Kegunaan bahan di rumah untuk menyenangkan kerja anda. Kali ini saya
kongsi satu bahan yang banyak guna seperti pokok kelapa. Bahan ini ialah tiub
tayar. Kalau kita pergi mandi tepi laut, kan ada pelampung tayar lori yang
besar, sekarang ni tayar kereta tubeless tak boleh nak buat pelampung dah.Mari
mula dengan tiub tayar basikal dah puas hati, kerana dia boleh jadi macam-macam
barang keperluan harian kita, tapi bukanlah jadi nasi pula, kan. Kalau di
kampong tiub ni potong sikit-sikit buat bakar sampah belakang rumah. Tiub ini
hakikatnya adalah getah, dan dipotong sedikit secebis, kalau gonyoh pada
tulisan pensel, ia jadi pemadam. Bahagian luar yang menyentuh tayar licin, jadi
gunakan bahagian dalam yang kasar berkrim. Anda lihat ada habuk pemadam
bergumpal atas kertas macam pemadam mahal tau. Kedua ialah sila lihat sifatnya
yang bentuk donut, berlubang ditengah-tengah. Dipotong sekadarnya , ia boleh
dijadikan pelapik rantai, kalau kita ada rantai, nak mangga motor atau gate
sekolah, kan , ia keluarkan bunyi bila berlaga dengan grill besi. Anda masukkan
rantai kedalam tiub yang sudah dipotong ikut panjang rantai, dan ikat
hujungnya, nah, ia sudah tidak berbunyi lagi, dan tidak rosakkan cat grill
anda. Ketiga, ia dijadikan tampal selipar atau tapak kasut. Janji anda gunakan
gam kasut cap Dunlop. Keempat, ia dijadikan dekorasi motorsikal, iaitu
dijadikan tassels, atau rambu-rambu
di hujung hendal motorsikal easyrider berkuasa tinggi. Tak kisah, kalau rasa
nak letak kat sepai atau Vespa digalakkan mencuba. Akhir ialah ia dijadikan
pengganti paip PVC. Memandangkan ia mudah koyak, aku gunakan untuk mengalirkan
air keluar dari sinki ke luar rumah.Untuk permulaan, aku tak guna untuk alirkan
air ke paip, pasal water pressure kuat, tapi kalau nak keluarkan air dari
sinki, tiub ini bagus, kerana, kita gunakan klip untuk sampungkan ia dari
lubang sinki terus ke lubang keluar air.
Selamat mencuba !
No comments :
Post a Comment