LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Lapisan
atmosfera dan litosfera dicemari pelbagai bahan yang dihasilkan oleh aktiviti
manusia. Bahan seperti karbon monoksida dan hidrokarbon merupakan kesan
sampingan daripada aktiviti pembakaran petrol enjin kenderaan. Racun
makhluk perosak yang digunakan secara meluas juga mencemari udara dan air.
Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, alam sekitar kita
akan menghadapi pelbagai kesan langsung dan tidak langsung susulan sikap
tamak manusia. Justeru, langkah segera wajar diambil untuk menyelamatkan
bumi kita daripada terus dicemari.
Kempen kesedaran mengenai program kitaran semula perlu diperluas kepada
semua lapisan masyarakat di seluruh negara. Tempat-tempat khas harus disediakan
untuk membolehkan orang ramai membawa bahan-bahan yang boleh dikitar semula
seperti botol, plastik, bekas minuman aluminium, bateri terpakai, tayar buruk,
kertas atau surat khabar lama dan besi. Walaupun ini•melibatkan kos yang
tinggi, dalam jangka panjang kaedah ini dipercayai dapat membantu pemuliharaan
alam sekitar dan seterusnya menjimatkan sumber alam.
Racun makhluk perosak patut dielakkan penggunaannya kerana
ia menyebabkan barah dan merosakkan buah pinggang. Racun serangga dalam bentuk
semburan yang mengandungi gas metana perlu dielakkan sama sekali kerana ia
boleh mencemarkan dan membocorkan lapisan ozon. Sebaliknya, kaedah-kaedah
alternatif pengawalan serangga seperti pertanian organik dan pertanian dalam
rumah kaca patut diperluas. Ini dapat mengelakkan pencemaran alam. Selain
itu, pengawalan serangga secara biologi boleh digunakan tanpa menjejaskan alam
sekitar.
Pengurangan kawasan tadahan ataupun hutan simpanan bukan sahaja
telah meningkatkan suhu, malahan menimbulkan masalah kekurangan air bersih.
Dengan mengekalkan kawasan hutan simpanan, kawasan-kawasan tadahan air adalah
terlindung. Ini amat penting untuk tujuan penghasilan hujan. Selain itu, pemaju
perumahan perlu menanam seberapa banyak pokok yang boleh di tapak projek
mereka. Ini penting untuk keseimbangan ekologi kawasan perumahan. Selain
membekalkan oksigen, pokok-pokok ini juga dapat menyerap karbon dioksida dan
membantu dalam proses pemeluwapan.Masakini, kita terpaksa berpayung atau
memakai topi untuk mengelakkan dari pancaran matahari.
Menjelang abad ke-21, apabila masyarakat kita semakin maju, kita
dapati bahawa tapak bumi ini telah menjadi mangsa dalam arus permodenan ini.
Sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat mengenai isu pencemaran alam
sekitar iaitu pencemaran air, udara dan darat. Antaranya, isu jerebu yang
mengancam negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan telah menjadi topik
hangat yang dibincang dari kedai kopi hingga ke parlimen. “Kalau tidak kerana
angin, masakan pokok bergoyang”. Sikap manusia zaman moden yang asyik mengejar
fatamorgana sehingga mengabaikan isu pencemaran alam sekitar, merupakan faktor
yang menyebabkan keadaan ini semakin merosot. Samseng-samseng
alam sekitar ini patut diberi pengajaran.
Sekiranya keadaan ini dibiarkan, manusialah
yang akan menerima padahnya pada suatu hari nanti. Memandangkan keadaan ini,
maka pelbagai langkah drastik perlulah diambil sebelum nasi menjadi bubur.
Persoalannya, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran alam
sekitar? Jawapannya terletak pada kita semua. Tidak kira siapa, yang pastinya
semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini.
Pepatah
Melayu ada mengatakan “tiada penyakit yang tiada penawarnya”. Usaha untuk
mengatasi pencemaran alam sekitar ini sepatutnya dimulakan daripada institusi
keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting. Mereka
sebagai orang terdekat kepada anak-anak sepatutnya mendidik mereka untuk
menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Hal ini selaras
dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Ibu bapa haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran
alam sekitar yang terkini untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan menjaga
alam sekitar. Mendidik sahaja tidak cukup, ibu bapa juga harus menjadi teladan
kepada anak-anak mereka. Contohnya, mereka tidak sepatutnya membuang sampah di
merata-rata tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan
udara. Ibu bapa juga tidak harus menjadikan anak mereka boneka untuk
membakar atau membuang sampah dari luar kereta. Dalam hal ini, sikap seperti
ketam mengajar anaknya berjalan betul tidak harus diamalkan oleh ibu bapa,
iaitu mengajar anak menjaga kebersihan alam sedangkan mereka sendiri tidak
berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu bapa sendiri menjadi teladan, maka
anak-anak juga akan terpengaruh dan terikut-ikut sikap ibu bapa. Dengan ini,
nescaya pencemaran alam sekitar akan dapat diatasi.
Sekolah
dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu, pihak
sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam sekitar.
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah mengadakan
ceramah pendek kesedaran tentang kebersihan setiap 3 minggu untuk
memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan para pelajar. Melalui
mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan
Moral, pendidikan alam sekitar secara langsung dapat diberi kepada para
pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi tugas tertentu kepada pelajar untuk
mendaftar menjadi pengguna laman web berkenaan pencemaran alam sekitar.
Mereka boleh memuat naik gambar-gambar berkenaan kempen alam sekitar di
sekolah. seperti meminta mereka mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan
isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka membaca artikel tersebut di
dalam kelas. Guru juga boleh menubuhkan pasukan memeriksa kawasan sekolah
setiap dua jam untuk melihat tahap kebersihan sekolah. Secara tidak
langsung, mereka dapat disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran
alam sekitar. Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan
usaha untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh
dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar
boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah, beberapa kawasan perumahan dalam bandar
atau gotong-royong selepas pasar pagi dengan tujuan mendedahkan pelajar
dengan aktiviti alam sekitar secara intensif. Masyarakat setempat juga
digalakkan untuk turut serta. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan
bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran
alam sekitar.
Perancangan
dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu langkah yang
dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan efektif. Masyarakat
perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan seharian iaitu program yang
dikenali sebagai ‘Reduce, Reuse, Recycle’. ‘Reduce’ ialah usaha mengurangkan
penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti kata lain, masyarakat haruslah
berjimat cermat dalam menggunakan bahan sumber yang saban hari kian berkurangan
seperti petroleum dan arang batu. ‘Reuse’ pula ialah usaha menggunakan semula
bahan-bahan buangan secara terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan
mereka cipta barangan baru. Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber
sekali gus mengurangkan sampah sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan amalan kitar semula
iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat
khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah. Bak
kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu, masyarakat
haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar untuk
mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.
Dalam
pada itu, statistik menunjukkan bahawa pencemaran alam sekitar kebanyakannya
berpunca daripada pengeluaran asap dari syarikat perkilangan ke udara
dan sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Menyedari kesan-kesan negatif yang dibawa
oleh pencemaran alam ini, pihak berkuasa telah menguatkuasakan undang-undang
untuk menangani masalah yang dibaratkan sebagai duri dalam daging negara yang
sedang membangun. Dengan ini, kabinet telah memutuskan bahawa hukuman mandatori
lima tahun penjara terhadap Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden sesebuah
syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar. Mereka akan diberi amaran
terlebih dahulu dan surat yang berkaitan dengan larangan melepaskan asap hitam
dan sisa toksik. Namun, jika keadaan mencurahkan air ke daun keladi berlaku,
tindakan yang tegas akan dikenakan terhadap mereka seperti yang diputuskan oleh
kabinet. Pengusaha-pengusaha kilang haruslah menapis asap hitam dan menggunakan
alternatif lain untuk menghapuskan sisa-sisa toksik kilang. Mereka tidak harus
mengorbankan alam sekitar demi kesenangan diri. Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuasa
untuk mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar dan disyaki menjejaskan
kualiti alam sekitar. Dengan itu, diharapkan pencemaran alam sekitar dapat
diatasi dengan penguatkuasaan akta dan undang-undang alam sekitar.
Kerajaan
harus mengadakan berbagai undang-undang dan acara untuk meningkatkan lagi mutu
alam sekitar. Undang-undang seperti sesiapa yang membuang sampah merata-rata
akan dikenakan denda dan kehendaki membersihkan kawasan dengan diawasi oleh
pegawai yang bertugas. Industri-industri yang membuang sampah atau kimia
sewenang-wenangnya akan disaman.
Jaringan
organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan syarikat boleh
menyumbang kepada kebersihan alam sekitar. Guru-guru sekolah, para ilmuan dan ulama
harus menanamkan sikap prihatin kepada alam sekitar melalui pendidikan moral di
sekolah serta mengadakan pertandingan antara kelas bagi kelas yang paling
bersih agar si anak-anak murid mempunyai sifat tanggungjawab terhadap alam
sekitar. Balai rakyat pula boleh mangadakan pertandingan pada blok, kedai makan
dan kawasan kejiranan yang terbersih. Kelab remaja booleh mengadakan himpunan
untuk mengumpul suratkhabar dari rumah ke rumah dan juga memungut sampah di
tepi pantai sambil beriadah. Syarikat harus mempunyai sikap tanggunjawab dalam
pembuangan sampah.
Kita
sebagai individu memainkan peranan sendiri. Tiga sikap yang harus diamalkan
adalah menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan semula ( reuse),
menggunakan barang-barang yang dibuat dari barang-barang yang diproses semula (
recycle) dan mengurangkan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan
(reduce). Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar.
Tidak lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari
dunia terus dicemar.
Kesimpulannya,
masalah pencemaran alam sekitar di negara kita haruslah ditangani dengan segera
dan usaha ini memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak. Alam sekitar
telah dianugerahkan dan diamanahkan oleh Tuhan kepada manusia. Manusia haruslah
menjaganya dengan penuh tanggungjawab kerana alam sekitar tidak sepatutnya
dikorbankan dalam arus pemodenan dan pembangunan sesebuah negara. Seandainya
masalah ini dibiarkan, kesannya akan memudaratkan manusia itu sendiri walaupun
hidup dalam kemewahan. Adakah pemodenan negara lebih penting daripada keindahan
alam sekitar? Adakah kita menginginkan kemewahan hidup semata-mata tanpa
mengharapkan kesihatan? Tepuk dada tanyalah selera. Dengan itu, penjagaan dan
pemuliharaan alam sekitar daripada pencemaran memerlukan kerjasama, kesedaran
dan keprihatinan daripada setiap lapisan masyarakat. Mudah-mudahan generasi
akan datang dapat menikmati keindahan dan kelstarian alam sekitar yang
dianugerahkan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar merupakan satu isu yang
perlu diberi perhatian serius dan segera. Aktiviti pembangunan manusia telah
memusnahkan alam sekitar, selain menjejaskan kesejahteraan manusia dan hidupan
lain. Jika kemusnahan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ini tidak
dibendung, segala kehidupan di planet ini pasti akan menghadapi kepupusan.Kelak,
kita akan menjawab di hadapan neraca Tuhan akan perilaku kita
ini.tidakkah kita boleh membezakan antara kaca dan manikam ?
No comments :
Post a Comment