Setelah aku habis belajar bertekad untuk memulakan perniagaan sendiri. Sebenarnya aku jatuh cinta dengan satu tempat yang semua orang akan p[ergi iaitu ds. Dewan selera.
Dewan selera ialah semua orang tahu, ds ialah dimana semua orang makan, tak ada orang yang tak pernah ke ds. jadi aku bertekad untuk membuat satu restoran yang berkonsepkan ala ds, suasanya dan dekorasinya ala ds. selalunya kita lihat kopitiam membawakan konsep kopitiam moden, dekorasi membawakan suasana perabutnya kerusi lama, ada gambar orang minum sambil bersembang-sembang. Dan pinggan mangkuknya mengikut kopitiam yang lama. Konsep yang aku masukkan dalam restoran aku ialah membawakan dekorasi ds, dan terutamanya ds sekolah lama aku iaitu ds tun ghafar baba. Semakin hari semakin ramai orang yang datang untuk merasakan makanan ds dan mengimbau kembali suasana makan sewaktu menjadi pelajar asrama dahulu.
Sewaktu dalam tingkatan empat saya selalu mendapat lauk lebih kerana kakak tu baik selalu beri saya ayam lebih, saya terima kasih banyak-banyak kepadanya. Selepas saya tamat tingkatan 5 tahun 1993, hubungan baik itu terputus. Hubungan saya dengan ds bersambung kembali kerana saya bekerja di sebuah sekolah di jasin bermula tahun 2005 dan saya selalu makan di ds kerana ada peruntukan, disana saya mengingat kembali peristiwa silam sewaktu saya bersekolah dahulu dan saya seperti kembali ke zaman persekolahan dahulu.
Seperti yang kita ketahui, ds merupakan tempat study, makan, jumpa kawan-kawan, tempat warden makan, tengok tv, buka puasa, makan sahur, makan dengan homeroom, majlis perpisahan, majlis sambut hari lahir kawan hr, minta kebenaran pulang bermalam, ambil pinggan, kongsi makanan beli tiket bas balik ke rumah mesyuarat PUM, telefon guna public phone mak ayah, curi-curi guna phone kawan, komplen makanan, lempar karipap atas siling, tengok tv malam-malam sampai kena hukum dsb dan macam-macam yang dilakukan di ds oleh pelajar-pelajar manja yang saya sayangi. Oleh itu banyak pengalaman manis untuk dikongsi bersama. Oleh itu saya ingin kawan-kawan dan sesiapa yang pernah tinggal di asrama untuk kembali merasakan suasana di ds d dalam restoran milik saya yang terletak di Gombak, Selangor.
Pekerjanya memakai uniform dan semuanya warga Malaysia, mereka perlu berlakon untuk melayan pelanggan-pelanggan yang bukannya pelajar sekolah lagi, tetapi mereka yang sudah besar. Di sini kita dapat lihat kaunter mengambil makanan, dan kami menggunakan tray besi, dan abang-abang ds akan mencedok nasi dan melatakkannya dalam tray pelanggan. Kemudian mereka akan beratur dan akan diberi satu lauk sayur, satu lauk daging, buah-buahan dan air sirap atau air suam,. Hanya satu jenis air sahaja yang akan diberikan. Kemudian mereka akan membayar satu set makanan berharga RM 3, murah mengikut sukatan yang diberikan, dan akan makan di meja panjang, dengan kerusi plastic hijau. Pekerja terdiri dari pekerja lelaki dan perempuan, dengan ada makcik ds garang, ada akak baik beri lauk lebih. Dan ada abang gatal nak tegur2 pelajar-pelajar.
Bagaimana tercetus idea untuk memulakan perniagaan makanan berkonsepkan ds ?
Hanya ada satu jenis lauk sahaja yang akan disajikan oleh syarikat sajimulia sdn bhd. Lauk seperti ikan jeket, sayur masak air, sotong masak sambal, lauk-lauk ini tidak akan dirasakan lagi oleh pelajar sekolah asrama.pagi pagi ada nasi lemak, corn flakes, dll.
No comments :
Post a Comment