,
sembilan puluh hari sebelum peletakan jawatan itu berkuat kuasa atau
sebulan gaji sebagai ganti notis.
(2) Notis peletakan jawatan itu hendaklah dihantar oleh pegawai itu kepada
Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan dan Ketua Perkhidmatan hendaklah
merekodkan dan memaklumkan Suruhanjaya yang berkenaan dan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam akan peletakan jawatan pegawai itu.
(3) Ketua Perkhidmatan hendaklah kemudiannya menghantarkan surat akuan
terima kepada pegawai itu melalui Ketua Jabatan apabila menerima notis peletakan
jawatan itu.
Kuat kuasa notis peletakan jawatan
52. (1) Setiap peletakan jawatan hendaklah berkuat kuasa pada hari yang
berikutnya selepas hari yang notis diberikan oleh pegawai itu tamat.
(2) Peletakan jawatan yang telah berkuat kuasa tidak boleh ditarik balik.
Pemendekan notis peletakan jawatan
53. Ketua Jabatan boleh membenarkan tempoh notis peletakan jawatan manamana
pegawai dipendekkan atas mana-mana sebab yang berikut:
(a) pegawai itu menyandang mana-mana jawatan dalam sesuatu pihak
berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi lain yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam;
861 P.U. (A) 176.
(b) pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa pegawai itu menghidapi
masalah kesihatan;
(c) pegawai itu menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan oleh pihak
berkuasa yang berkenaan; atau
(d) apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam.
Peletakan jawatan tidak perlu
54. Seseorang pegawai sesuatu perkhidmatan awam, sama ada bertaraf tetap
atau sementara, yang dilantik ke dalam perkhidmatan lain dalam perkhidmatan
awam tidak dikehendaki meletakkan jawatan, dengan syarat permohonan pegawai
itu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan yang lain itu telah dikemukakan
mengikut peraturan 17 dan disokong oleh Ketua Jabatannya.
BAHAGIAN X
PELANTIKAN PEGAWAI KONTRAK
Pelantikan pegawai kontrak
55. Walau apa pun Bahagian II, Suruhanjaya boleh melantik seseorang pegawai
secara kontrak.
Penamatan perkhidmatan dan peletakan jawatan pegawai kontrak
56. Subperaturan 50(3) dan perenggan 51(1)(a) hendaklah terpakai bagi
penamatan perkhidmatan dan peletakan jawatan seseorang pegawai kontrak,
masing-masingnya.
BAHAGIAN XI
UMUR
Umur dan tarikh lahir
57. (1) Jika sesuatu skim perkhidmatan menetapkan keperluan umur, maka
umur yang dimaksudkan itu ialah umur mengikut kalendar Gregorian.
(2) Bagi maksud subperaturan (1), umur seseorang itu ditentukan mengikut
peruntukan yang berikut:
(a) jika tarikh lahir sebenar diketahui, umur hendaklah mengikut tarikh
itu;
(b) jika hanya bulan yang diketahui, hari terakhir dalam bulan itu hendaklah
dianggap sebagai tarikh lahir;
P.U. (A) 176. 862
(c) jika hanya tahun yang diketahui, 31 Disember tahun itu hendaklah
dianggap sebagai tarikh lahir;
(d) jika tarikh lahir ialah 29 Februari, maka ulang tahun tarikh lahir orang
itu bagi tahun yang tidak mempunyai tarikh 29 Februari hendaklah
dianggap pada 1 Mac.
Umur persaraan
58. Umur persaraan bagi seseorang pegawai adalah seperti yang ditetapkan
oleh undang-undang pencen.
BAHAGIAN XII
PELBAGAI
Kuasa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
59. (1) Kecuali kuasa yang diwakilkan kepadanya, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam boleh, dari semasa ke semasa, secara bertulis, mewakilkan kuasanya di
bawah Peraturan-Peraturan ini kepada mana-mana pegawai.
(2) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh, dari semasa ke semasa, jika
perlu, mengeluarkan panduan untuk menjelaskan mana-mana peruntukan dalam
Peraturan-Peraturan ini.
Kecualian dan peralihan
60. (1) Tiada apa-apa pun dalam Peraturan-Peraturan ini boleh menyentuh
kesahihan dan kuat kuasa apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan dengan
apa-apa perkara di bawah mana-mana Perintah Am terdahulu dan keputusan itu
hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya walau apa pun
apa-apa yang tidak konsisten atau bertentangan dengan apa-apa peruntukan
dalam Peraturan-Peraturan ini.
(2) Semua perkara dan prosiding yang masih belum selesai di hadapan
mana-mana Suruhanjaya sebelum berkuat kuasanya Peraturan-Peraturan ini
hendaklah terus diuruskan mengikut Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan
Kenaikan Pangkat) 1973 seolah-olah Perintah-Perintah Am itu tidak dibatalkan.
(3) Apa-apa panduan yang telah dikeluarkan sebelum berkuat kuasanya
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus terpakai selagi ia tidak bercanggah
dengan mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.
Pembatalan
61. Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973 adalah
dimansuhkan kecuali Perintah Am 45 dan 49 yang hendaklah terus terpakai bagi
pegawai yang berada dalam Sistem Saraan Jawatankuasa Khas Kabinet 1976.
863 P.U. (A) 176.
JADUAL PERTAMA
[perenggan 19(1)(c)]
SURAT AKU JANJI
Saya,.....................................No. Kad Pengenalan .......................................... beralamat
di..................................... dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling
dan surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan
dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Kerajaan. Maka dengan itu
saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bahawa saya—
(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;
(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas saya sebagai pegawai awam dengan cermat, bersungguhsungguh,
cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;
(iii) tidak akan membelakangkan tugas awam demi kepentingan peribadi saya;
(iv) tidak akan berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi
saya bercanggah dengan tugas awam saya;
(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menimbulkan syak yang munasabah
bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan tugas
rasmi saya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai awam;
(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai awam bagi faedah diri saya
sendiri;
(vii) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam;
(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar
untuk menyokong atau memajukan tuntutan saya atau tuntutan pegawai awam lain berhubung
dengan perkhidmatan awam; dan
(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan sebagai
ingkar perintah.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya
boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.
...................................... ...................................
(Tandatangan Pegawai) (Jawatan Pegawai)
Di hadapan saya,
.....................................
(Tandatangan Ketua Jabatan)
......................................................................
(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)
........................ ...................................
(Tarikh) (Cap Rasmi Jabatan)
P.U. (A) 176. 864
JADUAL KEDUA
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
(peraturan 25)
Tarikh pelantikan Tarikh pergerakan gaji
1 Januari hingga 31 Mac 1 Januari tahun yang berikutnya
1 April hingga 30 Jun 1 April tahun yang berikutnya
1 Julai hingga 30 September 1 Julai tahun yang berikutnya
1 Oktober hingga 31 Disember 1 Oktober tahun yang berikutnya
JADUAL KETIGA
BORANG PERAKUAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
(peraturan 27)
Saya dengan ini mengesahkan bahawa ............................... No. Kad Pengenalan ...............................
telah menjalankan tugasnya dengan jujur, tekun dan berkebolehan dan saya berpuas hati dengan
sifat peribadi dan kelakuannya dan dengan ini memperakukannya untuk disahkan dalam perkhidmatan.
Tandatangan Ketua Jabatan : ...........................................................................................................
Nama Ketua Jabatan : ...................................................................................................................
Kementerian/Jabatan : ...................................................................................................................
Tarikh: ...............................
JADUAL KEEMPAT
BORANG PERAKUAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
[subperaturan 28(4)]
Saya dengan ini mengesahkan bahawa............................... No. Kad Pengenalan ...............................
belum dapat diperakukan untuk disyorkan bagi pengesahan dalam perkhidmatan dan dengan ini
mengesyorkan supaya tempoh percubaan pegawai ini dilanjutkan selama ………..bulan/tahun*
dengan denda/tanpa denda*. Pegawai belum dapat diperakukan bagi pengesahan dalam perkhidmatan
atas sebab-sebab yang berikut:
(a) tidak hadir/gagal* dalam kursus induksi;
(b) tidak hadir/gagal* dalam peperiksaan; (Sila nyatakan tarikh dan keputusan peperiksaan)
(c) sebab-sebab lain:
i. ...............................................................................................................................
ii. ...............................................................................................................................
iii. ...............................................................................................................................
Tandatangan Ketua Jabatan : .................................................................................................................
Nama Ketua Jabatan : ......................................................................................................................
Kementerian / Jabatan: .........................................................................................................................
Tarikh:..............................................................
*potong mana yang tidak berkenaan
865 P.U. (A) 176.
JADUAL KELIMA
BORANG OPSYEN
BAGI SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA MENGIKUT SUBSEKSYEN 6A(1)
AKTA PENCEN 1980
(peraturan 35)
Saya ............................ No. Kad Pengenalan ............................ yang dilantik sebagai............................
dalam perkhidmatan ............................ pada ............................ (tarikh) dengan ini bersetuju / tidak
bersetuju* memilih SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.
2. Saya faham bahawa jika saya tidak memilih SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA,
atau mengembalikan borang ini tanpa menyatakan apa-apa pilihan atau menyatakan apa-apa syarat
kepada pilihan atau tidak mengembalikan borang opsyen ini mengikut peraturan yang ditetapkan,
maka saya hendaklah dimasukkan ke dalam skim berpencen mengikut Akta Pencen 1980.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
............................................
(Tandatangan Pegawai )
Tarikh:............................................
Disaksikan oleh : .................................. Nama: :.................................
(Tandatangan)
No.Kad Pengenalan: ................
Tarikh....................... Jawatan: .................................
*potong mana yang tidak berkenaan
JADUAL KEENAM
PERAKUAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
(peraturan 36)
Saya dengan ini mengesahkan bahawa ................................. No. Kad Pengenalan .................................
telah disahkan dalam jawatannya yang sekarang dan telah genap tempoh selama tidak kurang
daripada .......... tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira dan saya dengan ini memperakukan
pegawai ini untuk diberi taraf berpencen.
Tandatangan Ketua Jabatan : ...........................................................................................................
Nama Ketua Jabatan : ...................................................................................................................
Kementerian/Jabatan : ...................................................................................................................
Tarikh: ...........................................................
Dibuat 14 April 2005
[JPA(S)223/8/1;PN(PU2)76/1/V]
Dengan Titah Perintah
TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN
Setiausaha Jemaah Menteri

No comments :

Post a Comment