Cherpen kedua
Tali plastik berwarna hijau itu kurungkaikan gulungannya dan kupotong sejengkal-sejengkal sehingga terhasillah 10 potongan tali hijau. Setiap satunya harus sama panjang, jika tidak ia akan berlaga dengan dinding penghalang sampah. Hujung setiap tali hijau itu dibuatkan satu simpulan kecil. Untuk menyimpulkan adalah mudah, tetapi untuk mengelakkan dari jari terluka, harus menggunakan pliers untuk menarik satu hujungnya. Kemudian mulakan dengan satu tali, dan aku masukkan kedalam sebuah lubang, dan di tarik keluar, simpulan itu akan membuatkan tali itu tergantung di plet besi yang akan berputar itu. Satu lagi tali dimasukkan kedalam lubang kedua dan ditarik keluar. Dahulunya kita menggunakan mata pisau pemotong rumput, tetapi sudah digantikan dengan plasti. Kalau pakai mata pisau, kita harus mengasahkannya.
Kalau selalu piring tergesel batu, ia akan bercalar dan lubang dihujungnya akan membesar, tali plastic umpama pisau panjang akan terlepas dari lubang piring. Waktu itu kita akan ganti. Kalau sudah lama dipakai piring akan digantikan , satu piring berharga RM 6 di kedai hardware.
Jika sekadar di tepi rumah, kadarnya ada lah mengikut keluasan kawasan rumah, selalunya tuan rumah akan diberitahu dahulu akan kadarnya, supaya dia akan bersedia. Kos minyak sudah naik, dan tidak boleh menggunakan minyak disel.
Selama aku memesin rumput, selama itulah aku mencongak akan perbelanjaan yang bakal aku jelas kan pada bulan ini. Dengan kos minyak yang semakin tinggi, dan pilihan tuan rumah untuk meracun rumput sendiri, aku rasakan periuk nasiku makin berpasir. Jikalau tidak bekerja memesin rumput, aku akan mencari upah menebang pokok. Selalunya satu pokok yang ditebang dan siap dibersihkan akan mendapat RM 200, dan harus dikongsi dengan rakan-rakan lain.
Susu anak, abang long minta belikan komputer....
Selama manapun umurku, inilah aku berdoa didekatkan kesenangan untuk ku membesarkan anak-anak yang mendambakan kasih sayangku di rumah sana. Anak-anak ini membesar dengan keinginan seperti anak-anak lain, yang mahukan kemudahan.
Demi anak-anak, aku bersetia sepanjang petang memesin rumput dari rumah ke rumah, setiap hari dari jam 5 hingga 7 petang. Sekiranya hujan, maka aku terpaksa menyambung memesin rumput esok harinya. Anak-anak sumber kekuatan dalamanku, mengenangkan mereka membuatku menggagahi setiap petang memesin rumput, terkadang mencecah alunan azan Maghrib baru aku dapat mematikan deruman mesin rumput. Kadang-kadang tuan rumah menjamuku dengan air kosong dan sedikit kudapan, sebagai pembasah tekak.
Untuk minyak petrol 5 liter, hanya satu tudung minyak pelincir sahaja yang akan dicampurkan dengan minyak tersebut. Kemudian akan dimasukkan kedalam mesin menggunakan corong khas. Jika pada sebelah pagi memulakan jentera agak susah ,kerana mesin keadaan sejuk. Selesai memesin rumput pada waktu bekerja ,kami selesai jam 5 petang. Bahagian hujung batang mesin dibersihkan dari sisa rumput , baju dikibas-kibaskan, googles, topi dan sarung tangan dibersihkan dan disimpan didalam pouch. Semuanya kontrek berikan. Kemudian disimpan diatas lori dan tidak perlu dibawa pulang sendiri. Taukeh akan menyimpan di stor. Minggu ini kami ditugaskan memesin rumput di padang sekolah.
Segulung tali plastik berwarna oren yang diletakkan di piring berharga RM 4 di sini. Dahulu sewaktu aku berjinak-jinak dengan khidmat memotong rumput, tali itu aku ukur sejengkal lebih dan kupotong menggunakan playa. Habis satu, kujengkalkan semula dan kupotong namun Aseng menunjukkanku cara yang lebih mudah dan cepat. Gulungan plastik tidak dibuka dahulu, sebaliknya dijengkalkan dan menggunakan kapak, aku menghentakkannya di 2 tempat yang hendak dipotong.
Mesin pemotong rumput sebenarnya diasaskan dari sebuah enjin kecil yang memutarkan sebiji piring kecil dihujungnya. Konsepnya sama seperti chainsaw dan motorsikal. Apabila mesin tidak boleh dihidupkan, maka Aseng mengajarku memeriksa palam pencucuhnya. Jika sudah digantikan, masih lagi susah dihidupkan, mungkin minyak 2Tnya terlalu banyak dicampurkan kedalam minyak petrol sehingga mesin menjadi sejuk. Jika masih susah juga, sekali itu aku menghantar ke kedai motorsikal untuk dibetulkan, diafram didalam enjin sudah rosak.
Jika hendak memotong rumput, piring yang mempunyai lubang digunakan, dan terdapat pelbagai jenis piring untuk pelbagai jenis fungsi, seperti grinder pengasah , mata pemotong dahan kayu dan mata pemotong besi. Selalunya ia digunakan untuk mesin grinder tangan, tetapi boleh digunakan untuk mesin kerana konsepnya adalah sama.
No comments :
Post a Comment