Sahabatku Hafisa
Saya
menggelarkan sahabat saya sebagai Halisa, dia sahabat saya sehidup semati dan
kami berjanji akan bersama sewaktu kami bertemu semasa orientasi pelajar baharu
sebuah universiti tempatan sepuluh tahun lepas. Satu hari kami berjalan di KLCC
untuk menghabiskan masa bersama sebelum mengambil bas ekspres pulang ke kampung
halaman untuk cuti semester. Dia telah memberitahu akan suatu peristiwa yang
membuatkan hati seorang wanita tersentuh, betapa rakan karibku seorang yang
lemah lembut dan warak dan terpuji akhlaknya, akan tetapi sejarah ibu bapanya
sebelum dia lahir telah mencalit kesan hitam kepada biodata hidupnya. Sebagai
sahabatnya, aku berusaha memahami situasinya yang menghiris kalbu, namun
ibubapanya tidak sanggup menggugurkan kandungan sewaktu ia berusia tiga bulan.
Didalam
tangis dan esakannya, dia mengaku telah jatuh hati dengan seorang jejaka di
kampus, kunamakan ia sebagai Razak. Apabila Halisa memberitahu Razak
keadaannya, Razak meminta beberapa hari untuk memikirkannya. Halisa
kadang-kadang terfikir untuk menelan sepapan ubat penenang untuk menamatkan
kekusutan fikirannya, walaupun peristiwa silam itu bukan salahnya, akan tetapi
namanya yang tidak berbintikan sesiapa pasti mengundang curiga setiap kali ada
urusan akademik yang memerlukan salinan kad pengenalan. Kakak di koperasi universiti
pernah mencadangkan sesuatu kepadanya,
“Dik,
i.c. adik ni dah rosak, nama tak penuh, elok tukar di Jabatan Pendaftaran
Negara”
Setelah
mengetahui statusnya, aku hanya berharap agar dia dapat bertemu seorang jejaka
yang ikhlas, jujur, beriman, kuat mengamalkan agama Islam, menghargainya dan
berusaha menaikkan nama keluarga yang mungkin suram. Si jejaka mesti tahu
wanita berstatus seperti Halisa tidak punya keturunan datuk nenek atau bapa. Sesenpun
harta bapa biologinya tidak akan dapat diwariskan padanya, itu adalah tuntutan
agama. Dia adalah seorang wanita yang hanya mempunyai ibu dan adik-beradiknya,
yang diharapkan akan dapat membantunya didalam mengharungi kehidupan pada masa
hadapan. Diharapkan dalamannya dan luarannya kuat dan mampu membuktikan bahawa
dia akan berjaya dan mempertahankan maruahnya. Kiranya ada pihak yang
merendahkan martabat sebagai seorang Muslim dan manusia yang mempunyai hak yang
sama dengan anggota masyarakat yang lain. Dia juga kudoakan mampu meyakinkan
dirinya sejarah lampau ibu bapanya tidak memberi kesan mahupun mempengaruhinya,
dan meskipun dia wujud tiga bulan sebelum tarikh pernikahan ibu bapanya, dia
akan tetap menghormati mereka dan juga dirinya, dan juga mengakui dia punya
kekuatan untuk menentukan hala tuju hidup sendiri tanpa percaya kepada
peribahasa ‘bapa borek anak rintik’.
Senja
itu kami berjalan bersama-sama ke Masjid KLCC untuk menunaikan solat Maghrib.
Jika hendak Berjaya, solatlah kamu secara berjemaah pada awal waktu. Nyata
laungan azan pada senja itu dan terlihatkan ufuk senja memberikan kami azam
keluarga yang Nafisa bakal bina ini akan sedia menghadapi cabaran mendatang
kerana didadanya ada keyakinan kepadaNya.
Perhatian
kepada bakal pengantin !
Gementar
dan gugup semasa duduk diatas bantal mengadap kiblat sementara menunggu saat untuk melafazkan akad nikah adalah
cabaran yang dilalui oleh setiap pengantin lelaki. Pelbagai persiapan
dilunaskan sebelum hari pernikahan. Senarai panjang barang dan perkara yang
perlu diadakan itu lebih panjang dari resit belian dari pasaraya hyper untuk
barangan sebulan sebuah keluarga. Satu barang yang wajib disediakan oleh bakal
pengantin lelaki pada hari pernikahan tetapi selalu diabaikan adalah sebatang pen
dakwat basah atau pen fountain !
Sediakan sebatang pen istimewa yang
bernilai buat menandatangani surat pernikahan anda, satu surat tanda
termeterainya perjanjian sehidup semati dan taklik anda dan pasangan. Ia harus
dititikberatkan juga.
Surat
nikah itu akan menjadi surat teristimewa, tandatanganilah ia menggunakan
sebatang pen yang tidak ternilai harganya yang datang dari kotak pen atau kocek
baju melayu pengantin lelaki tersebut dan bukannya meminjam pen jurunikah yang
berharga 70 sen sahaja.
Kiriman:
Hasbi
bin Mohamed Arifin
No comments :
Post a Comment