Pages

Introduction

Hello and Good Day Everybody !
I am a new teacher in the school named Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. This school is situated in Jasin, Melaka.
I am accepted to be one of the Guru Sandaran Terlatih (GST) here. There are 10 of us, my batch joined the schools in 27th June 2011.
In this blog, I share with you my experience and great things that are happening to me in the school.
There are also notes and things for good English class usages, so feel free to browse them whenever there are gaps between classes.
My mentor here is Hajjah Zaorah and she has been guiding me to be a better English teacher.
Thank you !
.
In this blog, I have uploaded
Literature lesson plans for form 4 and 5
working papers, reports after programmes, yearly uniform body reports, weekly reports, sponsorship letters, sample of memos and thank you notes, short stories and others.



Happy teaching, teachers !
Here is a good link to English Materials:

http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=54

Pengikutku, Sila jadi pengikut untuk blogs saya !

Monday, June 11, 2012

Apa itu buku Log Pengakap Raja ?


SALAM SEJAHTERA SEMUA CALON PENGAKAP RAJA
DAN PENGAKAP SEKALIAN.

 KAMI SELAKU PENASIHAT PENGAKAP DISINI MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH ALAM KEPENGAKAPAN. WALAUPUN KITA BERTEMU DUA KALI SEMINGGU, IKATAN PERSAUDARAAN SENTIASA MEKAR. INGIN KAMI INGATKAN, PENGAKAP ADALAH AMALAN SEPANJANG HAYAT, MALAH KEMAHIRAN MENGGUNAKAN KOMPUTER PUN ADALAH KEMAHIRAN YANG ADA PADA SEORANG AHLI PENGAKAP.
SEMENTARA ANDA ADALAH AHLI PENGAKAP, JALANILAH AKTIVITI PENGAKAP YANG DIANJURKAN OLEH KAMI KERANA BANYAK ILMU YANG AKAN KAMI SALURKAN, SEPERTI ILMU MEMASAK, ILMU IKHTIAR HIDUP DAN ILMU AKADEMIK YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN DIDALAM HUTAN DAN DIDALAM KEHIDUPAN ANDA SEKARANG.
BAIKLAH, UNTUK EPISOD KALI INI, KAMI AKAN MENERANGKAN PERIHAL BUKU LOG. . HARAPAN KAMI KEPADA CALON PENGAKAP RAJA, AGAR SENTIASA MENGEMASKINIKAN BUKU LOG PENGAKAP. MULAI DARI HARI BULAN MAC, KAMI AKAN MEMBERIKAN MAKLUMAT BERKENAAN CARA MEMBINA BUKU LOG. PENGAKAP YANG LAIN PUN MESTI MEMBINA BUKU LOG SENDIRI, KERANA IA ADALAH KENANGAN MANIS ANDA BERSEKOLAH DAN MENJADI AHLI PENGAKAP



APAKAH IA BUKU LOG ?.

Buku Log Pengakap membawa erti sebuah buku catatan, dairi dan seumpamanya dengannya. Dimana terkandung dalamnya bait-bait pengisah tentang hal ehwal berpengakap seorang itu bermula dari hari pertama perjumpaan serta liku-liku kehidupan berpengakap sehingga ke hari ini.

Itulah yang terbaik kerana dalamnya terkandung kisah suka duka kehidupan berpengakap sesaorang itu. Betapa taat dan setianya dengan kehidupan berpengakap, betapa telah sebatinya dengan prinsip dan kehidupan seharian; bak isi dengan kuku, bak lagu dengan irama.
Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.
Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.
Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.

No comments :

Post a Comment