Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Thursday, June 16, 2011

Kategori guru-guru sekolah


dipetik dari: http://westernfood.yolasite.com/index/kategori-guru-guru-sekolah

Nak tergelak saya, bila membaca kartun kat atas tu. Memang saya akui dengan bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah sekolah, sudah pasti kerani pun tak cukup tangan nak menyelesaikan semua tugas-tugasnya. Dalam hal ini guru terpaksa membantu supaya pelajar-pelajarnya tidak ketinggalan. Biasanya guru akan melakukannya untuk pelajar kelasnya dahulu dan menyerahkan pelajar lain kepada guru kelas masing-masing. Namun semakin hari semakin banyak yang perlu dilakukan sehingga ada guru yang tidak sanggup melakukan semuanya. Saya pernah kongsikan sebelum ini berkenaan tugas-tugas sebagai guru  sehingga ada masanya kami perlu melakukan kerja yang tak munasabah. Jika seseorang guru itu termasuk dalam kategori yang baik, tentu ini bukan satu masalah.

Kategori guru yang terpaksa menjadi guru
Memang banyak guru yang seperti ini. Mereka mempunyai berbagai alasan mengapa mereka terpaksa menjadi guru. Ada yang dipaksa oleh ibubapa. Ada juga yang tiada pilihan lain sewaktu memilih bidang pengajian. Dan ada juga yang berkelulusan tinggi tapi tiada peluang pekerjaan lain, akhirnya memilih memasuki maktab perguruan dan keluar sebagai guru. Guru dalam kategori ini bukan sahaja tiada semangat untuk bekerja. Mereka juga sering membuat kerja-kerja lain seperti berniaga, berpolitik, memenuhi kehendak hobi mereka dan sebagainya sehingga mengabaikan tugas-tugas sebagai guru.

Kategori guru yang bekerja kerana gaji.
Duit pasti menjadi rebutan dalam dunia serba kebendaan sekarang ni. Guru juga memerlukan duit tapi biarlah duit itu datang dari titik peluh sendiri. Mereka juga sebenarnya terpaksa menjadi guru untuk mendapatkan pendapatan yang tetap dan stabil sedangkan tiada sekelumitpun minat dalam diri mereka. Ini menyebabkan mereka mengabaikan tugas-tugas yang diserahkan kepada mereka dengan alasan tugas itu tidak menambahkan pendapatan mereka. Mereka akan berkata, tugas itu sepatutnya dilakukan oleh kerani dan bukan kerani yang membayar gaji mereka. Mereka juga jarang bekerja lebih masa, mengelak dari menghadiri kursus-kursus dan tidak rela menggunakan masa lapang dan hujung minggu mereka untuk kebaikan para pelajar. Asalkan kerja-kerja utama mereka siap, mereka sudah berpuas hati. Kemajuan para pelajar perkara kedua.

Kategori guru yang terkeluar dari bidangnya
Jenis guru seperti ini biasanya mempunyai minat yang mendalam sebagai pendidik sayangnya mereka tidak diletakkan ditempat yang betul. Contohnya seorang guru yang mendapat pengkhususan dalam pendidikan pelajar pekak dan bisu diletakkan sebagai pengajar kanak-kanak spastik. Ini membuatkan guru itu terpaksa belajar semuanya dari awal. Bagi guru yang cepat berputus asa, pasti minat untuk menjadi guru menurun sedikit demi sedikit.

Kategori guru yang ikhlas sebagai guru
Guru yang ikhlas, akan melakukan apa sahaja untuk kemajuan pelajarnya. Tak apalah menjadi kerani asalkan pelajar mendapat manfaatnya. Sanggup menghabiskan waktu lapang bersama pelajarnya. Tak kurang juga yang berhabis wang ringgit untuk menyediakan bahan pengajaran yang lebih baik. Sayangnya guru dalam kategori ini sering dipergunakan oleh orang lain untuk kepentingan sendiri. Mereka tahu, guru dalam kategori ini tidak akan menolak kerja, jadi guru ini akan ditimbunkan dengan kerja-kerja yang hanya mendatangkan kebaikan kepada orang lain. Guru seperti ini biasanya hanya diam sahaja dan tidak mampu melawan mereka yang petah berkata-kata, pakar membodek, gila kuasa dan hanya mementingkan nama. Tak hairanlah jika guru dalam kategori ini akan pupus selagi wujud manusia yang suka mengambil kesempatan.

Gambar diatas adalah gambar yang diambil oleh pelajar-pelajar saya sewaktu membuat kuih menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Saya suruh candid gambar aktiviti dalam bengkel tapi lain pula yang dapat. Dalam berpuluh-puluh gambar yang diambil, hanya gambar ini yang paling elok. Gambar yang lain, ada yang sedang catwalk dan berposing ala supermodel, ada yang bergambar dengan kekasih hati, ada yang tengah terjelir dan bermacam-macam lagi aksi macam budak terencat akal. Sabar je la ada pelajar macam tu. Rasa macam nak masuk kategori guru yang lain je...

No comments :

Post a Comment