Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Thursday, June 16, 2011

di sebalik ketukan mesin taip (sebuah cerpen)


di sebalik ketukan mesin taip
Kenapa awak lakukan juga, bentak  kakak dengan nada garang.
Saya hanya lakukan apa yang kak suruh,
Bodoh, semua kena beritahu baru hendak buat, suruhy buat itu sikitpun tak boleh sempurna
Tapi saya hanya lakukan apa yang disuruh
Itulah kau, kau kena lakukan lebih dari apa yang disuruh. Kata ketuaku lagi. Kalau kau nak jadi paku baik erja di bahagian consruction . tugas kau berfikir dan buat keputusan
Bukan terima sahaja apa yang aku suruh, baik aku buat sendiri.
Sebelas muka surat yang kutaip dengan keringatku sendiri dengan tiga kali menggunakan cecair pemadam, begitu sahaja dikeronyok oleh Kak Aini, ketua pengarang bermata galak tinggi lampai dan bertudung putih, sebelum dibaling ke dalam tong sampah. Itulah sahaja salinan cerpen in yang aku ada, memang aku tidak suka membuat carbon copy untuk semua kerjaku. Hampir sahaja aku merampas helaian itu kerana pagi ini aku bangun awal dan dalam keadaan mengantuk itu aku menuju ke bilik study di tingkat atas blok E,  untuk sediakan cerpen itu dan diletak atas mejanya jam 7.40 pagi tepat sebelum kelas pertama hari isnin. Dalam keadaan mengantuk aku susun langkah ke bilik study blok E, tingkat atas. Aku harap ketukan mesin taip ini tidak akan membangunkan mereka jam 3 pagi ini, selalunya pelajar tingkatan 5 sudah mula tidur, kerana mereka suka buat ker ja rumah pada malam hari. Mesin water cooler menjadi mesin paling popular, kerana mereka mengambil air panas untuk membuat air dan memasak mee segera dalam tin atau mangkuk ds. Ramai pelajar yang mencuri pinjam mangkuk dari dewan selera untuk digunakan, esoknya mereka hanya letakkya di tepi longkang. Tiada tanggungjawab betullah. Tong sampah di tepi pintu tandas kerap melimpah, terutama pada hari ahad petang.
Selepas itu aku bergegas ke row call jam 7 sepuluh pagi.
Aku pulang keluar dari kelas 504 dengan muka memerah, dan membongkol seakan ada batu tertanam dalam dadaku, batu itu adalah batu kesebakan. Kuteruskan perjalanan menuju ke ds, melalui lebuh ilmu, perpustakaan yang selalu kukunjungi memeblok ke kiri dan melalui laluan gajah menyusur ke ds.
Fikiranku membungkam. Cita-cita ku menjadi pengarang majalah tinta mas  berkeronyok seperti kertas tadi. Apa dia fikir dia senior aku 4 tahun atas, dia boleh cakap seperti aku tidak tahu mengarang langsung. Aku mula menulis sejak aku dari darjah 3 lagi, sajak ku menjadi perhatian dewan pelajar dan utusan Malaysia. Bukan banyak pelajar yang minat jadi pengarang tinta mas. sudah 4 tahun kak zai memegang jawatan itu, semenjak dari tingkatan satu.tidak ada pelajar yang berkelayakan menggantikan menjadi ketua pengarang yang mempunyai komitmen dan minat yang mendalam seperti kak zai.
 kak zai bertatih dari bawah, dari mula menjadi sub editor, editor kemudian pengarang dibawah tidak kurang dari dua guru penasihat. Kak zai memang profesionnya semenjak menjadi pelajar mrsm tgb ni adalah hidup matinya tinta emas, selain bermain bola jarring dan berkelab. Kak zai terpisah dari orang lain, dia hidup dengan catatan dan kertas. Asam garam yang ditelannya lebih banyak dri butiran nasi yang kumakan di dewan selera setiap hari.
Waktu itu waktu rehat tingkatan 4. Kuambil 2 keping kuih dari kaunter dewan selera dan kumakan dengan rakus. Arina menghampiri
Hatiku bungkam, kumakan kembali karipap keras dengan sugul hampir –hampir aku tidak mendengar sapaan arina, rakan karibku yang sudah kecundang dari terpilih menjadi pengarang.
Aku ceritakan apa yang telah terjadi dan dai menggelengkan kepala
Aku minta dia doakan aku kerana aku berusaha yang termampu untuk perkara ini.
Petang itu juga semasa kelas persediaan petang aku mengetuk mesin taip di wakaf, untuk membuat pembetulan apa yang perlu dan menambahkan untuk mencantikkan cerpenku, kutambahkan klimaks, ku kurangkan watak yang kurang berkesan, ku tajamkan amatan untuk perlakuan dan pengenalan untuk setting ku perincikan, ku masukkan elemen segar dan releven untuk pelajar. Cerpen yang segar harus berkaitan dengan konteks hidup pembaca muda, berkaitan dengan pengalaman sedia ada, ada pengajaran dan ada mesej yang ingin disampaikan. Ketukan mesin taip bertali arus dengan bunyi mesin rumput si pemotong rumput yang acapkali hirisan rumput menyinggahi bajuku, kerana mereka terlalu hampir denganku, tetapi aku tidak hiraukan. Mesin taip itu adalah pembelianku oleh ayahku sendiri sewaktu mengambil angin di flea market London, berharga 50 pound. Ayahku membelinya dan kasihan, seberat itulah ayahku membawanya pulang menaiki kapalterbang dan dikenakan caj tambahan. Dengan mesin taip itulah aku belajar trengkas dan tanpa ada Miss Broome pun aku masih lagi membuat silap dan salah walau sudah 2 tahun aku menekuni seni penaipan.
Pada sebelah malamnya semasa prep malam, ku atur langkah ke kelas 504 kembali, dan kutemui kak zai. Kak ini cerpen baru saya siapkan. Tolong nilai , kak
Kak meneliti cerpenku dan berkata macam inilah yang kakak mahu, inikan keluaran yang ke sepuluh tinta emas, tentulah akak nak len jadi lebih bermutu dari yang sebelumnya. Nampaknya adik dah Nampak halatuju majalah kali ini  sekali imbas akak loihat plotnya kemas, protagonist ditemukan dengan segera dengan antagonisnya, eksposisi segera untuk tempat dan masa. Mm dan ada sedikit element percintaan monyet antara students. Pasti akan jadi menarik kalau adik masukkan moral value islamik ya. Cerpen yang menghiburkan dengan pengajaran diakhirnya. Syabas.
Perkataan terakhir itu aku sambut dengan senyuman dan hati berbunga-bunga. Hayunan langkah ke kelasku kurasakan seperti berjalan di atas angin. Masakan tidak. Sudah 3 tahun aku mencuba untuk memuatkan cerpen aku ke dalam tinta emas tetapi semuanya kecundang. Aku memang suka menulis, tetapi untuk menghantar ke majalah tidak sekali, hanyalah kakak angkatku menyarankannya. Buat apa disimpan-simpan nanti basi tau dik.
Nanti akan bawakan kepada cikgu jadid.
Aku terkelu lidahku, hanya kuucapkan terima kasih dan ku keluar dan mendakap Arina yang menghantarku di muka pintu kelas 504.

No comments :

Post a Comment