Pada
pendapat saya, seni dan pendidikan itu penting didalam proses pembelajaran
seorang kanak-kanak sekolah rendah. Seni dapat memupuk minat pelajar dan
menyeronokkan murid didalam kelas.guru yang mempunyai minat terhadap seni harus
mengaplikasikan minat yang dia ada dan berharap supaya kaedah ini dapat merangsang
kearah pembelajaran yang berkesan. Guru dan murid dapat sama berminat mengikuti
pengajaran dan pembelajaran. Didalam pengajaran semua bahasa, semua bahasa akan
mengarahkan pelajarnya untuk mempersembahkan sesuatu di hadapan khalayak ramai.
Bercakap mengenai pembelajaran didalam bahasa Melayu, saya akan memandu dan
membimbing pelajar untuk bersedia membuat satu persembahan kesenian, kerana
hidupnya bahasa kerana seni, hidup seni kerana budaya.
Didalam
bahasa Melayu, budaya yang terkandung didalamnya adalah seperti pantun,
lakonan, sajak mahupun bahas, yang saya yakin nahunya sudah mantap dan kukuh.
Oleh itu, seorang murid yang telah mempelajari nahu didalam bahasa Melayu akan
dipandu untuk mempelajari budaya Melayu. Oleh itu, mereka dapat mempelajari
lakonan dan mempersembahkan kepada rakan-rakan mereka di sekolah.
Sudah
menjadi isu nasional, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dibuktikan masih
terdapat ruang untuk penambahbaikan. Belum nampak lagi pelaksanaannya di
sekolah rendah. Begitu juga dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan
inovatif di kalangan murid. Adalah menjadi tugas guru untuk menyatupadukan
kemahiran menaakul, pemikiran kreatif dan inovasi dalam Pelaksanaan Kurikulum
Bahasa Melayu.
Saya
masih baru didalam kemahiran ini, kemungkinan saya telah menjalankannya tetapi
saya tidak tahu definisi untuk kaedah pengajaran yang sedang saya lakukan.
Bercakap mengenai kemahiran menaakul, kreatif dan inovasi, saya cuba terapkan
didalam pengajaran dengan menggunakan aspek kebudayaan. Saya percaya ia adalah
satu adunan yang baik, yang boleh menarik minat pelajar belajar nahu, berfikir
secara kreatif dan mempersembahkan kepada rakan-rakan.
Untuk
tugasan ini saya telah memilih untuk membentangkan aktiviti bahasa melayu untuk
pelajar darjah satu, empat dan enam. Saya memasukkan elemen berfikir aras
tinggi yang saya lihat sesuai untuk murid-murid.
Cara
saya mengenengahkan kreatif dan inovasi didalam pengajaran ada pelbagai. Saya
bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya selalu mengutarakan soalan yang
membuat murid berfikir tanpa disedarinya.
Salah satu ialah berpura-pura melakukan kesalahan fakta seperti salah
menyebut nama tempat, Kelubi menjadi Kelabu tidak meminta murid membetulkan,
tetapi mereka akan sedar dan membuat pembetulan lisan, menegur saya.
Melalui
peralatan yang digunakan, saya menggalakkan pelajar meluahkan idea dan memberi
mereka peluang untuk menyampaikan idea. Saya akan berikan mereka permasalahan
yang kecil dahulu, untuk sesi pemanasan minda. Contohnya saya akan kata papan
hitam sangat berhabuk dan tidak sesuai ada banyak habuk yang boleh mengganggu
pelajar di hadapan. Saya akan minta pelajar melakukan sesuatu yang menyusahkan,
seperti membuang habuk pada setiap kali kelas berakhir. Apabila mereka tidak
mahu, maka saya minta buah fikiran cara selesaikan masalah habuk yang banyak
terutama pada jam 11 pagi, selepas beberapa kelas sudah berakhir.
Saya
selalu meminta pandangan dari pelajar akan masalah yang kecil sehingga mereka
boleh memberikan idea yang mudah untuk dilaksanakan. Dari situ saya dapat
mengasah kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah yang kecil. Selalunya
saya mempunyai agenda tersendiri yang lebih besar dari apa yang saya tunjukkan
kepaa mereka setiap kali saya utarakan soalan yang mudah, sehingga mereka
merasa yakin mereka dapat menghadapi setiap soalan yang saya utarakan. Selepas
itu, saya akan berikan mereka soalan yang tidak akan menakutkan mereka, tetapi
yang dapat meminta mereka mencari jawapan melalui masalah yang kecil sahaja.
Saya
cuba memberikan soalan atau idea yang mereka harus menyiapka boleh terima , dan
ini mengikut situasi, selalunya guru akan cuba mengejar masa kerana harus
menyiapkan PBS, tetapi didalam PBS juga saya menyelitkan kemahiran berfikir aras
tinggi. Saya mengolah gunakan kreativiti untuk persembahkan soalan dengan cara
terbaik. Inovasi yang dilakukan kepada soalan membolehkan ia sesuai sama ada
terlalu tinggi atau mudah.
Selalunya
saya akan mengajar mereka nilai-nilai murni, iaitu nilai yang merentasi
kurikulum, dan mencintai alam sekitar, flora dan fauna. Terdapat didalam
pelajaran merentasi kurikulum dimana semua guru harus menerapkan kejujuran dan
keikhlasan.
Sewaktu
saya pertama kali hadir untuk memperkenalkan diri, semua guru akan memperkenalkan
diri dan memberikan sedikit biodata yang perlu supaya pelajar boleh mengenali
guru dan sikap apa yang digemarinya. Kali pertama akan jadi sebegitu rupa.
Tetapi saya lakukan sedikit inovasi dimana saya memberikan pelajar soalan
isikan tempat kosong dengan abjad yang sesuai dan saya tulis di papan hitam.
Saya beri pelajar peluang untuk mereka cipta dan mengagak apa nama saya dan
maklumat seperti alamat, asal dari mana dan berapa orang adik beradik saya.
Dengan cara memperkenalkan diri yang diinovasikan ini saya membangkitkan
suasana ingin tahu pelajar, kena boleh jadi banyak kemungkinan untuk nama saya
dan mereka meneka sudah menjadi keseronokan.
Di
sekolah saya, para guru kurang digalakkan untuk menggunakan buku rujukan
sepanjang masa, kerana kami perlukan diberikan ruang untuk melakukan eksperimen
melalui pengajaran. Menggunakan buku rujukan sedikit membantutkan usaha kami
untuk menggunakan kreativiti didalam pengajaran. Oleh itu saya hanya merujuk
kepada HSP, DSP dan soalan PBS untuk membuat pengajaran dan mencapai objektif.
Begitu juga pelajar saya beri gambar yang diambil dari situasi di sekeliling
sekolah, dan ada satu isu yang perlukan jawapan. Konteks yang saya adalah ruang
lingkup sekolah sahaja, buat permulaan, untuk memperkenalkan mereka kepada
keadaan sekolah. Di sekolah saya mengajar kelas tahap satu, dan murid perlukan
panduan dan masa untuk menyediakan diri kepada situasi rakan-rakan, bangunan
baharu, guru-guru dan mata pelajaran yang baharu. Oleh itu saya memilih konteks
yang berkaitan kepada situasi yang mereka boleh lihat sedalamnya, seperti
kantin, tandas, bilik guru, kedai koperasi dan kawasan yang mereka boleh lihat
dalam satu hari. Saya tunjukkan mereka gambar-gambar yang ada satu masalah
didalamnya, seperti satu pili yang menitis air, dan minta mereka nyatakan apa
yang mereka Nampak, dan kenapa air menitis.dan apa kesan air kepada simen
tandas.situasi kedua ialah gambar pelajar lari ke kantin, dan apa sebab kena
berjalan untuk ke mana-mana.
Darjah
satu saya tunjuk kepada mereka cara murid deklamasi sajak dan bercerita, untuk
beri mereka pendedahan cara lakukan itu. Tiga bulan pertama saya dedahkan
kepada cara pelajar tahap dua deklamasi sajak di pentas sekolah. Tahap demi
tahap, saya dedahkan kepada sebutan dan bacaan sehingga mereka dapat sebut
dengan tepat dan saya bawa mereka ke hadapan kelas untuk baca sajak pendek.
Pendekatan ini untuk mereka belajar sebutan, ejaan dan nilai murini ialah
berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan. Ini memudahkan mereka mendapat band 6
didalam b. melayu. Juga, keberanian yang diperolehi apabila selalu menambahkan
ilmu pengetahuan didalam pembelajaran lisan, menghafal kisah dan cerita yang
dipermudahkan oleh guru telah membantu pelajar darjah satu didalam subjek
bahasa melayu.
Sebagai
guru kelas, adalah menjadi harapan saya murid dapat menguasai pelajaran yang
didapatinya dari guru, dan saya menganjurkan program integrasi matapelajaran
iaitu satu aktiviti mendeklamasikan sajak yang kandungannya datang dari matapelajaran sains. Pelajar deklamasikan
sajak yang bertajuk campur dan bahagi, iaitu menyampaikan maksud yang
kandungannya mengenai topik-topik yang didapati dari silibus sains.
Pelajar
akan diberi masalah yang mereka lihat seharian. Ada juga masalah yang berkaitan
dengan sikap mereka yang keanak-anakan yang hanya mementingkan keseronokan.
Terdapat kesukaan mereka untuk bermain sementara menunggu kenderaan mengambil
mereka pulang. Pelajar lelaki akan bermain bola botol plastik yang menimbulkan
suasana bising.
Begitu
juga saya minta murid menyampaikan apa yang mereka fahami atau topik mana yang
mereka minat didalam subjek matematik, dan mereka menyampaikan kandungan
melalui pantun empat rangkap.
Dari
itu, saya memperkenalkan mereka kepada nama-nama tempat dan nama benda yang
Apabila mereka melalui tempat itu, saya galakkan mereka untuk mengeja perkataan
yang ditunjukkan. Dengan cara ini, mereka dapat belajar perkataan yang
mempunyai satu, dua atau tiga sukukata secara sendiri.
Apabila
seorang guru mengajarkan kreativiti dan inovasi kepada anak muridnya, maka guru
mesti menunjukkan kepada muridnya bahada beliau juga mempraktikkan apa yang
diajarkannya. Terutamanya guru yang baharu melangkahkan kaki ke alam perguruan,
kreativiti perlu diterapkan kedalam hidup seorang guru. Ini penting supaya murid
dapat menjadikan guru sebagai contoh dan ikutan untuk membuat kreativiti.
Sebagai seorang guru kelas, saya
mahu menunjukkan bahawa kreativiti dan inovasi dapat menyelesaikan masalah yang
kita hadapi seharian. Kita cuma perlu sedikit ketenangan dan penelitian untuk
melihat sekeliling kita dan mencari masalah yang kita boleh selesaikan
menggunakan perbelanjaan yang sedikit. Saya sentiasa menggalakkan murid untuk
mencari penyelesaian secara sendiri dan tanpa mengharapkan kehadiran guru,
supaya mereka boleh belajar menyelesaikan masalah dengan sendiri.
Apabila
mengajar pelajar darjah satu, saya perdengarkan mereka lagu-lagu kanak-kanak
yang mereka suka dengar, tetapi saya ubahkan lirik kepada bahasa Melayu.
Kandungan saya kaitkan dengan alam persekolahan, perkenalkan murid kepada
tempat-tempat di sekolah, dan nama-nama para pentadbir dan nama guru yang
mengajar mereka. Sebagai contohnya saya gunakan ‘Lagu Tiga Kupang’ dan saya
kerahkan sedikit kreativiti untuk jadikan murid faham. Yang pastinya saya
gunakan perkataan yang mudah untuk diingati dan saya pilih perkataan yang
pendek sahaja. Saya pilih perkataan yang saya dapati dari dalam Huraian Sukatan
Pelajaran darjah yang saya ajarkan. Terdapat 3 hingga empat lagu yang telah
saya ubahkan liriknya, seperti lagu ‘Labah-labah’, lagu dari filem-filem lama
dan dari animasi bersiri. Apabila mereka dengar lagu yang mereka suka, tanpa
disuruh mereka akan minta lirik dan hafal dengan sendiri. Mudahlah kerja saya
untuk membuatkan mereka cuba sebutkan perkataan yang baharu.
Apabila
mereka lihat guru jadi berani buat persembahan, maka mereka jadi berkeyakinan
untuk lakukan seperti apa yang guru lakukan, dan pada masa yang sama saya
pantau sebutan biar betul. Selalunya murid yang pelat mengikut bahasa ibunda
tidak boleh sebut beberapa konsonan, jadi, latihan nyanyian secara
beramai-ramai akan jadikan mereka minat menelaah pelajaran sebutan secara
sendiri di rumah. Alangkah suka hati bila mereka bercerita mengenai pelajaran
di dalam kelas saya apabila saya lalu di tepi mereka. Ini membuatkan saya
bertambah yakin dengan kreativiti dan inovasi yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bila
mereka semua sudah hafal, maka saya akan dengar mereka sebut setiap perkataan,
tetapi pada masa yang sama saya tidak beritahu mereka aoak objektif menghafal
lirik itu. Selepas mereka dibetulkan, maka saya akan latih supaya mereka rasa
biasa menyanyi beramai-ramai.
Bila
mereka sudah biasa, makan saya akan susun mereka untuk persediaan dihadapan
orang. Dengan itu, mereka dilatih untuk membiasakan diri menyanyi lagu didalam
bahasa Melayu menyebut perkataan dengan sebutan yang betul.
Seperti
alat-alat bantu mengajar yang lain, ia perlukan masa untuk disediakan. Juga, ia
perlukan sedikit kewangan yang datang dari poket mereka yang mampu. Begitu juga
dengan hidup seorang guru, pengeluaran wang untuk mendapatkan bahan ABM juga
perlu dilakukan. Saya, sukacita memaklumkan saya mengguna kembali bahan yang
saya dapati dari alam sekeliling untuk digunakan sebagai ABM saya. Selalu saya
menggunakan kotak air mineral terpakai sebagai bahan untuk saya tuliskan nota
untuk paparan.
Elemen
kreativiti dan inovasi yang saya cuba tunjukkan kepada murid itu yang menjadi
fokus saya. Menggunakan bahan terpakai yang dikumpulkan dari koperasi, saya
jadikan ia satu bahan bantu mengajar yang efektif. Saya menggalakkan pelajar
menulis perkataan diatas kotak terpakai itu. Saya akan tuliskan satu soalan
yang membuatkan mereka berfikir tentang sesuatu. Saya akan berikan mereka
markers dan mereka akan cuba jawab didalam bahasa Melayu. Contohnya saya beri
mereka soalan dan saya mahu mereka tuliskan kata adjektif
Apa
perasaan kamu jika kamu wang saku kamu hilang hari ini ?
(mereka
tuliskan jawapan-jawapan)
Soalan
kedua :..tetapi dijumpai oleh seorang yang kamu sangat sukai …
(mereka
tuliskan jawapan-jawapan)
..kemudian
dia berikan kamu wang kamu semula …
(mereka
tuliskan jawapan-jawapan)
Tetapi
bila kamu sampai di kantin, semua makanan kegemaran kamu telah habis ..
(mereka
tuliskan jawapan-jawapan)
Dan
orang yang kamu minati itu telah memberikan kamu bekalannya
(mereka
tuliskan jawapan-jawapan)
Melalui
cara ini murid saya dapat praktis ejaan seperti bimbang, takut, cemas, marah,
gembira dan lain-lain. Murid dapat menggunakan daya khayalan dan fikiran mereka
untuk membayangkan apa yang akan mereka rasa dalam situasi itu.
Didalam darjah empat, saya selalu
memberikan murid saya soalan yang membolehkan mereka menggunakan fikiran aras
tinggi. Dalam pelajaran berkaitan dengan frasa sendi nama dengan nama khas,
saya mahu mereka ekspresikan impian yang mereka ciptakan tetapi belum
kesampaian. Saya telah menggunakan kotak terpakai sebagai medium untuk murid
tuliskan jawapannya. Soalan kedua yang saya beri ialah tempat yang kamu mahu
pergi tetapi kamu belum pergi lagi. Tempat itu boleh jadi kamu lihat dari
televisyen, suratkhabar atau mendengar dari radio. Saya minta mereka tuliskan nama tempat yang
mereka impikan untuk pergi tetapi tidak kesampaian. Semasa mereka berfikir
tentang nama tempat, saya dapati mereka memang jujur didalam mencari tempat
yang mereka hendak pergi. Kata nama khas seperti Kuala Lumpur, Selangor, Shah
Alam terbit. Mereka juga menuliskan Melaka City, Alor Gajah dan Seremban.
Selepas
itu saya mahu mereka lihat melalui imaginasi mereka, apa yang mereka mahu lihat
di tempat tersebut, dan saya minta mereka menuliskannya diatas sehelai kertas.
Dengan cara ini mereka telah menuliskan, sama ada menggunakan ejaan yang betul
atau tidak, benda, makanan, kedai dan hiburan yang mereka rasa ada di tempat
impian mereka. Jika mereka tidak tahu cara mengejanya, mereka akan bertanya
kepada saya ejaan yang sebenar, tetapi saya akan beri mereka panduan mengeja.
Selain dapat menunjukkan kepada mereka ejaan yang sebenar, saya juga dapat
mempelajari sesuatu tentang murid saya.
Soalan
ketiga, saya akan bertanya apa sebab yang membuatkan kamu berasa sangat teruja
untuk ke tempat impian kamu itu. Mungkin kamu pernah terdengar dari media massa
akan tempat itu, oleh itu kamu mahu pergi ke sana. Dalam aktiviti ini saya
galakkan mereka menyatakan sebab melalui lisan sahaja, kerana itu lebih
menjimatkan masa. Saya mahu mereka cuba nyatakan dan berani bercakap di hadapan
saya dan rakan-rakan sekelas akan sebab yang mereka boleh fikirkan. Cara ini
saya mahu murid dapat gunakan satu ayat yang lengkap dengan menggunakan
permulaan seperti: Saya mahu pergi ke Kuala Lumpur kerana saya mahu melawat
KLCC.
Cara
yang terakhir ialah berkenaan pengajaran penulisan kepada murid tahun satu.
Satu cara kreatif yang digunakan ialah murid digalakkan menulis tentang topik
yang mereka suka atau gemar. Untuk penulisan bebas jenis ini, saya mahu pelajar
berasa bebas dan tidak terkongkong untuk menulis dan berkongsi tentang pendapat
mereka dengan guru yang mengajar mereka bahasa Melayu. Ini adalah satu cara
untuk saya tahu latarbelakang mereka dan mereka dapat berlatih menulis untuk
berkongsi pengalaman hidup mereka dengan guru yang baru mereka kenali. Untuk
topik yang mereka sukai, mereka diminta menuliskan perihal pengalaman yang
mereka lalui dalam masa satu minggu. Mungkin pengalaman itu yang manis atau
sebaliknya, dan mereka boleh berkongsinya dengan guru, dan hanya guru yang akan
membaca jurnal peribadi mereka. Disamping mereka dapat luahkan kesusahan atau
kegembiraan mereka, mereka dapat berlatih menulis dan mengenali kata-kata yang
menunjukkan perasaan seperti gembira dan suka. Mereka juga berlatih untuk
menulis dan menggambarkan situasi yang mereka mahukan guru fahaminya. Mengikut
pengalaman saya membaca jurnal mereka, pelajar darjah satu tidak pandai
menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta situasi yang mereka tidak pernah
lalui. Mereka akan menggunakan perkataan yang mudah untuk menggambarkan
pengalaman mereka. Dalam kata lain, mereka tidak pandai menipu atau mereka-reka
cipta apa yang tidak wujud.
Oleh
kerana kejujuran itu ada, senang bagi saya menerokai dan memahami apa yang
mereka mahu sampaikan kepada saya. Jika saya mahukan maklumat yang lebih, saya
akan bertanyakan kepada murid kesayangan saya. Dengan perasaan kepercayaan yang
dibina antara saya dan anak murid, pembetulan bahasa yang saya ajarkan kepada
mereka akan dapat diterima, atau saya memilihkan perkataan yang sesuai yang
mereka boleh gunakan untuk nyatakan perasaan mereka.
Dalam
situasi ini, saya tidak membetulkan tatabahasa didalam jurnal mereka, kerana
saya tidak mahu mereka merasa terancam, dan idea mereka tersekat, saya tidak
mahu mereka merasa guru mahu mencari salah mereka. Oleh itu, saya akan
menggunakan pendekatan emosi dan saya akan berikan mereka tunjuk ajar melalui
penulisan dan ejaan didalam pengajaran saya dan memberikan latihan didalam buku
ejaan atau tatabahasa.
Kesimpulannya,
terdapat banyak cara yang saya gunakan untuk meningkatkan tahap pemikiran
murid, bukan sahaja murid perlu berinovasi, juga guru perlu memasukkan elemen
inovasi itu kedalam pengajarannya. Ini membolehkan murid melihat sendiri amalan
yang guru tunjukkan. Murid perlu melihat contohnya. Kreativiti dan inovasi itu
penting kerana cara pembelajaran murid itu melalui perubahan mengikut
perkembangan semasa. Jika kita mengajar murid mengikut cara kita diajar, kita
merompak masa hadapan mereka.
No comments :
Post a Comment