Selamat mencuba saya ucapkan kepada
pembaca semua.
Hari
ini saya berkongsi amalan pelik tapi benar diamalkan oleh orang yang suka
menngamalkan petua yang kita tidak pernah dengar jauh sekali amalkan, tetapi
untuk yang melakukannya ada kesan yang diperolehi. Amalan ini berkaitan dengan
cara makan.
Minum
setengah jam selepas makan, elakkan minum air sebelum semasa makan atau
selepasnya kecuali selepas setengah jam, ini akan memudahkan perut membuat
penghadaman secara maksimum kerana, asid gastrik masih pekat dan kau-kau, oleh
itu makanan akan dihadam dengan sempurna, kalau dah minum air, asid akan cair
sikitlah.
Kalau
nak minum selepas makan, ada satu lagi cara, dan ada juga mendapat manfaatnya, iaitu
ia mengajar kita menyayangi makanan dan akan menghabiskannya sehingga menjilat
jari. Semua orang jijik dengan amalan ini, tetapi jika dilakukan, ada kesan
yang besar. Kala nak buat pun, hanya berseorangan, sebab orang satu rumahpun
tak sanggup, kecuali mereka yang sekepala dengan anda, tapi dia bukan khurafat,
Cuma janggal kalau dibuat depan orang. Anda mesti minum air kosong, kalau air
perisa, kurang sesuai. Selepas makan, anda mesti basuh tangan, tetapi jangan ke
paip, sebaliknya gunakan air kosong yang anda sediakan untuk membilas tangan
kanan anda didalam pinggan anda atau pinggan lauk yang sudah kosong. Kalau anda
minum air perisa, kurang sesuai hendak membasuh tangan, kerana ia air suci tapi
tak menyucikan. Selepas makan mesti anda hendak minum, kan, jeng jeng jeng.
Anda
tuang kembali air basuhan tangan kedalam gelas dan minum air tersebut. Ye ke ni
? Anda sendiri yang rasa jijik bila membaca petua kuno ini, dan fikirkan jika
anda melakukannya buat kali pertama. Bagaimana dengan orang yang melihatnya,
pasti akan angkat kaki dan tak akan duduk makan dengan anda, Mungkin akan ada,
kalau dah housemate, tapi akan makan
cepat-cepat dan duduk depan tv.
Sebenarnya, dari segi hukum, apa yang anda
makan dan minum itu semua halal. Sisa nasi di tangan itu, nasi yang anda makan
juga sebentar tadi. Air kosong itu, air minuman anda, Cuma yang tidak sanggup
ialah terma air basuhan tangan itu.
Ada
berani ? Apa kesannya, ialah tidak sedikitpun makanan akan tertinggal, kerana
semua sudah dibilas bersih ‘kroet-kroet’ dengan air, dan tangan bersih. Ia
menjimatkan air, dan masa, dan mengajar anda tidak meninggalkan walau sehelai
nasipun di dalam pinggan. Seperti yang saya kata tadi, ia adalah petua yang
tidak pernah kita dengar, malah otai-otai kampungpun tak pernah dengar. Kalau
buat ni untuk yang sudah berkahwin, pasti isteri-isteri akan rajin masak lagi,
pasal isteri malas masak pasal selalu tak habis makanan dan lauk, tapi dengan
amalan ni konfem isteri anda akan tersenyum girang lihat pinggan lauk-pauk
licin seperti dijilat.
No comments :
Post a Comment